Sunday, September 22, 2013

Words -part 8-

Berbicara pada manusia kau akan dihakimi, berbicara pada Tuhan kau akan didengari. - 7 September 2013

Kadang-kadang kita cuba memahami orang lain, sedangkan kita tak pernah memahami diri sendiri. - 6 September 2013

"Apa saja untukmu" tidak termasuk meninggalkan dirimu. - 29 Ogos 2013

dalam mata dan senyuman tersimpan rahsia. - 18 Ogos 2013

Jangan kerana emosi terlerainya dua hati. - 13 Ogos 2013

Semakin kita memberi kepercayaan, semakin orang mengambil kesempatan. - 13 Ogos 2013

Kadang-kadang dunia ini kejam. Jujur bererti kekalahan, hipokrit bererti kemenangan. - 6 Ogos 2013

Sekecil-kecil benda itu mungkin sebesar-besar nilai bagi seseorang. - 27 Julai 2013

Masa tak pernah mencukupi saat kita terlalu memerlukan. - 23 Julai 2013

kebenaran itu terlalu menyakitkan. mungkin sebab itu ramai yang pilih untuk hidup dalam penafian dan khayalan. - 21 Julai 2013

Kadang-kadang kita takkan tahu apa yang kita mahu dan perlukan sehinggalah saat-saat yang terakhir. - 19 Julai 2013

Sesuatu yang subjektif akan boleh berubah bila-bila masa, tanpa disedari. - 11 Julai 2013

Menjadi 'terlalu baik' kekadang seolah menghukum diri sendiri tanpa memberi peluang untuk membela diri sendiri. - 11 Julai 2013

Manusia berubah, sama ada dengan rela atau tanpa rela. - 8 Julai 2013

dear IM, please leave POSSIBLE alone. - 7 Julai 2013

Mengatakan orang lain bodoh tidak menjadikan kita bijak. Mengatakan orang lain bijak tidak menjadikan kita bodoh. - 22 Jun 2013

Hari Jumaat adalah hari untuk melihat kekuatan dan kerapuhan lelaki beragama Islam. - 7 Jun 2013


Koleksi terdahulu :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan