Wednesday 25 August 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 11 - Part 2) - Emirates Stadium (Arsenal), London

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 11 - Part 2)  - Emirates Stadium (Arsenal), London


Hari Kesebelas - Jumaat (7 Mei 2010) - Bahagian 2 : Stadium Emirates (Arsenal), London




12.35pm - Setelah puas (tak puas sebenarnye! -__-) menjelajah ke Stadium Stamford Bridge, saya dan abang meneruskan perjalanan kami ke stadium kedua, iaitu Stadium Emirates, stadium rasmi bagi pasukan bolasepak Arsenal FC


Okeylah, secara jujurnya pasukan EPL kedua yang saya minat tengok selain Chelsea ialah Arsenal, sebab diorang nie mengamalkan penggunaan pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama. Sebabnye saya pun kalau main game FIFA MANAGER, mesti akan beli atau guna ramai pemain-pemain muda, bakat-bakat baru la katekan.. =) 


Chelsea vs Arsenal? Of course la saya sokong Chelsea! ape da...tapi kalau Arsenal vs ManU or Arsenal vs Liverpool, makanya saya sokong Arsenal! miahahahahahaha




Sekali lagi, dengan menggunakan bantuan aplikasi MetrO yang terdapat di handphone kesayangan saya, kami  menuju Stadium Emirates dengan menaiki Underground Tube.


Perjalanan dari Stadium Stamford Bridge (Chelsea) ke Stadium Emirates (Arsenal)


1.10pm - Kami berdua tiba di Stadium Emirates. Kami turun di Stesen Arsenal (yerp, nama stesen tube tu Arsenal) dan berjalan kaki ke stadium yang terletak berdekatan dengan stesen tube


Kat stesen tube nie pun dah siap ade papan tanda arah ke Stadium Emirates.

Berjalan keluar dari Stesen Arsenal.

Di hadapan tempat membeli tiket tour.

Selaku die-hard fan Arsenal, abang saya pastilah orang yang paling excited bila dah sampai sini!

Eh eh..peminat Chelsea pun nk bgambar jugak!

Papan tanda pun jadi tempat menarik utk bergambar..haishh

1.25pm - Selepas membeli tiket stadium tour (Legends Tour) yang berharga GBP 45 (kalau tak silap), kami pun terus menuju ke Muzium Arsenal. Sebabnye stadium tour dijadualkan bermula pukul 2pm, jadi kami habiskan masa dengan melawat muzium dulu.

Di muzium nie, kami telah disapa oleh seorang pegawai bertugas di situ. Beliau bertanya kami dari mana, dan bila diberitahu kami datang dari Malaysia, beliau tetiber macam teruja skit. Pegawai bertugas tersebut bernama Tony Sandell dan pernah bermain untuk pasukan bolasepak Negeri Sembilan suatu ketika dulu, ketika era tahun 1960-70an kot..Yang pastinya semasa kami belum lahir lagi la, kata beliau. Hrmmm..ade sesape pakcik dari era 60-70an boleh confirmkan?? =)

Abang saya bergambar bersama Tony Sandell

Di depan pintu masuk Muzium Arsenal.

Cebisan padang Stadium Highbury yang diambil dan diawet selepas perlawanan terakhir di stadium berkenaan pada 7 Mei 2006.

Koleksi jersi dan barangan klasik Arsenal.


First team to play under the name 'Arsenal'


Papan tanda klasik

Modern Football?

"If you do not believe you can do it then you have no chance at all" - Saya suke ayat nie..

Musim gemilang Arsenal, tanpa kalah sepanjang 38 perlawanan liga pada musim 2003/04.

Ermm...tapi kalau main cantik tak menang tak best gak kan? ^-^

Koleksi piala-piala yang dimenangi Arsenal.

"Lucky Arsenal" - Tapi rasenye musim lepas (2009/10) Arsenal agak malang.. :D

1.43pm - Dah puas melawat muzium, kami pun menuju ke tempat masuk stadium tour yang terletak berdekatan dengan muzium.

Ade arca Arsene Wenger pulak kat situ..

Dan bermulalah stadium tour..Stadium tour yang kami sertai nie adalah dari pakej 'Legends Tour', dimana tour guides kami ialah seorang pemain 'legend' Arsenal yang bernama Sammy Nelson.

Gambar Panoramic (klik untuk besarkan)

Meriam!!

Yang tengah berdiri tue la Sammy Nelson. Beliau tengah memberi penerangan mengenai stadium dan sejarah ringkas Arsenal.

Sebelah kanan stadium.

Arsenal...

Perasaan puas tak terkata!!

Selepas melihat kawasan padang dan stadium, kami dibawa melawat ke kawasan bilik persalinan pemain.

Sesak sungguh dengan orang yang nk bergambar dengan jersi dan locker pemain.

Merasa nak jadi Fabregas jap.. =D

Arshavin, pemain yang baru dibeli musim lepas dari Rusia..

Masing-masing dapat beg berisi cenderahati Arsenal.

Sammy Nelson memberi penerangan lagi.

Bila semua dah keluar baru boleh ambil gambar penuh bilik locker pemain nie.

Pilih mana yang anda suka!!


Tandas yang digunakan para pemain Arsenal. Agak mewah dan modern jugak la tandas diorang nie..

Sekarang menuju ke kawasan padang secara dekat!!

The Gunners!!

Tempat keluar pemain ke kawasan padang...

Stadium Emirates nie memang jauh lebih besar berbanding Stadium Stamford Bridge. Kapasiti penonton pun hampir dua kali ganda.

Reds!!

Gambar Panoramic (klik untuk besarkan)


Gambar Panoramic (klik untuk besarkan)

Akhirnya, kami dibawa ke tempat press conference..bilik press nie pun agak besar, macam dewan kuliah pulak.. Di sini Sammy Nelson bercerita mengenai pengalamannya sebagai pemain Arsenal pada masa dahulu dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan. Seronok juga dengar kisah hidup dan sejarah macam mana beliau menjadi pemain Arsenal nie..Sempat jugak beliau kutuk kelab-kelab EPL yang lain..normal la kot..hehehe..

Ada seorang peserta tour bertanya kepada beliau, "tak menyesal ke sebab dilahirkan pada zaman dulu, bukan zaman sekarang, sebab pemain-pemain bola pada zaman sekarang pendapatan mereka agak tinggi, tak macam dulu"

Sammy Nelson dengan tegas berkata yang beliau tidak menyesal, sebab beliau memang minat bolasepak, dan bla bla bla..kirenye die tak kisah pasal duit la.. heeeee..

Setelah habis bercerita, semua peserta tour boleh la dapatkan tandatangan Sammy Nelson nie sebelum beransur keluar dan menamatkan stadium tour.. (macam budak kat blakang tu)

Saya dan abang antara orang terakhir yang keluar dari bilik press conference tue, dan sempat bergambar dengan Sammy Nelson..Legend tue weyh!

Gambar beserta tandatangan 'Arsenal Legend', Sammy Nelson. Beliau merupakan pemain pertahanan.

Di hadapan The Armoury aka Arsenal Megastore..dalam tue ade jual barangan Arsenal.

4.15pm - Setelah membeli cenderahati di Arsenal Megastore, kami pun bertolak pulang ke hotel..

Tengah tunggu tube.

5.05pm - Kami singgah sebentar di Malaysia Hall yang terletak berdekatan dengan hotel kami untuk membeli makanan untuk malam itu.

Dah nak balik Malaysia baru sempat bergambar dengan pondok telefon yang famous nie..

5.55pm - Akhirnya sampai dan tiba di hotel...Di bawah nie merupakan cenderahati yang diperolehi apabila menyertai 'Legends Tour'..

'Kad Jemputan' masuk..

'Surat' penghargaan dari Arsene Wenger, pengurus Arsenal.

Gambar pasukan dan replika Stadium Emirates (dalam kotak merah)




11 comments :

el said...

ehem2..mna souvenir utk wa bro..eheh!!
p/s: syok x brpuasa kat sana?

areev19 said...

el : erk..wa puasa kat mesia je la..yg pegi stadium nie bulan 5 aritu..hehe :D

Anonymous said...

ala...nak g jugak...wpon xminat bola...hehe...best gler dpt jln2

diNa de SoLa said...

ouh pg stadium emirates,..beshnyaa..
stadium arsengal eh? ouh mksud sy arsenal..hahaha..

areev19 said...

BezBuddy : heee...kene la minat bola klo cmtu.. :)

diNa de SoLa : hehee..arsengal ke arsenal, tpulang kpd anda.. :D

hans said...

dengki la aku macam nih
huh!

haha

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

areev19 said...

hans : eh eh..jgn la cmtu =)

hans said...

yer lah
mana tak dengki
ku nak pergi juga
tapi duit tak der
sob sob sob

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

areev19 said...

hans : hee..takpe2..kumpul duet sket2..lama2 ckup la nk pg :)

hans said...

insyaallah
doa2kan lah yer

P/S : Kepada Penggemar Telur Ayam! Awas! Hati - Hati Dengan Telur Ayam Palsu!

areev19 said...

hans : insyaAllah.. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile