Salah satu J-Dorama yang saya telah tonton di aplikasi Disney Hotstar. Ianya baru sahaja tamat episod akhir bulan Julai yang lalu.
Barisan pelakon utama : Kazunari Ninomiya, Mikako Tabe, Hiroshi Tamaki, Gaku Hamada, Kento Kaku, dan ramai lagi pelakon hebat.
Sinopsis :
Haruto Narusawa (Kazunari Ninomiya) merupakan CEO sebuah syarikat yang menghasilkan mobile game terkenal. Kerana terlalu sibuk dengan kerja, dia mengabaikan isteri, Michiru (Mikako Tabe) dan anaknya, Tomoka, sampaikan beberapa perkara asas tentang anaknya pun dia tak tahu.
Pada satu hari, anak perempuannya telah diculik oleh seseorang yang tidak dikenali. Penculik telah menghubungi Haruto dan telah meminta wang tebusan sebanyak 500,000,000 Yen jika mahu anaknya dibebaskan! Selain perlu sediakan wang tebusan, Haruto dan Michiru tidak boleh menghubungi atau mendapatkan pertolongan pihak polis!
Pihak polis pula dalam masa yang sama berusaha untuk menangkap penculik kerana mengesyaki yang kes penculikan anak pasangan Narusawa ada kaitan dengan kes penculikan yang berlaku pada 5 tahun yang lalu, yang mana kes tersebut tak dapat diselesaikan pihak polis. Kini, pasangan Narusawa perlu 'berlawan' pula dengan pihak polis demi menyelamatkan anak mereka!
Dapatkah mereka menyelamatkan anak perempuan kesayangan mereka?
Dorama ni agak lain dari yang lain, dan ada banyak plot twist yang menjadikan ia lebih menarik.
OST dorama ini juga best, dinyanyikan oleh penyanyi bernama Uru.
Jadi marilah menonton!
Rating saya bagi 8.5/10*