Siri tips ini tidak akan menyentuh berkaitan cara-cara menunaikan ibadah umrah, kerana ianya boleh dibaca sendiri oleh para bakal jemaah melalui buku-buku panduan yang biasanya diberikan oleh agensi umrah atau dibeli sendiri. Malah, yang lebih baik, elok para bakal jemaah menyertai kursus umrah atau merujuk kepada ustaz-ustaz yang lebih arif tentangnya.
Siri tips ini diharap akan memberi panduan kepada para bakal jemaah tentang perkara-perkara yang mungkin jarang dikongsikan, tapi insyaAllah ianya akan sedikit sebanyak bermanfaat ketika berada di Tanah Haram nanti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Episod 5 - Pergi ke Tempat Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1
Kawasan Sa'ee (Al-Masa'a) merupakan antara kawasan yang sentiasa sesak dengan jemaah di dalam Masjidil Haram, terutamanya pada waktu-waktu puncak seperti selepas solat Subuh dan Maghrib.
Sebenarnya terdapat 3 tingkat di kawasan Al-Masa'a ini. Yang paling sesak adalah yang di Tingkat Bawah, kerana ramai jemaah yang datang terus selepas menunaikan ibadah Tawaf berhampiran dengan Kaabah.
Di Al-Masa'a Tingkat Bawah ini juga terdapat puncak Bukit Safa dan Bukit Marwah yang dapat dilihat oleh jemaah. Di kawasan permulaan Sa'ee iaitu berdekatan dengan Bukit Safa, lantainya agak condong lebih kurang 30 darjah, jadi sedikit mencabar bagi yang kurang upaya untuk mendaki. Keadaan yang sama juga di penghujung Sa'ee iaitu di Bukit Marwah.
Untuk mengelakkan kesesakan jemaah dan untuk lebih selesa menunaikan ibadah Sa'ee, jemaah boleh pergi ke Al-Masa'a di Tingkat 1 atau Tingkat 2. Caranya, jemaah perlu keluar dahulu dari Al-Masa'a Tingkat Bawah ini menggunakan Pintu Nombor 13 yang terletak di sebelah kanan Bukit Safa.
Ini Pintu Nombor 13 yang terletak di sebelah kanan Bukit Safa di Al-Masa'a Tingkat Bawah, iaitu di kawasan permulaan ibadah Sa'ee.
Keluar dari Pintu Nombor 13, jemaah perlu berjalan ke sebelah kiri untuk menuju ke eskalator.
Di hadapan tu terdapat eskalator.
Tiba di Pintu Nombor 16, untuk menaiki eskalator ke Al-Masa'a Tingkat 1.
Beginilah kawasan Bukit Safa dan Bukit Marwah jika jemaah menunaikan ibadah Sa'ee di Tingkat 1 atau Tingkat 2 Al-Masa'a. Lantainya mendatar dan tiada condong langsung, tidak seperti di Tingkat Bawah.
Al-Masa'a di Tingkat 1 ini memang lapang dan tak ramai orang. Jadi tak perlulah jemaah bersesak-sesak terutamanya jika ada membawa anak kecil atau kurang berupaya.
Bersambung di Episod 6 untuk tips seterusnya.
---------------------------------------------------------------------------
Senarai Episod Dalam Siri Tips - Kali Pertama Menunaikan Umrah :
Episod 1 - Persediaan Ketika Di Tanah Air (sebelum bertolak)
Episod 2 - Menuju Ke KLIA Dan Sebelum Berlepas
Episod 3 - Laluan Masuk Wheelchair Terus ke Tempat Tawaf (Mataaf) & Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1
Episod 4 - Tawaf & Sa'ee Menggunakan Skuter Elektrik
Episode 5 - Pergi ke Tempat Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1
Episod 6 - Menziarahi Makam Rasulullah S.A.W. dan Sahabat Dan Cara Mendapatkan Permit Masuk ke Rawdah
Episod 7 - Bersedekah di Mekah & Madinah
Episod 8 - Berbelanja di Mekah & Madinah
No comments :
Post a Comment