Hari ketiga di bumi Jepun.
Pada hari ini, kami akan menuju ke Osaka Bay Area dan kemudiannya pergi ke bandar Kyoto yang terletak kira-kira sejam lebih perjalanan menaiki train/subway dari Osaka.
Disebabkan pagi tersebut hari hujan, maka kami keluar lambat dari hotel untuk ke destinasi kami pada pagi itu, iaitu ke Osaka Bay Area. Pada hari ini juga kami perlu check out dari hotel sebelum waktu akhir, iaitu pada jam 11.00am.
Tips : Hotel-hotel atau tempat penginapan di Jepun biasanya mempunyai waktu check in bermula dari jam 2.00pm, manakala waktu akhir untuk check out pula biasanya pada jam 11.00am.
Oleh kerana tidak mahu mengusung luggage kami ke Osaka Bay Area, maka kami meninggalkan
semua luggage dan barang-barang di tempat menyimpan luggage yang disediakan di lobi hotel. Biasanya pihak hotel tidak mengenakan cas tambahan untuk menyimpan luggage kalau anda memang pelanggan hotel tersebut, sama ada menunggu masa untuk check in atau pun sudah check out.
10.43am - Kami meninggalkan luggage di lobi hotel.
Untuk ke Osaka Bay Area, kami perlu menaiki train/subway Midosuji Line ke Stesen Hommachi, dan kemudiannya tukar pula menaiki train/subway Chuo Line untuk menuju ke Stesen Osakako.
Selepas check out hotel dan bersarapan, kami pun bergerak keluar dari hotel walaupun keadaan masih hujan kerana tidak mahu membuang lebih banyak masa. Kalau ikut plan, jam 9.00am dah mesti bergerak ke lokasi yang ditujui.