Thursday 7 March 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 11) : Berjalan-jalan di Universal Studio Japan dan Makanan Halal di Restoran Red Lobster!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selepas menghabiskan masa beberapa jam di dalam kawasan Super Nintendo World, kami keluar untuk ke kawasan lain pula di dalam Universal Studio Japan (USJ) ini. Memang dah target untuk habiskan masa seharian di dalam kawasan USJ.

Ada kawasan dan ride Jurassic Park kat sini. Kami tak naik pun, sekadar ambil gambar depan jeep ikonik filem Jurassic Park ni je.




Kebanyakan bangunan-bangunan menarik ni menempatkan kedai-kedai merchandise, restoran, dan ride/indoor performance

Seterusnya! Mari naik ride Spiderman. Dengar cerita ride Spiderman ni akan ditutup tak lama lagi iaitu pada 22 Januari 2024. Kami pergi USJ ni pada 4 Disember 2023, jadi alhamdulillah sempat merasa.

Prop yang terdapat ketika beratur nak naik ride Spiderman.


Oleh kerana kami pergi pada bulan Disember, jadi ada pokok Krismas besar di sini.

Haaa, ini popcorn bucket yang saya beli kat dalam kawasan Super Nintendo World. Rasanya kat kawasan lain dalam USJ ni tak ada jual yang Super Star Popcorn Bucket ni. Jadi pastikan anda beli siap-siap bila dalam kawasan Super Nintendo World.

Rezeki kami dapat tengok NO LIMIT! Parade.




Meriah sebab macam-macam karekter ada.


"It's so fluffy, I'm gonna die!" - Agnes


Favourite anak saya, filem animasi Sing!


Super Mario confirmlah ada!

Pokemon lagenda!

Yang terakhir dalam parade ni adalah Pokemon. 

Dah penat berjalan-jalan dalam kawasan USJ, perut pun dah lapar, jadi kami keluar sekejap dari kawasan USJ untuk ke restoran yang menyediakan makanan Halal yang terletak di luar kawasan USJ, iaitu di kawasan Universal City Walk. Nama restoran ini adalah Red Lobster, dan ia juga mempunyai cawangan di kawasan Odaiba.

Tips : Kalau diikutkan, kalau dah masuk kawasan USJ, kita tak boleh keluar dan masuk balik. Tapi anda boleh minta kebenaran staf yang jaga di kawasan pintu masuk USJ (kawasan scanner), beritahu mereka anda nak keluar sekejap untuk makan makanan Halal di restoran Red Lobster. Macam saya hari tu, saya beritahu kami Muslim, dan kami nak keluar sekejap untuk makan makanan Halal di restoran Red Lobster yang terletak di Universal City Walk. Staf kemudian akan stamp atau cop tangan anda sebelum membenarkan anda keluar. Nanti nak masuk balik ke dalam kawasan USJ, anda perlu tunjukkan stamp atau cop tadi kepada staf. Jangan risau kalau kesan stamp atau cop tadi hilang pada mata kasar, kerana staf akan suluh dengan torch light sinar UV, dan memang akan nampak jelas. Tapi anda janganlah pula sengaja basuh bersungguh-sungguh bagi hilang semasa keluar makan tu.

Sampai dah restoran Red Lobster.

Menu Muslim Friendly yang terdapat di sini. Klik gambar untuk besarkan. Dagingnya Halal, jadi jangan risau. Kami ordered Beef Bowl dan Butter Chicken Curry. Jadilah untuk lapik perut kan.


Restoran Red Lobster ni terletak di tingkat 5F, di bangunan di kawasan Universal City Walk yang betul-betul paling dekat dengan pintu masuk USJ.

Siap makan kami masuk semula ke dalam kawasan USJ.


Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan Harry Porter.



Salah satu perkara wajib cuba apabila dah sampai ke USJ ni adalah minuman Butterbeer! Ianya cuma terdapat di dalam kawasan Harry Porter.

Sesak kat sini, banyak peminat Harry Porter semestinya!

Harga untuk minuman Butterbeer. Ianya Halal dan tidak beralkohol. Kalau nak cuba, saya cadangkan ambil yang Butterbeer with Souvenir (1200 Yen), sebab akan dapat gelas plastik Butterbeer sebagai kenang-kenangan. Kalau nak yang jenis besi pun boleh, ambil yang Butterbeer in Premium Stein, cuma harganya lebih mahal lah.

Rasa minuman Butterbeer ni seperti air sarsaparilla (sarsi) + butter, tapi tak berkarbonat. Tapi entahlah, yang pasti rasanya sangat-sangat-sangat sedap. Sebab tu saya kata wajib cuba!


Nak beli magic wand Harry Porter? Ada macam-macam replika yang dijual di dalam kawasan Harry Porter ni, yang kat booth ada, kat dalam kedai merchandise pun ada. Saya bukan peminat tegar Harry Porter, jadi tak ada rasa nak beli pun.

Memang ramai yang beratur untuk beli minuman Butterbeer ni.


Hogwarts Express!


Indoor show/performance yang best, berdasarkan filem animasi Sing. Memang wajib tengok!


Tak perlu tunggu lama sangat pun sebab ada banyak tempat duduk penonton. Macam tengok persembahan nyanyian yang ada stage tu.


Ini stagenya. Kami siap duduk depan sekali ni ha! Puas hati anak saya tengok, sebab dia memang suka betul tengok filem animasi Sing ni.

Yeay!


Untuk yang bawa anak-anak kecil dan tak boleh naik ride yang hanya boleh dinaiki oleh orang dewasa, jangan risau, sebab ada je kawasan yang boleh layan dan bagi anak-anak kecil main.








Dah masuk kawasan Sesame Street ni memang lambatlah anda yang ada anak kecil nak keluar! Haha!




Ride terakhir kami pada malam tersebut adalah Shrek 4-D. Best juga!

Selepas keluar dari kawasan pintu masuk USJ, anda akan nampak ramai orang beratur di sebelah kiri, di kedai Studio Gifts yang mana anda boleh claim tax refund sebanyak 6.7% dari barangan yang anda beli semasa di dalam kawasan USJ. 

Tips : Semasa anda beratur untuk claim tax refund ni, pastikan anda bawa semua barang-barang yang dibeli berserta dengan resit. Sebab nanti di kaunter anda perlu tunjuk resit dan semua barang-barang yang anda nak claim tax refund. Barang-barang tadi kemudiannya akan dibungkus dalam plastik tebal dan akan kena sealed dan tak boleh dibuka sehinggalah anda balik ke Malaysia. Kalau dibuka nanti anda kena bayar balik tax dan mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang kalau kantoi. Pembelian yang tak boleh anda claim adalah Studio Pass / Express Pass, makanan yang dibeli di restoran termasuk popcorn bucket, dan photo services. Boleh rujuk SINI.

Tax Refund Counter di Studio Gifts West.

Bergambar kenangan sebelum balik! Bukan main cerah lagi popcorn bucket Super Star tu!


Ada Rock Shop juga di sini di kawasan Universal City Walk untuk anda yang mengumpul merchandise atau baju Hard Rock Cafe.

Menuju pulang ke hotel penginapan kami.

Sampai dah di kawasan kejiranan hotel.


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile