Wednesday, 29 September 2010

Dear D..


Dear D..

Dear D..
Kau selalu hadir menemaniku
Tika gembira tertawa bersamaku
Tika kecewa hiba bersamaku
Tika aku hilang tempat mengadu

Dear D..
Kau sentiasa setia menemaniku
Tika dunia tidak menyebelahiku
Tika mereka tidak memahamiku
Tika diriku menjadi kaku

Dear D..
Kau adalah pendengar setiaku
Kau adalah pemegang rahsiaku
Kau adalah saksi janji-janjiku
Kerana kau adalah Diariku


5.26am - 29 September 2010

Tuesday, 28 September 2010

Tag dari Yiedpozi [Dot] Info

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Tag kali ini telah diberikan oleh blogger Yiedpozi [Dot] Info. Trimas la ye tag, dah lame takde org tag..heheh


1) Apakah benda yang paling penting dalam hidup korang?
-Duit 

2) Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
-Makan malam semalam.

3) Dimana tempat korang ingin melansungkan perkawinan korang dan tema perkawinan korang nanti?
-di mana-mana yang mudah utk semua org tidak kira darjat keturunan dapat hadir. tema? tak fikir pun lg.

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-Tidak

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
-InsyaAllah, untuk selamanya. 

6) Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
-N/A

7) Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
-Hrmmm...Majalah World Cup 2010 kot? Lama sudeh..

8) Apakah nama penuh korang?
-Muhamad Arif Aizat Bin Abdul Wahab

9) Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
-Dua-dua pun sama je.

10) Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
-Rasulullah S.A.W. , bakal isteri (^_^), Aya Ueto & Avril Lavigne!~ 

11) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
-Kadang-kadang..selalunye dobi yang tolong..lol..

12) Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
-Pulau Bora Bora!!

13) Pilih salah satu, peluk atau cium?
-erkk...saya suka peluk bantal!! :D

14) Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang.
-Antara blogger paling muda yang aku tahu
-Friendly kot
-Budak sekolah rendah lagi die nie..mcm tak caye plak.. hee


15) 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang
-Handphone 
-PC
-Laptop
-Kete ikan
-Gambar-gambar dlm laptop/pc/ext hdd

16) 5 lagu yang korang paling suka dan selalu dengar?

Klau nak bagi betul2, banyak..tapi buat masa nie, dan yang terlintas dulu, 5 kat bawah nie la..
Tomorrow - Avril Lavigne
- Why - Avril Lavigne
- Bisik Namaku - Shila 
- Susun Silang Kata - Aizat Amdan
- Mungkin Ku Tak Bisa - Faizal Tahir

17) Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
-19 Oktober 1987. Tahun lepas ek? Makan-makan dgn family je kot..Tak pernah pun buat majlis sambutan ke hape ke.. =)


18) 5 orang blogger yang korang nak tag.
Seperti biasa, taknak tag sesape secara spesifik. Kalau anda yang baca tag nie nak buat, dipersilakan ye. =)


19) Cerita sikit tentang blogger pertama yang korang tag

Tak tag sesape. 

Monday, 27 September 2010

Heppy Besday!!

Heppy Besday Avril!!

Hari ini, 27 September 2010 merupakan ulang tahun ke-26 sape lagi kalau bukan penyanyi faveret aku!!

Kejap je dah 8 tahun rupenye aku menjadi kipas-susah-mati Avril Lavigne nie..

Makanya hari ini aku publish entry khas buat Avril!!

Heppy Besday to you!!
Heppy Besday to you!!
Heppy Besday to Avril!
Heppy Besday to you!!

p/s : Heppy besday juga kepada abang aku, yang tarikh lahirnya sama dengan Avril..dan juga kepada rakan-rakan yang turut menyambutnya pada hari ini (Ramai kawan aku yang lahir pada tarikh 27 September nie).

Semoga korang dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. Ameen..~


Sunday, 26 September 2010

Bertemu Cintaku

Bertemu Cintaku - Ezad Lazim

Di sini aku telah lalui
Detik hitam silam pernah menghantuiku

Apabila bertemu dirimu
Berubah segalanya kerana kejujuranmu

Kasih cara bicaramu
Senyum di bibirmu
Membuat ku rindu

(korus)
Tak pernah aku terfikir 
Akan bertemu cintaku
Malah ku telah cuba melupakan semua
Tapi sukar kali ini
Akan aku terimamu 
Sama kita berpimpinan
Jalin hidup yang indah bersama dirimu
Ku akui ku cinta padamu


p/s : dah lama tak dengar lagu Exists..rupenye Ezad nie dah kuar Exists n jadi penyanyi solo. 

Saturday, 25 September 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 12) - Bye-bye London!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.

Eurotrip Travelogue (DAY 12) - Bye-bye London! 

Hari Keduabelas - Sabtu (8 Mei 2010) - Bye-bye London!


5.44am - Setelah bersiap-siap mengemas barang dan berkumpul di lobi hotel, rombongan kami pun bergerak menaiki bas ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Hari ini adalah hari terakhir di dalam pakej rombongan kami ke Eropah setelah 12 hari meninggalkan Malaysia.


6.15am - Bas kami tiba di Heathrow. 


Dah nak berangkat pulang. T__T

Sunday, 19 September 2010

Aku Pelangi Lutsinar


Aku Pelangi Lutsinar

Oh! Lihatlah,
Ku seperti lutsinar, 
Hiasi dunia sepimu,
Dunia ini tak lengkap tanpa hadirmu,

Sedarkah kau ku masih disini?
Menggegar mayamu,
Kau segalanya bagiku,
Mungkinkah kita akan bersama?
Ku menanti selama-lamanya

Buka matamu,
Lihatlah diriku,
Kau hidupku,
Tawa bahagiaku,

Ingin selalu bersamamu,
Dunia ini tak lengkap tanpa hadirmu,
Kau segalanya bagiku,
Aku pelangi, yang dinanti

Hati perih, seksa,
Ku tak berdaya lagi,
Berharap bayangku pulang,
Nikmati tiadaku


7.05pm - 17 September 2010

Thursday, 16 September 2010

Top 5 Lagu Raya (Lagu Baru)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..


Macam mane dgn sambutan hari raya anda semua?? Best tak?? Sejak seminggu sebelum raya hinggalah ke hari nie (hari entry ini ditulis), stesen tv dan radio mmg tak putus-putus menyiarkan lagu-lagu raya. Lagu-lagu evergreen seperti Seloka Hari Raya (Hail Amir & Uji Rashid), Suatu Hari Di Hari Raya (M. Nasir), Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)Menjelang Hari Raya (DJ Dave) dan Balik Kampung (Sudirman) menjadi lagu-lagu wajib di radio.

Selain lagu-lagu raya lama yang evergreen, terdapat beberapa lagu raya baru yang berjaya mencuri perhatian saya pada musim raya tahun ini. Berikut ialah Top 5 Lagu Raya (Lagu Baru) yang best (bagi saya) utk tahun ini.


TOP 5 Lagu Raya (Lagu Baru 2010)

5. Rindu Yang Telah Pergi - Akim, Black, AG Hot FM
Lagu nie merupakan salah satu lagu dari album Hangatnya Raya hasil kerjasama penyampai radio Hot FM dan beberapa artis lain. Lirik dan melodinya boleh tahan, video klipnye pun okey la, touching sikit..Sesuai utk jadi lagu raya.
Rating saya : 4/5

4. Bunga Api Di Hati - Stacy, Farah Fauzana, Shila, & Leya Hot FM
Lagi sebuah lagu dari album Hangatnya Raya. Lagu nie simple tapi menarik. Takkan semua lagu raya nak sedih2 kan? Oh yeah, salah satu sebab saya suke lagu nie sbb ade Shila...hahahaha..Saya minat dgn nyanyian Shila, terutamanya lagu INI.
Rating saya : 4/5

3. Jika Hari-hari Hari Raya - Ana Rafali
Siape yang belum kenal dgn Ana Rafali?? Walaupun beliau tidak sepopular Yuna, tapi lagu-lagu Ana Rafali memang mudah utk didengar dan tidak terlalu kompleks (erk?). Korus lagu nie pula sememangnya best! "Jika hari-hari Hari Raya~" hehehe
Rating saya : 4.5/5

2. Raya Oh Yeah - Yuna
Yuna kembali lagi!! Lagu raya Yuna nie mmg layan! Tak percaya cube dengar sendiri..Video klip nye pula dirakamkan secara continuous recording, memang ceria dan kreatif habis! Terbaek lah!!
Rating saya : 5/5

1. Hanya Kerana Cinta - Hafiz, Aril, Ayu, Anne, & Tini Hot FM
Sebuah lagi lagu dari album Hangatnya Raya. Lagu nie tak macam lagu raya pun. Lirik dan melodinya 'kena' dan sedap untuk didengar berulang kali..Jadi kalau bukan raya pun boleh dengar lagu nie..Agak gwunk disitu...hahahah..Walaupun saya xberapa minat dgn Aril, tapi sebab lagu nie best, abaikan je la sape yang nyanyi.. =)
Rating saya : 5/5


Demikianlah Top 5 lagu raya (lagu baru) yang menjadi pilihan saya, anda pula bagaimana??

Monday, 6 September 2010

Hari Minggu dan Review The King Of Fighters

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.



Hari minggu yang lalu, ape yg korang buat? Dah pulang ke kampung halaman untuk berpuasa bersama-sama keluarga? Atau pun korang menghabiskan masa untuk shopping raya??

Bagi saya pulak, hari Sabtu dihabiskan dengan keluar 'shopping' sesorang ('shopping' lah sgt!!). Mulanya cadang nak berbuka puasa bersama2 kawan, tapi nak buat macam mane, masing-masing pun sibuk mengalahkan CEO syarikat..jadi terpaksa la batalkan hasrat aka tradisi tu utk tahun nie. Tapi siyesly, saya mmg tak reti nk bershopping nie..apetah lagi sesorang..dengan melihat kelibat orang yang terlalu ramai pulak menjadikan keadaan tak besh utk saya walaupun ade orang kate barulah meriah n berasa nak raya kalau ramai orang.

Banyak sungguh sale nak dekat raya nie...

Pening rasenye bile tgk org ramai2 nie..knape la tunggu saat2 akhir baru nk shopping eh? Ish3.. Tapi takpe la setiap orang pun sibuk dan ade hal masing2 yg membuatkan mereka shopping di saat2 akhir camnie. Okeylah, lpas settle beli ape yang patut, saya pun terus ke Shah Alam dan berbuka di rumah abg di sana.

Ahad pula saya tak keluar..dah buntu tak tahu nak pergi mane. Jadi masa dihabiskan dengan menonton movie, berinternet, dan bersukan (PES2010)..Movie yang saya tengok semalam ialah The King Of Fighters (TKOF)..satu lagi movie yang diadaptasi dari siri video game popular, selepas Tekken yang baru ditayangkan beberapa bulan lepas.

Berikut ialah review ringkas yang dapat saya tuliskan mengenai movie TKOF..(dah lama tak buat movie review..)

Klik pada Read More untuk membaca review..
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile