Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pagi kedua kami di negara matahari terbit. Pagi ni kami menuju ke Nara Park dengan berjalan kaki dari hotel penginapan kami. Jaraknya lebih kurang 1.7 KM. Jauh? Sebenarnya jauh juga, tapi tak terasa sangat pun sebab cuaca sejuk dan seronok dapat melihat tempat orang dengan lebih dekat. Lagi pun awal pagi lagi, anggap je la macam jogging kot? Selesai proses check-out hotel dan meninggalkan beg kami di lobi, kami terus bergerak berjalan kaki ke Nara Park!
Peta dan anggaran jarak dan masa perjalanan dari hotel penginapan kami ke Nara Park mengikut Google Maps. Klik untuk besarkan.
Memulakan pagi dengan ceria!
Pokok-pokok dengan dedaun kuning masih banyak pada masa ini (3 Disember 2023).
Comel vending machine Pikachu ni.
Melintasi konbini Lawson yang agak unik kerana masih mengekalkan rekabentuk bangunan lama.
Berhadapan dengan Lawson unik tadi adalah kedai ini yang cukup popular dengan kuih tradisional mereka, iaitu Mochi.
Melintasi kawasan Kofuku-ji Temple untuk mencari rusa liar di Nara Park.
Kofuku-ji Kokuhokan (National Treasure Hall).
Tiba di Noborioji Park yang berada berdekatan dengan kawasan Kofuku-Ji Temple tadi. Terus nampak ada rusa liar dan ada makcik jual makanan rusa. Harganya 200 Yen untuk 10 keping biskut bulat yang nipis.
Isteri dan anak kesayangan memberi makanan kepada rusa liar yang terdapat di sini.
Rusa-rusa liar kat sini memang jinak. Selamba je ajak selfie.
Peraturan ketika berada di sekitar kawasan Nara Park.
Kalau nak ikutkan, kawasan Nara Park ni agak besar, tapi kami cuma sampai ke pinggir kawasan Nara Park je, asalkan dah jumpa rusa liar dan dah dapat bagi makan.
Rusa-rusa sini ada yang terlebih jinak, jadi kena berhati-hati juga ye.
Tak jauh dari Noborioji Park tadi adalah Noboriojicho yang terletak di seberang jalan. Ada banyak pokok dedaun merah.
Daun Japanese Maple.
Dah habis bergambar dan main dengan rusa, kami bergerak balik.
Singgah beli mochi kat kedai popular tadi kejap.
Dibuat fresh terus bungkus.
Kami cuma beli yang pek ada 3 ketul je, harganya 540 Yen.
Inti mochi ni adalah inti kacang merah. Wajib cuba kalau datang ke Nara!
Nama kedai ni Nakatanidou. Jangan risau, mochi ni Halal sebab tak ada bahan terlarang dalam bahan pembuatannya.
Plastik bungkusan mochi.
Pek mochi ni ada 3 ketul, harganya 540 Yen. Tak beli banyak sebab takut tak masuk tekak. Tapi bila dah rasa, sedap je sebenarnya.
Macam ni rupa mochi dengan inti kacang merah di dalam.
Selepas beli mochi, kami singgah makan di restoran Halal yang kami dah singgah malam tadi. Kedai ni dibuka jam 10.00am. Restoran PY Halal Kitchen Nara. Lokasi kedai ni tak jauh dari kedai mochi tadi.
Makan nasi beriani isi perut untuk perjalanan ke Osaka selepas ini.
Di restoran ni, terdapat prayer room, sama seperti restoran-restoran Halal lain yang terdapat di Jepun.
Restoran PY Halal Kitchen Nara ni terletak dalam Mochiidono Shopping Street. Kedai mochi tadi pula kat sebelah luar shopping street ni je. Dalam gambar ni, ianya di sebelah kanan, iaitu bertentangan dengan Family Mart.
Semasa dalam perjalanan jalan kaki pulang ke hotel penginapan kami, saya tertarik dengan bangunan yang dalam construction ni. Ianya ditutup rapi, jadi tak lah berhabuk kawasan sekitar. Bunyi bising pun terkawal.
Sempat singgah playground dalam perjalanan balik.
Bersambung di Episod 5 : Nara ke Osaka (Bande Hotel Osaka)
----------------------------------------------------------------------
Senarai Episod dalam Siri Travelogue Nara - Osaka - Tokyo 2023
Episod 1 : Persiapan sebelum bertolak
Episod 5 : Nara ke Osaka (Bande Hotel Osaka)
Episod 6 : Jalan-jalan di Dotonbori, Osaka
Episod 7 : Cheesecake Halal Uncle Rikuro di Osaka!
Episod 9 : Halal Ramen Naniwaya di Dotonbori, Osaka
Episod 12 : Menaiki Shinkansen dari Osaka ke Tokyo
Episod 13 : Melawat Masjid Terbesar di Tokyo dan Gayat di Shibuya Sky!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments :
Post a Comment