Hari Kelapan : Sabtu (17 Oktober 2015) : Minatomirai - Tokyo Skytree - Akihabara
8.33am - Hari kelapan di Jepun. Seperti biasa, sarapan milo panas dan biskut. Gelas itu dipinjam dari kafe di hotel manakala air panas juga disediakan di kafe untuk anda ambil secara percuma.
9.29am - Kami memulakan perjalanan. Destinasi pertama kami pada hari ini adalah ke Minato Mirai 21!
9.36am - Tiba di Stesen Jimbocho, iaitu titik permulaan perjalanan kami setiap hari. Hari ini kami perlu menaiki train Hanzomon Line.
9.38am - Perjalanan pertama kami pada pagi ini adalah menuju ke Stesen Otemachi. Jaraknya cuma satu stesen dari Stesen Jimbocho.
9.43am - Train Hanzomon Line tiba di platform.
9.46am - Kami tiba di Stesen Otemachi. Seterusnya adalah menukar train kepada Marunouchi Line.
9.48am - Tiba di Platform 1 Marunouchi Line di Stesen Otemachi. Dari sini kami menaiki train menuju ke Stesen Tokyo. Sekali lagi, jaraknya cuma satu stesen.
9.50am - Menaiki train menuju ke Stesen Tokyo.
9.52am - Sebaik tiba di Stesen Tokyo, kami terus bergerak mengikut tanda arah train JR Line.
Untuk ke Minato Mirai 21, seterusnya kami perlu menaiki train JR Tokaido Line di Stesen Tokyo ini.
Tokaido Line menggunakan Platform 7 hingga 10.
9.56am - Suasana agak sibuk pada pagi itu, kerana Stesen Tokyo merupakan antara stesen train utama di Tokyo.
Satu yang mudah ketika menggunakan perkhidmatan train atau underground train di Tokyo ini adalah, terdapat banyak tanda arah di setiap stesen, dan bagi saya, sukar untuk anda sesat.
Kami perlu menaiki Platform 9 Tokaido Line untuk menuju ke Stesen Yokohama.
Salah sebuah Shinkansen yang lalu berdekatan dengan platform kami.
10.05am - Kami menaiki Green Car train Tokaido Line. Green Car ini boleh dikatakan koc '1st class' yang mana keadaannya lebih selesa berbanding koc train biasa.
Pada mulanya saya ingat koc ini khas untuk pengguna kad Suica. Tak tahu pula yang train ini merupakan koc '1st class'.
Apabila dikatakan koc '1st class', maka harganya pun mestilah berbeza ye tak? Bila dah masuk dan train dah bergerak, nak keluar balik pun dah terlambat. LOL
Keadaan dalaman koc Green Car ini memang lebih selesa berbanding koc biasa. Keluasan kerusi juga berbeza, ianya lebih luas dan selesa.
10.19am - Tapi kami tak sempat merasa lama menaiki koc Green Car ini, kerana kami diarahkan turun oleh staf stesen di Stesen Shinagawa kerana koc tersebut hanya berhenti di situ dan ianya perlu dikosongkan oleh semua penumpang. Semua penumpang yang turun dari train tersebut perlu menaiki train lain yang akan tiba di platform sebelah. Dan kami tak perlu membayar harga koc Green Car.
Train tadi berhenti di Stesen Shinagawa, iaitu stesen kedua dari Stesen Tokyo.
10.27am -Train Tokaido Line lain tiba di platform sebelah.
10.46am - Akhirnya kami tiba di Stesen Yokohama.
Sekali lagi, kami perlu menukar train Minatomirai Line untuk ke destinasi kami, iaitu Minato Mirai 21.
10.48am - Oleh kerana baki duit dalam kad Suica kami dah hampir habis, maka kami telah topup kad Suica kami di sini. Saya cuma topup 2,000 yen ke dalam kad Suica saya.
Menuju ke Minatomirai Line.
Menuju ke Platform 1 di Stesen Yokohama.
Platform 1 menuju ke Stesen Minatomirai.
10.55am - Kerana keadaan yang sesak, terdapat staf stesen yang mengawal keadaan untuk memastikan pergerakan masuk penumpang ke dalam train lancar.
10.59am - Akhirnya, kami tiba di Stesen Minatomirai.
Seperti biasa, perlu memilih pintu keluar yang betul supaya tidak membuang masa perlu patah balik.
11.01am - Kami berjalan menuju ke pintu keluar di mana terdapatnya Queen's Square.
11.02am - Kami tiba di pintu keluar yang bersambung terus dengan pasaraya atau kompleks Queen's Square Yokohama ini.
Dari Queen's Square, saya mencari arah pintu keluar untuk ke Cupnoodles Museum yang terletak tidak jauh dari Queen's Square.
11.09am - Bergerak keluar dari Queen's Square.
Ferris wheel itu adalah sebahagian daripada Cosmo World.
Berjalan menuju ke arah Cupnoodles Museum dan Cosmo World.
Antara tempat tarikan yang terdapat di sekitar kawasan ini.
Di seberang sana adalah laut.
11.19am - Kami sekadar lalu sahaja di depan Cosmo World ini. Mungkin satu masa nanti baru kami masuk?
11.19am - Salah satu pasaraya yang terdapat di kawasan ini, iaitu World Porters.
Lagi gambar Cosmo World dari jauh.
11.23am - Akhirnya kami tiba di Cupnoodles Museum!
Kaunter tiket Cupnoodles Museum. Harga tiket masuk untuk dewasa adalah 500 yen. Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti di setiap tingkat muzium ini.
Berdekatan dengan pintu masuk utama muzium ini adalah Cupnoodles Museumshop, di mana pengunjung boleh membeli cenderamata kenang-kenangan.
Terdapat 5 tingkat di Cupnoodles Museum ini.
Walaubagaimanapun, kami tidak membeli tiket untuk memasuki ruang pameran dan aktiviti di Cupnoodles Museum ini. Mungkin satu hari nanti saya akan kembali ke sini? InsyaAllah.
Selepas membeli sedikit cenderamata, kami bergambar dulu dengan maskot Cupnoodles Museum dan replika bekas mee segera sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.
11.48am - Kami berjalan menuju ke kawasan tepi laut di belakang bangunan Cupnoodles Museum.
Peta kawasan berhampiran dan lokasi kami pada ketika itu.
12.00pm - Sedang kami berjalan di kawasan tepi laut tersebut, kebetulan terdapat satu pameran kapal tentera laut Jepun. Ianya dibuka kepada orang awam secara percuma.
Tapi sebelum dibenarkan memasuki kapal tentera laut Jepun ini, anda perlu melalui pemeriksaan beg oleh beberapa orang tentera laut Jepun yang bertugas.
Pameran kapal tentera laut Jepun (Japan Maritime Self-Defense Force) ini merupakan sebahagian daripada 'Fleet Week' yang dianjurkan di sekitar kawasan Yokohama atau Minato Mirai 21 ini.
Para pengunjung berpeluang memasuki dan melihat dari dekat 2 kapal tentera laut Jepun ini.
Pekerja yang mengawal, menunjuk arah, dan lain-lain di atas kedua-dua kapal ini merupakan anggota-anggota tentera laut Jepun itu sendiri.
Saya sedang berada di atas kapal JS CHIHAYA.
Uniform anak kapal.
Sebuah lagi kapal yang berada di sini adalah JDS Kurobe.
Semua anak kapal dan tentera laut yang berada di sekitar kawasan pameran sama ada di atas kapal mahu pun di luar kapal melayan dan menghormati pengunjung seperti boss, walaupun ada di antara mereka memakai pangkat yang tinggi di uniform.
Kata kunci yang saya nak tekankan di sini adalah mereka sebagai penjawat awam tidak berlagak atau sombong walaupun mempunyai pangkat di dalam tentera.
12.19pm - Selesai berlegar-legar di atas kedua-dua kapal, kami bergerak keluar dari kawasan pameran tersebut. Terdapat kaunter di jalan keluar dan pengunjung diberkan cenderamata kenang-kenangan.
Pegawai dalam gambar di atas tadi mengecop 2 stamp mewakili kedua-dua kapal yang kami naiki tadi.
Kapal JS CHIHAYA dan JDS KUROBE yang kami naiki tadi.
12.25pm - Kami meneruskan perjalanan menuju ke Yamashita Park.
Bangunan berwarna merah dalam gambar di atas adalah Red Brick Warehouse.
Dalam gambar di atas ini adalah Osanbashi Pier, iaitu terminal utama penumpang antarabangsa ke Port of Yokohama.
Terdapat persembahan pancaragam tentera laut bersempena dengan 'Fleet Week' di kawasan pelabuhan ini.
12.34pm - Osanbashi Pier dari dekat. Hakikatnya tak lah dekat sangat, sebab untuk berjalan kaki ke sana, anda perlu berjalan dan pusing agak jauh di sekitar kawasan Port of Yokohama ini kerana tidak ada jalan terus ke sana. Oleh kerana agak jauh, maka kami tidak berjalan ke Osanbashi Pier.
12.48pm - Terdapat festival di sekitar kawasan Red Brick Warehouse ini.
Terdapat Yokohama Oktoberfest 2015 yang sedang berlangsung di kawasan berdekatan dengan Red Brick Warehouse. Ingatkan di Oktoberfest ini hanya ada di Jerman, rupanya di Yokohama pun ada.
Untuk masuk ke kawasan ini, anda perlu membeli tiket masuk berharga 300 yen. Terdapat pelbagai gerai makanan di sana.
Saya tak pasti, mungkin harga nak naik kenderaan tersebut 300 yen?
12.54pm - Selepas melalui kawasan Oktoberfest, kami bergerak pulang menuju ke arah Queen's Square.
Pasaraya World Porters. Kami sekadar melalui di bahagian luar dan tidak masuk ke dalam.
Di bahagian luar pasaraya World Porters ini terdapat ATM. Saya sempat mengeluarkan duit di sini. Charges yang dikenakan adalah RM10 untuk setiap transaksi. Pastikan kad ATM anda sudah diaktifkan untuk penggunaan di luar negara dahulu ya?
Yokohama.
1.20pm - Akhirnya kami tiba semula di Queen's Square.
Terdapat Disney Store di Queen's Square ini.
Juga terdapat kedai Snoopy Town.
Boleh kata hampir di setiap tempat kami pergi akan terdapat mesin ini. Anda boleh membeli medal yang coraknya berbeza di setiap kawasan yang anda pergi. Setiap satu mesin mempunyai 3 corak untuk anda pilih. Harganya pula 200 yen.
Oleh kerana saya berada di Minatomirai, maka saya membeli medal mempunyai corak ini.
Terdapat Kanagawa HANA Festa 21 di sini, iaitu pameran bunga dan pelbagai gubahan bunga.
Pusat LEGO education yang terdapat di Queen's Square.
1.53pm - Kedai LEGO clickbrick yang terdapat di Queen's East, tingkat 4F.
2.15pm - Selesai berlegar-legar di dalam Queen's Square, kami pun menuju ke Stesen Minatomirai yang terletak di tingkat bawah Queen's Square. Destinasi kami yang seterusnya pada hari itu adalah Tokyo Skytree!
2.15pm - Kami tiba di Stesen Minatomirai.
2.19pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Yokohama.
Laluan perjalanan kami mengikut maklumat yang diperoleh daripada Google.
2.23pm - Tiba di Stesen Yokohama.
Seterusnya, kami menuju ke platform JR Line.
Stesen Yokohama ini agak sibuk, sama seperti di Stesen Tokyo.
Kami menuju ke Keikyu Line.
Terdapat tempat menukar wang di sini.
2.33pm - Kami tiba di platform dan menaiki train Keikyu Line menghala ke Keisei-Takasago untuk ke Stesen Oshiage.
2.53pm - Laluan train Keikyu Line ini bersambung dengan laluan train Asakusa Line. Stesen terakhir di Keikyu Line adalah Stesen Sengakuji, namun anda tak perlu turun dari train di Stesen Sengakuji, kerana train tersebut akan menyambung perjalanan ke laluan train Asakusa Line untuk ke Stesen Oshiage.
3.18pm - Kami tiba di Stesen Oshiage. Stesen Oshiage adalah stesen paling dekat untuk anda pergi ke Tokyo Skytree.
Menuju ke Exit SKY TREE TOWN East.
Exit B3 untuk ke Tokyo Sky Tree.
0.9 meter di atas paras laut.
Pintu keluar B3 Stesen Oshiage.
3.23pm - Tokyo Skytree!
Terdapat berdekatan dengan Tokyo Skytree ini adalah pasaraya Tokyo Solamachi.
Turut terdapat di sini adalah Sumida Aquarium.
3.29pm - Dengan berpandukan aplikasi Google Maps di handphone saya, kami berjalan menuju ke lokasi restoran makanan halal, Sekai Cafe Oshiage yang terletak tidak jauh dari Tokyo Skytree.
Di kawasan bawah Tokyo Skytree.
Sempat bergambar dari bawah.
3.33pm - Kami tiba di Sekai Cafe Oshiage. Tak susah nak cari restoran ini, ianya terletak betul-betul bertentangan dengan Tokyo Skytree, anda cuma perlu menyeberang jambatan tadi dan akan terus menjumpai restoran ini.
Keistimewaan makanan dan restoran Sekai Cafe Oshiage.
Staf di Sekai Cafe Oshiage ini fasih berbahasa Inggeris, jadi anda tidak perlu risau untuk bertanya apa-apa.
Terdapat seorang pekerja muslim, saya tak pasti beliau dari mana, mungkin Iran tak pun Turki.
Selain di Oshiage, Sekai Cafe juga mempunyai cawangan lain di Asakusa.
Set nasi dan kopi ais ini berharga 1,000 yen, iaitu lebih kurang RM36.20 (nilai tukaran pada ketika itu).
Satu yang saya perasan setelah makan di beberapa restoran sepanjang kami di Jepun ini, harga makanan di setiap tempat yang kami pergi adalah lebih kurang sahaja, tidak kira lah kami makan di restoran di kawasan Otsuka, Kawaguchiko, Ameyoko, atau di Oshiage ini. Seolah-olah harga makanan di sini terkawal.
Pada asalnya saya menjangkakan harga makanan di Sekai Cafe Oshiage ini lebih mahal kerana ianya berdekatan dengan Tokyo Skytree, tapi rupanya tidak!
Nak bekerja part time di Sekai Cafe?
Satu lagi sebab kenapa pengunjung atau pelancong muslim perlu datang ke Sekai Cafe Oshiage ini adalah kerana ia menyediakan bilik untuk menunaikan solat, muat untuk 2 orang pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil wuduk di tandas atau di bilik staf.
Untuk kami pada hari tersebut, pekerja muslim tadi membenarkan kami mengambil wuduk menggunakan sinki di bilik staf yang terletak bersebelahan dengan bilik solat.
Multi-Purpose Room.
4.15pm - Selesai solat jamak dan menjamu selera makanan halal, kami bergerak menuju kembali ke Tokyo Skytree.
Tokyo Skytree.
4.19pm - Kami tiba di perkarangan di kawasan bawah Tokyo Skytree.
4.24pm - Terdapat The Skytree Shop di sini untuk pengunjung membeli barangan cenderamata kenang-kenangan.
Kami membuat keputusan untuk tidak naik ke observatory deck Tokyo Skytree ini. Sekadar membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan pernah sampai ke sini. Satu hari lagi insyaAllah saya ingin ke sini sekali lagi.
4.52pm - Kami berjalan menuju ke Stesen Oshiage untuk ke lokasi seterusnya.
Kami sebulat suara bersetuju untuk ke Akihabara daripada Tokyo Skytree.
Laluan perjalanan kami mengikut maklumat yang diperoleh daripada Google.
4.54pm - Tiba di pintu masuk ke Stesen Oshiage.
Terdapat beberapa perkhidmatan train yang melalui Stesen Oshiage ini.
Kami perlu menaiki train Asakusa Line dari Stesen Oshiage ke Stesen Asakusabashi.
5.00pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Asakusabashi. Jaraknya 4 stesen dari Stesen Oshiage.
5.08pm - Kami tiba di Stesen Asakusabashi. Seterusnya, kami perlu menaiki train JR Line.
Ke arah Sobu Line.
Stesen JR Asakusabashi.
Pijam dan Azhar singgah di mesin tiket untuk topup kad Suica mereka.
Kami bergerak menuju ke Platform 1 Sobu Line menghala ke Akihabara.
5.13pm - Tiba di Platform 1.
5.14pm - Kami menaiki train Sobu Line ke Stesen Akihabara.
5.17pm - Kami tiba di Stesen Akihabara, selepas kira-kira 3 minit perjalanan dari Stesen Asakusabashi.
Kami menuju ke Showa-dori Exit di Stesen Akihabara.
5.20pm - Showa-dori Exit ini berdekatan dengan pintu masuk ke pasaraya Yodobashi Akiba.
Kami menuju ke arah pintu Akihabara Electric Town.
Melalui East-West Passage
6.06pm - Di East-West Passage ini, terdapat Tamashii Nations Akiba Showroom. Ia merupakan pameran patung aksi atau figura keluaran Tamashii Nations dan Bandai. Saya tak pasti sama ada showroom ini adalah sementara atau pun lokasi kekal di sini.
Hulkbuster edisi khas?
Kamen Rider Black RX dan kereta Ridoron.
6.09pm - Kami keluar dari pintu Akihabara Electric Town. Tiba masa untuk jalan-jalan di Akiba pada malam terakhir kami di Tokyo!
6.31pm - TamTam Hobby Shop Akihabara ini adalah salah satu kedai hobi yang terbesar dan popular di Akiba.
Hello! Project Official Shop.
TamTam Hobby Shop ini terletak di tingkat 4 dan 5 bangunan tadi. Ada sesiapa kumpulan idol daripada Hello! Project? Terdapat official shop mereka di tingkat 6 bangunan ini. Kumpulan idol dari Hello! Project yang saya tahu hanyalah Morning Musume, dan cuma kenal Sayumi Michishige je. Hehe.
Selepas berlegar-legar di TamTam, kami bertiga masing-masing bergerak secara solo. Dah tak risau sesat, kerana masing-masing dah hafal dan biasa dengan laluan dan train yang perlu dinaiki untuk pulang ke hotel.
8.38pm - Sekali lagi melalui kawasan di hadapan AKB48 Cafe & Shop ini. Ianya berada berdekatan dengan Stesen Akihabara.
8.48pm - Akihabara Electric Town pada jam 8.48pm. Boleh dikatakan majoriti kedai-kedai di sini ditutup bermula jam 8.00pm. Jadi, sekiranya anda ingin menghabiskan masa untuk berjalan-jalan dan membeli-belah di sini, sila datang lebih awal. Memang rambang mata setiap kali masuk kedai-kedai hobi yang terdapat di sini!
8.52pm - Oleh kerana tidak mahu menaiki train lebih dari satu kali atau tukar train untuk perjalanan pulang ke hotel, maka saya telah berjalan menuju ke Stesen Iwamotocho berpandukan aplikasi Google Maps di handphone.
8.54pm - Saya tiba di pintu masuk ke Stesen Iwamotocho.
Saya menuju ke Stesen Iwamotocho kerana ia merupakan stesen bagi train Shinjuku Line, yang mana train dari Shinjuku Line akan melalui Stesen Jimbocho, iaitu stesen yang berdekatan dengan hotel penginapan saya.
Perlu berjalan sejauh 130m untuk ke platform Shinjuku Line.
8.56pm - Walaupun belum jam 9.00pm, tetapi laluan ini agak lengang. Tapi saya tak berasa risau kerana yakin dengan keadaan keselamatan di sini.
Platform 1 dan 2 menuju ke arah Jimbocho.
8.59pm - Tiba di platform. Stesen Jimbocho terletak 2 stesen dari Stesen Iwamotocho.
9.02pm - Train tiba di platform. Pada waktu malam, kekerapan train adalah tidak seperti pada waktu siang.
9.06pm - Saya akhirnya tiba di Stesen Jimbocho.
Seperti di stesen-stesen train yang lain, di sini terdapat pejabat Lost & Found. Kalau anda ada tertinggal atau kehilangan barang ketika di dalam train atau di stesen, cubalah datang ke sini, mana tahu barang anda telah ditemui dan dihantarkan ke sini. Kalau tak efektif, tak ada lah sampai dibuat pejabat khas ye tak?
Seperti biasa, menuju ke Exit A7.
9.16pm - Laluan ini akan saya rindui.
9.17pm - Alhamdulillah, akhirnya saya tiba di hotel penginapan kami, iaitu Sakura Hotel Jimbocho.
Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel tadi, saya sempat singgah membeli air coklat ini di convenience shop yang terdapat berdekatan dengan hotel. Rasanya sangat sedap!
Pada hari kelapan saya di Tokyo, saya telah berjalan sejauh kira-kira 15.75km, dengan jumlah kira-kira 24,343 langkah!
No comments :
Post a Comment