Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Eurotrip Travelogue (DAY 8 - Part 1) : Amsterdam, Netherlands
Hari Kelapan - Selasa (4 Mei 2010) - Bahagian 1 : Amsterdam, Netherlands
Pada hari nie (4 Mei 2010), iaitu pada sebelah pagi, rombongan kami telah dibawa melawat ke sekitar bandar Amsterdam. Hari nie kami ditemani oleh seorang tour guide warga Belanda yang bernama Mr. Viem.
Lokasi pertama yang akan kami tujui pada hari ini ialah Coster Diamonds, iaitu tempat pembuatan dan penjualan permata yang sangat terkenal di Amsterdam.