Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..
Seperti semua yang rakyat Malaysia tahu (merujuk kpd yang ambil tahu hal semasa)..Hari Sabtu dan Ahad yang lepas (28 & 29 Mei 2011) telah diadakan sambutan Hari Belia peringkat kebangsaan di Putrajaya. Ada apa dengan
event GEMPAK gila neh?
Takpelah, terlebih dahulu yang pentingnya aku nak crita pasal Kejohanan Rentap Futsal yang dianjurkan oleh akhbar Kosmo nieh. Kejohanan futsal secara besar-besaran di terdiri daripada beberapa kategori antaranya kategori Terbuka, Bawah 12 Tahun, LARUT MALAM, dan lain2 lagi.
Okeyh, aku pegi Kejohanan Sentap Futsal Kosmo nie bukan sbb main futsal, tapi sebab aku join acara SAMPINGAN iaitu pertandingan PS3 PES2011..
Dipendekkan
entry (kalau panjang lagi, dah boleh jadi cerpen), aku sebenarnye nak luahkan rasa tak puas hati dengan pihak yang menganjurkan pertandingan PES2011/FIFA11, dan futsal dan HARI BELIA tuh sendiri...
Kat bawah nie aku senaraikan ape yang aku dapat lihat dan perhatikan kelemahan dan kehampehan pihak penganjur nieh :
1. Urusan pendaftaran pertandingan futsal dan pertandingan PS3 FIFA11/PES2011 terlalu sesak sebab tempat pendaftaran yang diletakkan terlalu dekat. Bilangan pasukan futsal yang sertai pertandingan nie aku rase lebih dari 500++ pasukan..Dicampurkan pulak dengan bilangan individu yang nak mendaftar untuk pertandingan PS3 FIFA11 dan PES2011, tak kurang dari 300 orang...Ade pulak pertandingan sepak bola berdekatan dengan kawasan pendaftaran...semuanya bersesak-sesak macam sardin.
2. Untuk pendaftaran kategori PES2011, peserta perlu mendaftar secara manual dan menunggu giliran macam orang
BODOH. Kenapa kene tunggu lama? Untuk kategori PES2011 sahaja, lebih 1000++ slot atau tempat didaftarkan. Dan hanya
7 SET PS3 dan MONITOR LCD disediakan pihak penganjur !! Itu pun
wayar cable HDMI mereka tak sediakan !! Kesimpulan? Aku dan kawan-kawan aku dari
KICKERS yang bagi pinjam wayar2 HDMI kami kepada penganjur.. Kamon lah, penganjur untung bukan main banyak lagik, tapi 7 set jer mampu disediakan? itu pun tak lengkap. Ape nieh? Ini bukan tahun pertama KOSMO menganjurkan pertandingan PS3 PES..
Take note, ini adalah HDMI cable, takde nie, ape guna ade ps3 dan monitor lcd??
Untuk aku sendiri, aku datang untuk pendaftaran seawal 3pm seperti dalam jadual..tapi perlawanan pertama aku hanyalah pada jam 6pm++..Dan berterusan la menunggu sampai ke tengah malam macam orang takda tujuan berhampiran dengan kawasan PS3 tuh..
3. Untuk futsal pulak, jadual pertandingan berubah-ubah dan tak tetap (sebenarnya diorang nie ade buat jadual/perancangan ke tak?).. Seolah-olah penganjur tak membuat persiapan dan perancangan teliti. Pasukan futsal
KICKERS MALAYA yang disertai kawan-kawan aku telah bertanding untuk kategori
LARUT MALAM, tapi mereka hanya dapat bermain pada
TENGAHARI esok nya !! LARUT MALAM kah itu?
4. Kasihan pulak aku tengok banyak peserta-peserta futsal nie
berbaring bergelimpangan di sekitar kawasan futsal..sebab menunggu giliran mereka yang agak lambat.. Mungkin ada peserta yang pernah join pertandingan sebelum ini dan tahu tentang keadaan tu, jadi diorang dah bawak khemah awal2 lagi dan berkhemah sekitar kawasan futsal tuh. Penganjur patut sediakan kemudahan yang lebih selesa kepada peserta-peserta nieh..Bukan sikit, berbelas ribu peserta yang datang..tup tup, kena tunggu giliran macam bangang! haihhh...
5. Kemudahan toilet
sangat teruk..
surau? Tak nampak pun..
Waktu azan pun, pertandingan masih diteruskan seolah-olah tak ada apa-apa berlaku.. Semasa waktu sembahyang Jumaat, ramai lagi yang bersepah kat tempat pertandingan tanpa ada rasa segan atau malu sebab tak pergi sembahyang Jumaat.
Perkara yang sama berlaku di tengah-tengah Putrajaya di mana berlangsungnya
HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN. Jalan-jalan utama ditutup, semua tengah sibuk bersiap untuk sambutan tuh.
Signboard arah ke MASJID langsung tak kelihatan !! Padahal bukan nye tak tahu, orang dari seluruh Malaysia datang ke Putrajaya nieh, tahu ke diorang nak carik arah ke masjid? Ape tah lagi dengan banyak jalan yang ditutup?
Oh, ramainya BELIA yang
TAK PERGI SEMBAHYANG JUMAAT....TAHNIAH laa di atas penganjuran HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN nieh !!
Congratz sangat !
6. Super Junior? Okeh, aku tau
konsert free, dan tahu-tahu jer la konpem ramai BELIA-BELIA khususnya GADIS-GADIS yang datang ke
konsert SuJu nieh. Tanak komen pasal tuh.
7. Tengok
Final UEFA Champions League di Dataran Putrajaya bersama PM?? Ribuan orang datang untuk tengok di
screen BESAR kat dataran tuh...hakikatnya, takde la besar sangat
screen nye pun..
Besar projektor kat kedai-kedai mamak je kot..? Tanak komen lebih-lebih pasal bab nie,
bahaya.
Takpe la, yang penting
BARCELONA menang 3-1 malam tuh. KAH3.. =D
8. Hrmmm...ape lagi nk komen eh?? Takpe la, kat bawah nie aku sediakan
printscreen dari FB yang menunjukkan bukan aku sorang je yang tak puas hati, semua orang pun tak puas hati dengan pertandingan yang dianjurkan KOSMO nieh..
Sekian dahulu dari saya, renung-renungkan dan selamat beramal !~
Okey, komen last skali yang kat atas nie adelah TROLL.. kah3
Rating Rentap Futsal KOSMO :
Tahap Perkhidmatan : 1/5 (HAMPEH !)
Tahap Pengurusan : 1/5 (HAMPEH v2 !)
Tahap Keselesaan : 0.5/5 (HAMPEH v3 !)
Tahap Kualiti : 1/5 (HAMPEH v4 !)
Tahap Kesedaran : 0/5 (Signboard mana? Surau mana? HAMPEH v5 !)
Tahap Berbaloi : 0.5/5 (Buang masa, tenaga, duit, semua pun buang, HAMPEH v6 !)
Tahap Nak Datang Lagi : 0/5 (Klau camnie la gayanya, tobat taun dpan taknak join dah ! HAMPEH v7 !)
Tahap Kebengangan/Ketakpuasan hati : 5/5
Keseluruhan : 0.5/5
Sumber :
p/s : Walaubagaimana sekali pun, aku nak ucapkan tahniah kepada wakil clan KICKERS dari seberang, iaitu KICKERS_KIM07 dari Singapura yang telah menjuarai kategori FIFA11 dan KICKERS_Joshua dan KICKERS_Andrian dari Indonesia yang telah memonopoli kategori PES2011.
We'll keep the KICKERS flag flying high !!