Lama sudah aku tak buat review J-Dorama..Memandangkan aku baru habis menonton dorama nie hari Khamis aritu, dan kerana jalan ceritanya juga yg aku rase mcm menarik dan membuatkan aku terfikir dan berfikir, maka hari nie aku nk tulis sedikit review pasal dorama nie.
[Review J-Dorama]
Juunen Saki mo Kimi ni Koishite (I'll Still Love You In 10 Years)
Dorama nie mengisahkan tentang Rika (Aya Ueto), seorang editor muda yang hebat tapi tak pandai dalam hal yang melibatkan percintaan. Pada suatu hari, tiba-tiba Rika didatangi seorang lelaki, Hiroshi yang mengaku bahawa dia adalah suami Rika dari masa depan, iaitu 10 tahun akan datang. Tujuan dan misi utama lelaki (Uchino Masaaki) tu kembali ke 10 tahun lepas ialah untuk memastikan Rika tak bertemu dengan dirinya (2010), sekali gus nak mengelakkan Rika daripada jatuh cinta, dan berkahwin dengan dia, suatu hari nanti.
Rika di'stalk' oleh Hiroshi yang datang dari masa depan
Kenapa?? Sebabnye, 10 tahun di masa akan datang, Rika dan Hiroshi akan sering bergaduh dan hilang kesefahaman yang menyebabkan akhirnya mereka sekarang dalam proses bercerai (di masa akan datang). Rika 10 tahun di masa depan berkata menyesal telah berkahwin dengan Hiroshi, yang menyebabkan Hiroshi akhirnya kembali ke 10 tahun lepas untuk menghalang mereka daripada bertemu, semata-mata kerana Hiroshi ingin melihat Rika mendapat seseorang yang 'lebih baik'.
Rika dan Hiroshi (2010)
Hiroshi yang datang dari masa depan (2020) berkali-kali mengekori dan berjumpa dengan Rika untuk memberi nasihat supaya melupakan Hiroshi yang baru ditemuinya. Walaupun pada awalnya Rika hampir-hampir mendengar nasihat untuk tidak menerima Hiroshi (2010), tapi akhirnya mereka tetap 'couple' kerana keikhlasan Hiroshi (2010) dan Rika percaya dia mampu mengubah masa depannya sendiri.
Rika membuat keputusan untuk meneruskan hubungan die dgn Hiroshi (2010)
Walaupun misi asal Hiroshi yang datang dari masa depan untuk memisahkan Rika dan dirinya gagal, Hiroshi (2020) akhirnya mengaku yang dia tak dapat nak mengubah takdir, dan kembali ke masa depan untuk menandatangi surat perceraian mereka. Hiroshi sebenarnya masih mencintai Rika, walaupun di 10 tahun akan datang...Ending nye?? korang kene la tengok sendiri...
Rika (2010) percaya, yang dia akan tetap mencintai Hiroshi walaupun di masa akan datang.
Saat-saat akhir sebelum Hiroshi kembali ke masa depan.. touchink plak time aku tengok scene nie.. erghhhh
Kesimpulan & Komen :
Walaupun Hiroshi dan Rika merasakan mereka telah 'ditakdirkan untuk bertemu dan bersama' 10 tahun dulu, namun semuanya berubah selepas beberapa tahun. Mereka cuma bahagia dalam beberapa tahun pertama sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai selepas hampir 10 tahun..
Mungkin inilah realiti kehidupan kan?? Awal-awal bukan main happy dan bahagia macam dunia nie kita yg punya..tapi, di masa akan datang, adekah perasaan dan keadaan tu akan kekal sama?? Akankah kita akan ingat saat2 dan kenangan indah yang pernah berlaku? Well, apabila emosi menguasai diri...semuanya terus dilupakan...
Sebab utama aku tengok cerita nie sbb Aya Ueto (aku kan kipas susah mati Aya-chan!), dan dorama nie pulak cuma ade 6 episod, berbanding dorama Jepun lain yang selalunya ada 10 hingga 11 episod. Tapi oleh kerana dorama nie telah berjaya membuatkan aku berfikir dan terfikir..aku rase mcm nak ulas pulak pasal dorama nie..
Memandangkan watak Hiroshi adalah seorang saintis, dalam dorama nie jugak ade menyelitkan info pasal Space Elevator. Nak tahu ape bende tu? Klik SINI.
Lagu tema dorama nie ialah 'Time Of Love' - nyanyian oleh Crystal Kay. Memang kena dan berjaya mewujudkan feel ketika menonton dorama nie..Maksud dan lirik lagu nie pun kena dengan dorama nie..Korang boleh tengok lirik dan translation nye kat SINI dan dengar lagu nye di YouTube di SINI.
RATING :
Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 4.5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 4/5
Tahap Nak Marathon : 4.5/5
Tahap Logik : 3/5 (time machine?)
Tahap Kawaii : 5/5 (Aya-chan!!)
Tahap Lawak : 2.5/5
Tahap G-Wunk : 5/5
Tahap Sedih : 4.5/5
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4/5
Keseluruhan : 8.5/10
Info :
Sumber Lirik :