27 & 28 November 2010...
Ape yg anda buat weekend nie?? Weekend selalunye menjadi sesuatu yg membosankan utk saya sbb saya mmg jarang keluar jalan2..slalunye weekend dihabiskan di rumah jer...haha.. bosan sungguh!! dats y i often call it weak-end instead of weekend..lol
Semalam, 27 November, saya telah menyertai Winning Eleven 2011 (WE2011) Tournament di Kelab Komuniti Cyberjaya. Tapi saya sekadar lepas group stage jer..sampai peringkat 32 pasukan terakhir. Tahniah kepada Mr. Presiden aka Khairil dari clan saya, Kickers kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan tersebut. Untuk perkembangan dan info lebih lanjut, anda boleh like page Kickers di FB. =)
Semalam lepas tersingkir di knock-out round pertandingan WE2011 tue, saya terus bergegas bertolak ke rumah abg sulung saya untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain sebelum bertolak bersama-sama ke KLIA. Kami pergi ke KLIA untuk menghantar mak dan ayah saya yang pergi bercuti ke Turki bersama-sama rombongan. Flight pukul 2 pagi, tapi kami pergi dan smpai di KLIA lebih awal, kira-kira pukul 10.30pm. Semoga kedua mak dan ayah saya serta peserta rombongan yang lain sihat-sihat dan selamat sepanjang perjalanan dan percutian tue. Ameen..
Pak Su dan anak sedara, Aleef di KLIA
Okey lah, hari nie pulak, 28 November. Pagi dimulakan dengan mood yg siyesly agak down n sedeyh. (hek! ntah bila? hrmmm..). Petang tadi saya dan abang saya telah pergi ke Cineleisure Mall, e-Curve, untuk menonton wayang. Orang nak belanja, layan je la..haha..Thanx yeah.. =)
InsyaAllah nanti dalam entry berikutnya saya akan buat review pasal filem yg ditonton tadi (kalau rajin). Dah lama tak buat review filem..ish2..
Sementara tunggu nak tengok wayang tu, tetibe nampak Ana Raffali baru nk buat persembahan. Ape lagi, terus la saya dgn abang saya pg tengok. Ade program Bank Simpanan Malaysia (BSN) kat situ tadi. Dan ade pulak artis yang dijemput utk buat persembahan. Yang sempat saya tengok tadi Ana Raffali dgn Tilu. Persembahan live diorang mmg best!! Sempat tengok Ana Raffali nyanyi lagu 'Cuba Jangan', 'Tolong Ingatkan Aku', dan 'Hujan Bunga di Kuala Lumpur'. Tilu pulak sempat tengok diorang persembahkan lagu 'Diam Diam'.
Ana Raffali
Tilu
Dan yang pastinye saya sempat menebalkan muka utk ambil gambar dgn Ana Raffali.
"err...miss, boleh amik gambar tak?"
"boleh!" balas Ana Raffali dengan cukup frenly dan senyuman manja (okey, yang nie ditambah, haha!)
Hye-hye Cik Ana~ =)
Wah, siyesly cun Cik Ana Raffali nie...suara die smasa nyanyi live tadi pun sangat best! lagi best dari dalam album kot?? Gud luck kpd Cik Ana Raffali utk Anugerah Juara Lagu (AJL) nanti!!