Hari Kesembilan : Ahad (18 Oktober 2015) : Asakusa - Odaiba - Kikukawa - Haneda - klia2
Hari kesembilan, iaitu hari terakhir kami di Tokyo. Seperti biasa, mulakan hari dengan sarapan pagi di bahagian luar hotel. Ketika bersarapan pada pagi ini, kami bertemu dengan 3 orang sahabat dari Malaysia yang baru tiba di Tokyo malam tadi.
9.31am - Kami bergerak dari hotel menuju ke destinasi pertama kami pada pagi itu, iaitu Asakusa!
9.36am - Saya singgah sebentar di peti surat ini untuk mengepos pakej modem broadband Japan Wireless yang saya gunakan sepanjang berada di Tokyo ini. Anda boleh rujuk entry pertama siri Travelogue Tokyo 2015 ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modem broadband tersebut.
9.37am - Kami tiba di pintu masuk ke Stesen Jimbocho.