Hari keempat di bumi Jepun.
Pada hari ini kami akan ke Arashiyama yang sangat terkenal dengan Togetsukyo Bridge dan Bamboo Groves. Kawasan Arashiyama ini sangat terkenal dan menjadi tarikan pelancong, terutamanya ketika musim bunga dan musim luruh.
9.59am - Sebelum keluar menuju ke Arashiyama, saya sarapan dulu dengan air minuman teh susu edisi khas Momoiro Clover Z.
10.06am - Selepas bersarapan di bilik hotel, saya bersama ibu dan isteri tercinta bergerak meninggalkan hotel penginapan kami untuk memulakan perjalanan hari keempat di bumi Jepun ini.