Drama merupakan suatu bentuk hiburan yang ditonton oleh segenap lapisan masyarakat. Dan sudah pasti ianya membawa pengaruh yang amat kuat dalam membentuk sesuatu masyarakat.
Saya merupakan peminat drama Jepun sejak dari kecil lagi, sejak zaman TV2 menayangkan drama Jepun pada waktu petang. Ianya sebelum musim kemasukan drama-drama Jepun bermula di Malaysia pada hujung tahun 2000, bermula dengan drama
Beautiful Life lakonan
Kimura Takuya yang ditayangkan di NTV7.
Drama 'Beautiful Life'
Namun pengaruh atau musim drama Jepun di negara ini tidak kekal lama, sama seperti musim drama Latin. Akhirnya sekarang era drama dari Korea. Namun saya masih kekal menonton drama Jepun walaupun dah tak setegar dulu.
Dorama 'Attention Please!' lakonan
Ueto Aya yang pernah
diplagiat diadaptasi kepada drama 'Awan Dania' lakonan Scha Al-Yahya pada suatu ketika dahulu.
Berbicara mengenai drama dari Jepun, kebanyakan drama adalah adaptasi sama ada dari novel, atau pun
manga (komik) yang popular. Dan saya boleh katakan yang majoriti drama Jepun ini akan berkisar atau mengetengahkan tentang sesuatu kerjaya.
Antara drama-drama Jepun berkisar tentang kerjaya yang pernah saya tonton ;
1. Beautiful Life - Pendandan Rambut
2.
Hanzawa Naoki - Banker / Pegawai Bank
3.
Legal High - Peguam
4.
Great Teacher Onizuka - Guru
5.
Ns' Aoi - Jururawat
6.
Attention Please! - Pramugari
7.
Amachan - Ama (penyelam wanita di daerah Iwate)
8.
Nodame Cantabile - Pemuzik / Ahli Orkestra
9.
Shitsuren Chocolatier - Pembuat coklat / Chef /
Chocolatier.
10.
Galileo - Saintis/Penyiasat
11.
Gegege no Nyobo - Kartunis / Mangaka
12.
Buzzer Beat - Pemain bola keranjang
13.
Miss Pilot - Juruterbang wanita
14.
Umechan Sensei - Doktor wanita ketika zaman perang dunia
15.
Ninkyo Helper - Petugas rumah orang-orang tua dan Yakuza
16.
Shitamachi Rocket - Jurutera
17.
Rich Man, Poor Woman - Usahawan muda / Pembangun aplikasi
18.
Code Blue - Doktor bahagian kecemasan menggunakan helikopter
19.
Zettai Reido - Penyiasat polis / Detektif
20.
Power Office Girls (Shomuni) - Pekerja wanita di pejabat
Ada banyak lagi drama bertemakan atau berkisarkan tentang sesuatu kerjaya seperti senarai di atas, malah kerjaya sebagai pengurus upacara pengkebumian pun ada diketengahkan, lakonan
Yamashita Tomohisa (Yamapi).
Apa yang saya boleh katakan mengenai drama-drama ini adalah, ianya mempunyai persamaan. Persamaannya adalah ia sentiasa menekankan '
passion'. Ia sentiasa menonjolkan keghairahan dan kesungguhan watak-watak dalam drama-drama tersebut dalam melakukan kerjaya mereka. Mereka sanggup melakukan perkara yang tak tercapai dek akal atau luar biasa hanya kerana ‘
passion’ dalam melakukan kerjaya mereka.
Drama 'Code Blue'
Mungkin sesetengah drama Jepun agak klise dan boleh diagak jalan ceritanya, namun yang saya suka adalah ia sentiasa diterap dengan unsur-unsur positif atau nilai murni seperti hubungan kekeluargaan, hubungan dengan rakan sekerja, profesionalisma dalam pekerjaan, kesungguhan dan keikhlasan pasti akan memperoleh kebaikan, dan juga pengajaran yang lain.
Dan yang paling penting, ilmu-ilmu dan fakta berkenaan tentang kerjaya yang diketengahkan sentiasa diselitkan, jadi dalam masa yang sama penonton dapat tahu, belajar, dan memahami tentang kerjaya berkenaan. Hal inilah yang saya percaya secara tak langsung membentuk masyarakat Jepun pada hari ini. Mungkin juga sebab itu masyarakat Jepun agak ‘
workaholic’ kerana ‘
passion’ terhadap kerjaya mereka.
Tak dinafikan banyak juga hiburan Jepun yang agak ‘kosong’ dan sia-sia, tapi dari segi drama yang ditayangkan ketika waktu ‘perdana’ yang ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, drama-drama ini tentunya memberi impak dalam membentuk masyarakat mereka.
Sekarang cuba bandingkan dengan drama-drama waktu ‘perdana’ yang ditayangkan di stesen tv di negara kita. Mungkin ramai yang akan kata ianya hanyalah sebagai ‘hiburan’, tapi secara tanpa sedar, drama-drama inilah yang membentuk masyarakat kita pada hari ini.
Sekian, untuk renungan.