Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kalau anda biasa melihat content-content media sosial mengenai Osaka, pasti anda pernah nampak content tentang satu kedai yang menjual cheesecake yang popular di Osaka.
Semasa buat research untuk itinerary hari tu, kami jumpa pasal jiggly cheesecake yang popular ni. Dan ada pula pengesahan dari beberapa sumber yang cheesecake ni Halal dan selamat dimakan kerana tiada unsur-unsur bahan terlarang. Antaranya pengesahan dari IG yoshito_japan (seorang consultant makanan Halal di Jepun), dan Puan Zunita Ramli (seorang influencer terkenal, usahawan anak Malaysia yang berada di Jepun). Jadi terus masuk dalam itinerary wajib kami bila nak pergi ke area Dotonbori.
IG yoshito_japan mengesahkan tiada bahan terlarang dan pencemaran silang berlaku dalam pembuatan cheesecake Uncle Rikuro.
Walaupun Puan Zunita Ramli pernah menulis artikel berkenaan
cheesecake Uncle Rikuro ni pada tahun 2019, beliau telah mengesahkan sekali lagi status Halal
cheesecake berkenaan pada 12 Januari 2024 dalam
group Facebook,
Road To Japan, berikutan ada yang bertanya dan was-was akan status terbaharu.
Kalau anda datang ke kawasan berdekatan dengan Namba atau Dotonbori, anda boleh pergi ke cawangan Uncle Rikuro Namba Main Store yang terletak di Ebisubashi-suji Shopping Street.
Kedai Uncle Rikuro's Cheesecake yang cawangan Namba Main Store ni memang popular, dan kena queue panjang. Boleh makan kat dalam kedai, dan boleh take away. Kalau nak makan dalam kedai, kena booking dan tunggu kat luar dulu rasanya sebab macam sentiasa penuh. Kemudian tunggu staff panggil bila dah ada kekosongan.
Untuk take away, ada 2 barisan untuk queue, satu yang kat luar kedai, yang ni beratur untuk beli cheesecake yang betul-betul panas dan baru dibawa keluar dari oven, memang nampaklah dia punya jiggly tu bila staff bawa keluar batch baharu ke kaunter depan. Satu lagi barisan terus masuk ke dalam kedai, yang ni untuk beli cheesecake yang dibuat 2 jam lepas, kiranya tak panas dari oven la kot. Saya queue kat yang barisan yang kat luar.
Live translation menggunakan aplikasi Google Translate.
Cheesecake ni boleh tahan selama 3 hari kalau disimpan di dalam peti sejuk. Live translation menggunakan aplikasi Google Translate.
Live translation menggunakan aplikasi Google Translate.
Harga sebiji cheesecake ni adalah 965 Yen sahaja!
Memang nampak menyelerakan!
Ada juga jualan kombo. Tapi tak berani nak beli sebab yang disahkan Halal cuma cheesecake. Live translation menggunakan aplikasi Google Translate.
Setiap pembelian sebiji cheesecake, akan dimasukkan ke dalam kotak seperti ini.
Saya bukanlah penggemar cheesecake, sebab biasanya cepat muak. Tapi cheesecake Uncle Rikuro ni memang just nice, sedap, tak ada rasa telur atau cheese yang berlebihan, dan memang tak muak walaupun makan banyak.
Kami makan bila dah sampai hotel, beberapa jam selepas beli, bukan makan panas-panas, tapi tetap rasa sedap!
Jadi kalau anda datang ke Osaka, memang wajib beli dan cuba cheesecake Halal Uncle Rikuro ini!
----------------------------------------------------------------------
Senarai Episod dalam Siri Travelogue Nara - Osaka - Tokyo 2023
Episod 13 : Melawat Masjid Terbesar di Tokyo dan Gayat di Shibuya Sky!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments :
Post a Comment