Walaupun kita di koordinat yang berlainan, sekurang-kurangnya kita masih di bawah langit yang sama. - 29 Oktober 2012
Tapi dunia menghadirkan sang hitam di saat pabila sang putih sudah pun menyenangkan. Dan begitulah wujudnya hitam putih kehidupan. - 28 Oktober 2012
Kehidupan adalah permainan dan teka-teki paling rumit dalam dunia ini. - 28 Oktober 2012
Jauh di realiti, dekat di mimpi, bermain di memori, kekal di hati. - 23 Oktober 2012
Aku percaya hidup ini umpama susun silang kata. Pembayangnya selama ini sentiasa ada sekeliling. Namun aku masih tercari-cari jawapan yang sebenar. - 15 Oktober 2012
Setiap orang mempunyai kisah hidup yang menarik, dan mungkin ianya lebih indah dan kompleks daripada yang terdapat di dalam novela. Kerana cerita hidup kita adalah karya yang diolah oleh Allah S.W.T. , pastinya ia paling terbaik daripada mana-mana karya manusia sejagat. - 7 Oktober 2012
Tahap disiplin pengikut adalah gambaran kepada tahap disiplin pemimpin mereka. - 6 Oktober 2012
Tak perlu mempunyai pendidikan tinggi untuk membuat sesuatu penilaian. Pengalaman adalah pendidikan terbaik dalam membuat penilaian dan mengharungi kehidupan seharian. - 5 Oktober 2012
Cinta itu perasaan dan niat suci yg lahir tanpa paksaan, ingin melihat, merasai, dan memberi kebahagiaan kepada insan lain. - 10 September 2012
Menjadi orang yang lebih tua bukan 'tiket' untuk anda berkelakuan kurang ajar kepada orang yang lebih muda. - 7 Ogos 2012
Sesungguhnya budi bahasa itu asas utama dalam komunikasi yang baik. - 2 Ogos 2012
Membina sebuah persahabatan itu mudah, namun sukar untuk mengekalkannya kerana manusia berubah seiring dengan waktu. - 22 Jun 2012
Hidup ini tidak seindah novela, namun tetap unik dengan ceritanya yang tersendiri. - 2 May 2012
Koleksi terdahulu :
No comments :
Post a Comment