Saturday 27 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 9) : Halal Ramen Naniwaya di Dotonbori, Osaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mencari restoran atau tempat yang menyediakan makanan Halal di Dotonbori, Osaka tidaklah sukar kerana terdapat beberapa pilihan restoran Halal di sekitar kawasan Dotonbori ini. 

Tips : Harus diketahui yang di Jepun, kadangkala ada restoran yang dibuka pada waktu tertentu sahaja dan akan ada masa ia 'ditutup' sekejap. Contohnya restoran dibuka untuk sesi makan tengahari dari 12pm sampai 3pm, kemudian restoran ditutup untuk rehat, dan kemudian dibuka semula pada jam 5pm atau 6pm untuk sesi makan malam. Jadi lebih baik plan dahulu perjalanan anda ya?

Semasa di Dotonbori hari tu, kami sempat singgah makan di restoran Halal Ramen Naniwaya. Ianya terletak tak jauh dari kawasan Dotonbori Canal.

Kalau anda berjalan dari Don Quijote Dotonbori, jaraknya lebih kurang 500 meter, atau kira-kira 7 minit berjalan kaki. Klik gambar untuk besarkan.

Sampai di depan restoran.

Bahagian hadapan restoran.

Menu set kanak-kanak cuma 1000 Yen.

Lagi menu kanak-kanak.

Menu makanan utama. Saya dan isteri mencuba Special Naritaya Ramen dan Shoyu Ramen. Anak kesayangan kami pula makan Chicken Rice Plate.


Pilihan dessert dan air minuman.

Shoyu Ramen.

Special Naritaya Ramen.


Kesimpulannya saya bagi 4/5* untuk ramen di sini. 



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile