Friday, 30 April 2010

Saya cuti kejap dari blogging.. =)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

 Cuti kejap ye.. =)

Terima kasih kepada semua yang berkunjung @ blogwalking ke blog ini. Saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat membalas kunjungan anda semua kerana sekarang saya tengah bercuti dan tidak berkesempatan untuk post entry baru. Insyaallah saya akan post entry mengenai percutian saya apabila mempunyai waktu lapang.

Sekian terima kasih! =)

Monday, 26 April 2010

Chelsea 7 - 0 Stoke City : Kau buat aku tersenyum ^___^


Setelah tewas 2-1 kepada Tottenham Hotspurs minggu lepas, Chelsea berjaya mendapatkan kembali momentum yang diperlukan bagi menjuarai EPL pada musim ini setelah membelasah pasukan pertengahan, Stoke City dengan jaringan 7 gol berbalas kosong di Stamford Bridge.

 Kalou menjaringkan hatrick!

Ia merupakan kali ketiga pada musim ini Chelsea berjaya menjaringkan 7 gol dalam satu-satu perlawanan liga setelah menang 7-2 menentang Sunderland, dan 7-1 menentang Aston Villa, kesemuanya di Stamford Bridge!

Antara perkara menarik dari perlawanan ini

Salomon Kalou berjaya menjaringkan hatrick pertamanya untuk Chelsea pada perlawanan ini, selain Lampard (2 gol), Sturridge, dan Malouda.


Berikut ialah statistik perlawanan :


Baca laporan penuh di SINI.
Rating Pemain di SINI.

 Man of the match - Salomon Kalou (21)

Saturday, 24 April 2010

Sertai Kami Di KICKERS!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera


KICKERS! - Sebuah lagi projek barisan..eh..tak tak tak..

KICKERS! - Sebuah lagi clan WE/PES dari Malaysia yang baru diwujudkan bagi mengumpulkan para kipas susah mati game Winning Eleven (WE) atau Pro Evolution Soccer (PES) di seluruh Malaysia. Tidak kira anda pemain versi PC, PS3 mahupun XBOX360, semuanya dialu-alukan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ahli-ahli clan ialah menyertai pertandingan WE/PES yang dianjurkan di seluruh Malaysia, sesi training, liga online, gathering, dan macam-macam lagi.

Mari sertai group Facebook kami di SINI.

Sertai juga group Facebook Winning Eleven Malaysia di SINI.

Artikel Berkaitan - Spotgamers

Thursday, 22 April 2010

Terima Kasih dan Pengumuman Ringkas


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjadi follower blog yang tak seberapa ini. Awal pagi tadi, angka 500 followers telah pun dicecah, dan orang yang bertuah tersebut ialah Cik myazaraByong. =)

Kedua, bersempena dengan peningkatan jumlah follower dan jumlah link exchange, saya telah membuat keputusan untuk mengumpulkan link rakan-rakan blogger sekalian di satu blog khas, di SINI. Diharap dengan ini dapat memudahkan proses blogwalking dan sekaligus melihat kesemua link menarik yang saya selalu lawati.

Di blog ini (bLue iS tHe coLouR), cuma 25 blog post terbaru sahaja yang akan kelihatan, dan memandangkan banyak blog yang update setiap hari, maka akan terdapat 2-3 blog yang tidak kelihatan melainkan anda klik Show All. Kalau set show all di blog option pun, nanti terlalu banyak pulak kat sidebar nie.

Pada mulanya ada terfikir nak guna aplikasi link exchange yang menarik dan cool macam di SINI, tapi bila fikir balik, ia cuma sediakan nama dan link, tapi tidak menunjukkan latest update bagi setiap blog. Jadi, saya berpendapat lagi senang kalau orang dapat melihat melalui senarai yang menunjukkan latest update berbanding nama sahaja. Apa-apa pun terpulang kepada masing-masing. =)

Kepada rakan-rakan yang nak meninggalkan link, silalah ke areev19's Bloglist.

Sekian, terima kasih. 

Wednesday, 21 April 2010

Kenapa orang kita.......

Kenapa orang kita.......


1. Mudah Melatah?
Melatah yang dimaksudkan bukanlah penyakit melatah yang memang sinonim dengan orang kita. Mudah melatah yang dimaksudkan :
Bila ada benda baru muncul, mula lah orang ramai teruja dan berlumba-lumba nak dapatkan atau nak cuba. Sama juga kalau ada sesuatu isu timbul, mula lah orang ramai berlumba-lumba memberi pendapat dan nak menjadi hero. Berfikir dahulu sebelum bertindak? Hurmmm....

2. Mudah Melenting?
Tidak boleh ditegur. Bila ditegur mulalah nak melenting dan mengutuk sedangkan apa yang ditegur mungkin demi kebaikan. Kenapa sukar untuk menerima teguran? Kita bukan sempurna untuk tidak boleh menerima teguran. Cubalah fikirkan dahulu rasionalnya teguran tersebut sebelum bertindak balas.

3. Tak Sabar?
Kat traffic light tak sabar, kat lebuh raya tak sabar, nak jadi kaya tak sabar, nak minta tolong orang tapi tak sabar, dan berbagai-bagai lagi yang boleh dikaitkan dengan tak sabar. Lupakah kita akan "Biar Lambat Asal Selamat", Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit", atau "Takkan lari gunung dikejar"?

4. Buat Salah Tapi Buat Muka Tak Bersalah?
Bila dah buat atau 'ter'buat salah, sekurang-kurangnya tunjuklah reaksi memohon maaf atau tidak disengajakan. Tapi yang berlaku ialah orang yang bersalah langsung tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah, berlalu pergi begitu sahaja, malah tak memandang langsung orang yang telah dia buat salah. Susah sangat ke nak mengaku kesalahan? Kena bayar RM1 juta ke kalau nak minta maaf?

5. Berlagak / Sombong Tak Kena Gaya?
Ada pangkat,ada ilmu, ada harta lebih sikit daripada orang lain, mulalah berlagak tak ingat. Tak perlu dihuraikan, boleh faham sendiri.

6. Mudah Diprovoke?
Bila kena provoke sikit, mulalah hilang pertimbangan, keluar segala jenis caci maki, panggil keluar semua kaum kerabat datang tolong, dan sebagainya. "Pantang dicabar" kononnya. Takkanlah orang cabar makan taik, kita nak makan taik? Berfikir dahulu sebelum bertindak, janganlah terlalu mudah jatuh ke dalam perangkap.

7. Mudah Percaya Sesuatu Perkara?
Tak semua khabar angin atau sesuatu berita itu benar dan boleh dipercayai. Surat berantai lah, gambar superimpose lah, dan lain-lain lagi. Terima berita atau sesuatu khabar angin itu boleh, tapi janganlah percaya bulat-bulat. Buatlah kajian atau survey dahulu sekurang-kurangnya.

8. Suka Ambil Kesempatan?
Apa sahaja kesempatan yang ada, gunakan sepenuhnya, tak kiralah benar atau salah, halal atau haram. "Sambil Menyelam Minum Air". Yang lemah mudah ditipu dan semakin tertindas, yang kuat semakin bebas dan bermaharajalela. Istilah cable, kroni, dan sebagainya bukan lagi perkara asing.

9. Double Standard?
Kalau tengok tv, temuramah dengan orang asing yang datang ke negara kita, mesti mereka akan kata yang orang-orang kita sangat peramah dan mesra. Layanan kepada orang asing mungkin ya, tapi hakikat sebenar macam tu ke? Kalau orang kita tak kenal, jangan kata senyum, pandang pun kadang-kadang tidak. Layanan orang kita mesra? Kalau kat kedai makan tu, pekerja yang datang ambil order, kadang-kadang senyum pun tidak. Bila buat salah, langsung minta maaf pun tidak.
Bila seorang yang tidak terkenal memberi teguran ikhlas, orang akan beranggapan "kau siapa nak nasihat aku?", mulalah nak melenting dan sebagainya. Tapi bila orang terkenal yang memberi teguran atau ucapan, orang akan terima bulat-bulat apa yang dinyatakan.
Orang kita juga terlalu mengagungkan orang luar, tapi orang dalam negeri sendiri tidak dipeduli dan dipandang rendah. Senang kata, kalau orang A,semua boleh, kalau orang B,semua tak boleh. Berat Sebelah!


Aku tak kata semua orang kita buat 9 perkara di atas ni, cuma segelintir sahaja...Apa-apa pun,

Renung-renungkan, Selamat Beramal, dan Lu Fikirlah Sendiri..

Sekian..


p/s : Lepas baca artikel ni, mungkin ada orang yang akan kata, "macam lah kau tu (penulis) bagus sangat nak komen-komen orang kita" dan sebagainya. Ya, aku sedar kekurangan diri sendiri dan tak pernah mengatakan diri ini sempurna. Aku juga tak menafikan yang aku pernah melakukan perkara-perkara yang ditulis tu. Tapi apa salahnya kita mengambil inisiatif untuk saling mengingati sesama kita supaya dapat berubah ke arah yang lebih baik?

Tuesday, 20 April 2010

[Tutorial] Memotong lagu format mp3 untuk dijadikan ringtone handphone

[Tutorial] Memotong lagu format mp3 untuk dijadikan ringtone handphone


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, handphone mula menjadi kegunaan dan kebiasaan orang ramai dan bukan lagi asing seperti beberapa tahun sebelumnya. Handphone pada masa itu sudah mula menyediakan aplikasi untuk membuat ringtone monophonic sendiri melalui penggunaan code yang tertentu. Maka timbullah dan kedengaranlah ringtone bermelodikan hindustan, mission imposible, james bond dan lain-lain lagi di kalangan pengguna handphone yang pada masa itu tidaklah seramai sekarang ini.

Selepas era ringtone monophonic, era handphone menggunakan ringtone polyphonic pula muncul. Bunyi ringtone polyphonic lebih menarik dan harmoni malah kebanyakannya menggunakan format midi yang biasanya diedit menggunakan komputer. Tapi era polyphonic tak lama, sebab era 'true tone' atau ringtone yang menggunakan lagu sebenar yang biasanya berformat amr dan mp3 mula mengambil alih. Sampai sekarang, ringtone mp3 bukanlah sesuatu yang asing bagi pengguna handphone. Entah apa pula format ringtone pada masa akan datang. =)

Entry kali ini khas untuk pengguna handphone yang menggunakan ringtone mp3. 

Tutorial bergambar dibawah akan menunjukkan cara-cara memotong lagu berformat mp3 supaya menjadi pendek dan sesuai untuk dijadikan ringtone mp3. Software yang digunakan ialah mp3trim.

Sunday, 18 April 2010

Heart

 

Heart - Fukuyama Masaharu (English Translation)

I've never given up the search for myself
Like the morning sun that will soon rise in this town

I wanted to be sure of what you felt
Open this window, like the wind you've felt

The longing you've created, the lost farewell
Walking our own roads, let's surpass time

I've searched so long, I've searched for you
And in this heart, the tears overflow

I've searched so long, I've searched for love
And in this heart, I'll engrave the words of our promise

I've never doubted my search for you
Like the flowers that strongly bloom beneath this sky

The smiles we've exchanged, the joys we've held
Hoping for a place for us, we'll surpass time

I've held on for so long, I've held on to you
In this hot love, the tears overflow

I've held on for so long, I've held on to you
Let's engrave this hot love on our promised tomorrow

I've searched so long, I've searched for you
And in this heart, the tears overflow

I've searched so long, I've searched for love
And in this heart, I'll engrave the words of our promise
Let's engrave it on our tomorrow

Saturday, 17 April 2010

25 Great Goals in PES 2010 vol.3



25 Great Goals in PES 2010 vol.3

Player : areev19

Mode : Online & Master League

Level : Top Player

Music : Silent Jealousy (Original Back Track) by X JAPAN

Wednesday, 14 April 2010

Hati-hati dengan taktik terbaru penjenayah di Stesen Minyak Petronas



Untuk hebahan dan edaran kepada rakyat. Kepada para pengunjung stesen minyak petronas, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik licik penjenayah yang dimaksudkan di dalam surat pekeliling ini.

8 April 2010



KEPADA RAKAN NIAGA STESEN SERVIS PETRONAS

Rakan niaga,



PEMBERIAN BARANGAN PERCUMA OLEH SINDIKIT DI STESEN PETRONAS

Pekeliling ini disampaikan berdasarkan pemberitahuan dari pihak Unit Pengurusan Reputasi, Jabatan Jenama, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).

Adalah dimaklumkan bahawa PDB telah mengenal pasti sekumpulan sindiket yang beroperasi di stesen-stesen minyak sekitar Malaysia yang membuat pemberian barangan percuma seperti rantai kunci, patung-patung kecil, "flipflop" dan sebagainya kepada pelanggan yang mengisi minyak di stesen.

Hasil dari siasatan yang dijalankan, PDB telah mengenalpasti modus operandi sindekit tersebut seperti berikut:

  • Barangan percuma ini yang diberikan kepada pelanggan mempunyai alat pengesan di dalamnya. Kumpulan sindikit kemudia akan mengesan pergerakkan dan lokasi rumah pelanggan melalui 'signal' yang dipancarkan dari barangan tersebut sebelum melakukan sebarang aktiviti jenayah.
  • Untuk mengaburi pihak berkuasa, kumpulan sindikit ini beroperasi pada waktu rawak.
Sehubungan dengan itu, Rakan Niaga (RN) adalah diingatkan untuk sentiasa memantau aktiviti - aktiviti yang dinyatakan di atas dan melaporkan terus kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang transaksi/aktiviti yang meragukan berlaku di stesen RN

Selain itu, sebarang inisiatif dari RN sendiri khususnya pemberian barangan percuma kepada pelanggan seharusnya mendapat kelulusan terdahulu daripada pengurus kawasan masing-masing

Sekian, terima kasih.



p/s : Dicopy & paste secara total dari sumber asal di SINI.

Facebook Photo Zoom - Aplikasi menarik untuk zoom gambar tanpa perlu klik gambar individu

Facebook Photo Zoom - Aplikasi menarik untuk zoom gambar tanpa perlu klik gambar individu

Aplikasi ini merupakan Addon khas untuk pengguna browser Google Chrome sahaja.  =)

Contoh penggunaan :

Cuma perlu gerakkan arrow mouse ke atas gambar, dan gambar yang kecil tersebut akan di zoom. Dalam gambar di atas ni, saya meletakkan arrow di atas gambar kecil pada status di wall saya.


Di bahagian photo album pula, anda boleh terus melihat gambar penuh tanpa perlu mengklik gambar untuk melihat gambar secara individu.


Yang penting, pastikan Facebook Photo Zoom dalam keadaan (ON) - seperti yang ditunjukkan anak panah.


Berminat? Download terus dari Website Google Chrome di SINI.

***Edited : Facebook Photo Zoom untuk pengguna Firefox di SINI.

Tuesday, 13 April 2010

Bagaimana nak menyuruh pemandu-pemandu agar berdisiplin di jalan raya kalau......(isi tempat kosong)...

Bagaimana nak menyuruh pemandu-pemandu agar berdisiplin di jalan raya kalau......(isi tempat kosong)...


Al-kisah..marah sungguh aku kalau kita penat (takda la penat sangat) tunggu kat traffic light, tiba-tiba ada kereta lain potong a.k.a. pancung dari tepi. Selalunya terjadi kat highway la. Tapi yang gambar di atas ni kat dalam kawasan bandar. Apatah lagi kereta yang melakukan perkara ...(isi tempat kosong)... itu merupakan kereta.....(isi tempat kosong)....?? Haruskah??

p/s : ada orang kata, "Semuanya bermula dari atas a.k.a. ikut pemimpin, kalau orang yang kat atas a.k.a. pemimpinnya kurang ajar, jangan lah kita nak marah-marah dan hairan kenapa rakyat pun jadi kurang ajar".

Monday, 12 April 2010

[Tutorial] Mencari gambar menggunakan gambar..Err...paham tak?

[Tutorial] Mencari gambar menggunakan gambar..Err...paham tak?


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin tak ramai yang tahu. Tahukah anda, anda boleh mencari gambar dengan menggunakan gambar di internet? 


Contohnya, anda ingin mengetahui apakah dan dari manakah gambar di bawah ini boleh diperolehi :



Dengan menggunakan laman web TinEye.com, anda boleh mencari informasi bagi gambar tersebut yang mungkin terdapat di  beberapa laman web yang lain. Prinsipnya mudah, gunakan gambar untuk mencari gambar!

Caranya?

Tag yang tertangguh..

 Assalamualaikum W.B.T.

Untuk entry kali nie, ianya disediakan khas untuk menjawab tag dari rakan blogger yang tertangguh selama ini (takde la lame sgt, cuma risau nanti malas terus nak buat je kalau dah lama sangat tangguh..hehehe).

Cuma 2 tag ini yang sempat saya bookmarked kan. Kalau tak silap saya, ada award tag dan satu lagi tag lain yang saya tak ingat. Sebenarnya dah save bookmark untuk link yang memberikan tag tu, tapi disebabkan pc saya buat masalah, maka terpaksalah saya format pc tanpa sempat membuat backup..Jadi, harap maaf lah ye kepada orang yang mengetag saya tu. =)

Sunday, 4 April 2010

Special Post : Festival Seni Universiti Malaya (FESENI '10)

Special Post : Festival Seni Universiti Malaya (FESENI '10)


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Seperti yang saya janjikan dalam entry saya pada minggu lepas, kini saya akan bercerita sedikit tentang event yang telah saya pergi sepanjang 5 hari saya ke Kuala Lumpur dan Shah Alam minggu lepas.


Festival Seni Universiti Malaya (FESENI) merupakan salah satu acara tahunan besar-besaran dalam kalendar Universiti Malaya, selain Festival Konvokesyen (FESKUM) dan Sukan Universiti Malaya (SUKMUM). Festival ini terdiri daripada beberapa pertandingan berunsur kesenian seperti Tarian Tradisional Melayu, Cina, dan India, Boria, Nasyid, Nyanyian Asli, Koir, dan yang paling dinantikan ialah acara Muzik Akustik dan Pop Band. Peserta-peserta dalam pertandingan ini pula terdiri daripada pelajar-pelajar dari kolej-kolej kediaman yang terdapat di Universiti Malaya iaitu sebanyak 13 buah kolej. Yea, mereka bertanding mewakili kolej masing-masing atau pertandingan antara kolej (intercollege).

Friday, 2 April 2010

nuffnang dah marah!

Klik untuk besarkan

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Mungkin dah ramai blogger yang buat entry pasal email dari nuffnang kepada blogger nie. Saya pun turut menerima email 'amaran' tersebut. Seperti yang rakan-rakan blogger tahu, ramai yang melakukan blogwalking sambil mengklik iklan-iklan nuffnang. Shoutbox pula selalunya pasti penuh dengan ayat atau perkataan seperti xpax, dg, mr p. dan sebagainya menunjukkan yang mereka telah mengklik iklan nuffnang tersebut untuk tuan punya blog. Yer, saya juga termasuk golongan ini! LOL.. 



 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile