Thursday 11 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 3) : Ikomasanjo Amusement Park, taman tema di atas Gunung Ikoma!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Disebabkan kami tiba awal sebelum waktu check in di hotel penginapan kami, jadi kami tinggalkan dahulu beg-beg kami di lobi selepas mendaftar dan memaklumkan pada tuan rumah atau staff

Lokasi pertama kami nak pergi pada hari pertama di Jepun kali ini adalah Ikomasanjo Amusement Park yang mungkin tak ramai orang tahu. Ianya merupakan antara amusement park tertua di Jepun, dan berada tinggi di atas Gunung Ikoma. Dari sana, pengunjung boleh melihat pemandangan cantik Bandar Nara dan sekitar.

Walaubagaimanapun, ianya sedikit jauh dari Bandar Nara. Untuk perjalanan kami dari Nara Station, ia mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai, termasuklah kerana perlu menunggu kereta kabel untuk naik ke Gunung Ikoma.

Ini adalah carta perjalanan kami dari Nara Station ke Ikomasanjo Station, yang mana terletaknya Ikomasanjo Amusement Park. *Waktu dalam gambar bukan waktu sebenar perjalanan kami, ianya sebagai rujukan sahaja.

Berjalan dari Guesthouse Nara Komachi ke Nara Station, kira-kira 250 meter jaraknya.

JR Nara Station.

Membeli tiket train Yamatoji Line (arah Osaka) menuju ke Oji Station. Tiket berharga 320 Yen seorang.

Platform 2 dan 3 kedua-duanya menghala ke Osaka.

Train tiba di Platform 2.

Tiba di Oji Station.
Untuk menjimatkan masa tak perlu lagi membeli tiket train setiap kali nak naik, saya telah membeli kad ICOCA (disebut I-KO-KA) ni untuk setiap seorang di Oji Station. Saya isikan topup 2000 Yen untuk setiap kad. Fungsi kad ICOCA ni macam Touch N Go, kita tap sahaja kad di gate di stesen train untuk masuk ke platform. Ia juga boleh digunakan untuk membuat pembelian lain macam di convenience store (konbini) atau di vending machine.

Dari sini, kami perlu pergi ke platform Kintetsu-Ikoma Line (arah Ikoma).


Masuk ke Oji Sation, platform Kintetsu-Ikoma Line. Dari Oji Station, kami menuju ke Ikoma Station menaiki Kintetsu-Ikoma Line (arah Ikoma).

Tiba di Ikoma Station. Dari sini, kami perlu menuju ke Central Exit untuk menuju ke Tori-Mae Station. Kat signboard ni pun ada tulis "Cable Car for Hozanji Ikomasanjo".

Berjalan lebih kurang 200 meter menuju ke Tori-Mae Station.

Tiba di Tori-Mae Station, iaitu stesen kereta kabel untuk menuju ke Gunung Ikoma.

Menaiki kereta kabel. Ianya kecil je, mungkin ada tempat duduk untuk 24 orang je, selebihnya kena berdiri macam dalam bas awam.

Menerusi tingkat kereta kabel yang bergerak. Kereta kabel yang kami naik ni sebenarnya ada dekorasi anjing comel, saya lupa nak ambil gambar dari luar.

Tiba di Hozanji Station dari Tori-Mae Station menaiki kereta kabel.

Di Hozanji Station ni, kami kena tukar kereta kabel untuk pergi ke Ikomasanjo Station.

Kereta kabel dari Hozanji Station ke Ikomasanjo Station ni pun ada dekorasi menarik.


Ruang dalaman kereta kabel.

Akhirnya tiba di Ikomasanjo Station.

Sampai akhirnya di Ikomasanjo Amusement Park! Sebenarnya pada hari tersebut, semasa dalam perjalanan di dalam train, saya baru dapat tahu yang pada hari tu Ikomasanjo Amusement Park tu tutup awal, iaitu pada jam 4pm, bila check di Google. Biasanya ia ditutup pada jam 5pm. Oleh kerana kami dah pun dalam perjalanan, maka kami teruskan je lah walaupun kalau diikutkan kami dianggarkan akan sampai lebih kurang 10 minit sebelum jam 4pm.

Kami tiba di Ikomasanjo Amusement Park ni lebih kurang jam 3.55pm.

Ambil gambar dulu apa-apa pun.


Lepas ambil gambar, kami baru nak explore kawasan Ikomasanjo Amusement Park ni, tapi semua rides dah tutup dan ada yang sedang ditutup, tepat jam 4pm. 'Sharp' betul. Kelihatan staf semua kemas-kemas tutup ride masing-masing dan terus beredar sebaik jam 4pm.


Kami tak ada rezeki nak naik gondola ni.

Target kami sebenarnya nak naik basikal yang tinggi kat atas rail tu, sebab pemandangannya yang cantik. Tapi tak ada rezeki hari tu. Mungkin next time? InsyaAllah.


Pemandangan Bandar Nara dan sekitar dari Ikomasanjo Amusement Park.

Klik untuk besarkan gambar panorama.

Tak dapat naik ride, kami bergambar je lah sebelum matahari terbenam.





Selesai ambil-ambil gambar di Ikomasanjo Amusement Park, kami pun bergerak turun semula menaiki kereta kabel. 

Carta perjalanan balik kami dari Ikoma Station. Kami menuju ke Kintetsu-Nara Station dan bukan Nara Station kerana terdapat restoran makanan Halal berdekatan dengannya. *Bukan waktu sebenar perjalanan kami. Hanya sebagai rujukan.

Pemandangan dari tingkap depan kereta kabel.

Sebaik tiba di Kintetsu-Nara Station dari Ikoma Station, kami mencari restoran Halal berdekatan.

Restoran PY Halal Kitchen ni terletak tak jauh dari Kintetsu-Nara Station. Ianya juga berada berdekatan dengan kedai membuat Mochi yang popular di Bandar Nara ini.

Secara puratanya, harga hidangan di sini lebih kurang 1200 - 2000 Yen untuk makanan dan 500 - 800 Yen untuk minuman.

Dari Restoran PY Halal Kitchen, kami berjalan sahaja untuk balik ke hotel penginapan kami, lebih kurang 1 KM jarak perjalanan. Tak rasa sangat pun penat sebab seronok nak tengok tempat orang dan cuaca pula sejuk pada waktu itu, sekitar 10-13 Celsius (2 Disember 2023).

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di kedai gashapon yang baru dibuka, dan katanya yang terbesar di Bandar Nara ni.

Tak perlu risau tak ada duit syiling sebab ada money exchanger kat kedai gashapon ni.

Layan anak nak beli Sanrio punya karakter ni. Ia sebenarnya bath bomb, bila dah habis sabunnya larut, baru la dapat patung mainan kecil karakter Sanrio. Harganya 500 Yen.

Saya pun nak juga, beli gashapon Zaku Head. 500 Yen.




No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile