Wednesday, 11 June 2014
Wednesday, 4 June 2014
BALI 2014 Travelogue (DAY 4) : Kuta - Ngurah Rai International Airport - KLIA2
Hari Keempat : Sabtu (31 Mei 2014) - Kuta - Ngurah Rai International Airport - KLIA2
Pagi ini, peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 10.00am. Selepas sarapan pagi, saya dan seorang peserta rombongan kami, En. Mohd Said, sempat berkunjung ke kawasan Pantai Kuta yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami.
Pada pagi ini, terdapat upacara keagamaan yang dilakukan oleh penganut agama Hindu di Bali. Terdapat beberapa kuil Hindu berdekatan dengan pantai dan anda boleh lihat sendiri upacara keagamaan dan budaya masyarakat Bali di sini.
Pada hari tersebut, 31 Mei 2014, merupakan hari perayaan bagi masyarakat beragama Hindu di Bali, iaitu perayaan Hari Raya Kuningan.
Suasana pantai Kuta sekitar jam 9.00am. Upacara keagamaan di sekitar pantai telah pun tamat pada waktu ini.
BALI 2014 Travelogue (DAY 3) : Bedugul - Tanah Lot
Hari Ketiga : Jumaat (30 Mei 2014) - Bedugul - Tanah Lot
Hari ketiga di Bali, Indonesia.
Pagi ini, peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 9.15am. Selepas sarapan pagi, kira-kira jam 6.40am, saya dan beberapa peserta rombongan kami sempat pergi ke Pantai Kuta yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami.
Di sini, walaupun baru jam 6.00am, langit sudah cerah seperti jam 8.00am di Malaysia. Begitu juga ketika memasuki waktu malam, matahari terbenam kira-kira jam 6.00pm.
Tuesday, 3 June 2014
BALI 2014 Travelogue (DAY 2) : Ubud - Kintamani - Tegalalang
Hari Kedua : Khamis (29 Mei 2014) - Ubud - Kintamani - Tegalalang
Hari kedua di Bali, Indonesia.
Sarapan pagi disediakan di restoran hotel yang bermula pada jam 7.00am hingga 10.00am. Pada pagi ini, peserta-peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 8.15am.
Pada kira-kira jam 8.33am, rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke tempat lawatan pertama pada pagi tersebut, iaitu di kilang pembuatan batik tradisional Bali.
Peta Pulau Bali yang diberikan oleh Tour Guide, En. Artika kepada setiap peserta rombongan.
Nampaknya ramai peserta yang masih keletihan akibat perjalanan yang panjang dan memenatkan pada hari pertama semalam.
BALI 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA2 - Ngurah Rai International Airport - Uluwatu - Kuta
*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;
*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
Pada 28 sehingga 31 Mei 2014 yang lalu, saya telah diberikan kepercayaan oleh pihak Poto Travel & Tours untuk menjadi Tour Leader bagi pakej percutian 'Ala Santai' 4 hari 3 malam ke Bali, Indonesia. Rombongan kami dari Malaysia terdiri daripada 27 orang termasuk saya.
***Sebarang maklumat terkini mengenai harga atau pakej percutian yang lain, sila rujuk terus ke laman web rasmi Poto Travel & Tours di SINI.
Hari Pertama : Rabu (28 Mei 2014) - KLIA2 - Ngurah Rai International Airport - Uluwatu - Kuta
Saya tiba di Balai Pelepasan KLIA2 seawal jam 4.40am. Walaupun waktu berlepas untuk pakej ini adalah pada jam 9.20am, tapi peserta diminta untuk berkumpul 3 jam sebelum waktu berlepas, iaitu pada jam 6.20am untuk urusan group check in yang diuruskan oleh saya dan wakil dari pihak Poto Travel. Cik Fiena merupakan wakil dari Poto Travel yang membantu saya ketika urusan di KLIA2.
Rombongan kami menaiki pesawat Malindo Air, OD 0306.
Ini adalah kali pertama saya datang ke KLIA2 dan saya akui ianya jauh lebih baik daripada terminal kos rendah yang sebelum ini berpusat di Terminal LCC. Walaubagaimanapun, jarak ke pintu berlepas adalah agak jauh daripada kaunter imigresen/kastam.
Untuk rombongan saya yang perlu bergerak ke Gate L16, jarak berjalan ke sana adalah lebih kurang 10 minit. Cuma terdapat 1 eskalator pejalan kaki yang agak pendek. Jadi sekiranya anda akan menggunakan KLIA2, saya cadangkan anda supaya bergerak ke pintu berlepas dengan lebih awal.
Kapal terbang yang membawa rombongan kami berlepas dari KLIA2 pada kira-kira jam 9.40am.
Malindo Air merupakan syarikat kapal terbang tambang murah yang menyediakan perkhidmatan hampir sama dengan Air Asia. Earphone/headphone untuk kegunaan di dalam kapal terbang adalah tidak diberikan secara percuma dan perlu disewa dengan harga RM15 kalau tidak silap saya. Manakala anda cuma diberikan biskut dan air mineral. Jika anda ingin membeli makanan, anda boleh beli terus dari dalam kapal terbang itu sendiri atau pun memesan atau order ketika membeli tiket secara online.
Pihak Poto Travel bagaimanapun telah memesan makanan untuk semua peserta rombongan kami.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)