Wednesday 26 October 2022

[Siri Tips] Kali Pertama Menunaikan Umrah : Episod 3 - Laluan Masuk Wheelchair Terus ke Tempat Tawaf (Mataaf) & Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1

Siri tips ini tidak akan menyentuh berkaitan cara-cara menunaikan ibadah umrah, kerana ianya boleh dibaca sendiri oleh para bakal jemaah melalui buku-buku panduan yang biasanya diberikan oleh agensi umrah atau dibeli sendiri. Malah, yang lebih baik, elok para bakal jemaah menyertai kursus umrah atau merujuk kepada ustaz-ustaz yang lebih arif tentangnya. 

Siri tips ini diharap akan memberi panduan kepada para bakal jemaah tentang perkara-perkara yang mungkin jarang dikongsikan, tapi insyaAllah ianya akan sedikit sebanyak bermanfaat ketika berada di Tanah Haram nanti. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Episod 3 - Laluan Masuk Wheelchair Terus ke Tempat Tawaf (Mataaf) & Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1

Laluan sedikit condong ini terletak di sebelah Pintu Masuk Nombor 3 dan 4 di Masjidil Haram, iaitu di sebelah kanan sekali jika jemaah menghadap Masjidil Haram dari Menara Jam Abraj Al-Bait.

Selain wheelchair, laluan ini juga boleh dilalui oleh kaum lelaki dan juga wanita.

Laluan ini akan terus membawa jemaah ke tempat Tawaf (Mataaf) di Tingkat 1. Laluan ini juga terbuka kepada jemaah yang ingin menunaikan Umrah, dan juga yang ingin menunaikan Tawaf Sunat atau pun ingin memasuki masjid.

Melalui laluan ini juga, jemaah boleh terus ke Tingkat Mezzanine untuk menggunakan perkhidmatan skuter elektrik.

Papan tanda memberitahu laluan ke Mataaf di Tingkat 1 dan juga Pintu Ajyaad, iaitu Pintu Nombor 5 di Masjidil Haram.

Terdapat rak kasut dan tong sampah disediakan di sini. Tetapi seperti yang saya telah nyatakan dalam Episod 1 siri ini, lebih baik jemaah menyimpan selipar di dalam beg atau plastik atau uncang, dan membawanya bersama ketika di dalam masjid.

Beginilah laluan Mataaf di Tingkat 1 Masjidil Haram. Pada ketika gambar ini diambil (September 2022), kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung, jadi kebanyakan kawasan ditutup dengan dinding papan dan sedikit berhabuk.

Jemaah boleh terus bergerak ke kanan (mengikut arah lawan jam) untuk menuju ke tempat permulaan Tawaf.

Tidak jauh selepas bergerak dari pintu masuk tadi, di sebelah kiri ini ada booth untuk jemaah menyewa skuter bagi menunaikan Tawaf & Sa'ee.

Nampak tak di sebelah barrier berwarna hijau tu?

Terdapat booth 'Electric Cart Service' yang mana jemaah boleh dapatkan perkhidmatan skuter elektrik (pandu sendiri). Sila lihat 'Episod 4 - Tawaf dan Sa'ee Menggunakan Skuter Elektrik' untuk maklumat lebih lanjut.

Terus bergerak, jemaah akan jumpa ruang Tawaf di Tingkat 1 yang lebih lebar dan luas.

Nampak tak wheelchair yang ditolak oleh orang memakai vest tu? Mereka yang memakai vest tu adalah pekerja atau orang yang mengambil upah untuk menolak jemaah yang menggunakan wheelchair. Saya kurang pasti kadar bayarannya berapa yang terkini, rasanya bermula dari 400 Saudi Riyal dan ke atas. Mereka ini memang kuat tenaganya, dan menolak wheelchair jemaah dengan laju. Perkhidmatan mereka ini boleh didapati di sekitar kawasan Mataaf di Tingkat 1 dan Tingkat Bawah.

Kat Mataaf Tingkat 1 ini pun boleh nampak Kaabah, tapi sedikit jauh sebab terdapat pagar. Ramai yang mengambil kesempatan duduk dan berdoa menghadap Kaabah.

Beginilah pemandangannya jika jemaah menunaikan Tawaf di Mataaf Tingkat 1.

Jemaah yang menggunakan wheelchair dan jemaah yang tidak memakai Ihram (lelaki) tidak dibenarkan untuk turun menunaikan Tawaf di bahagian bawah berhampiran dengan Kaabah.

Pemandangan di Mataaf Tingkat 1.

Di sebelah kanan, jemaah akan jumpa laluan keluar ke ruang solat.

Ruang solat di Tingkat 1 yang boleh diakses dari Mataaf Tingkat 1.

Meneruskan perjalanan di Mataaf Tingkat 1, nampak tak lampu berwarna hijau di dinding di sebelah kanan gambar? Itu adalah penanda permulaan pusingan Tawaf, iaitu bersetentang dengan Hajarul Aswad di Kaabah.

Di sebelah kanan Mataaf Tingkat 1 ini juga terdapat laluan masuk ke tempat menunaikan ibadah Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1.

Laluan masuk ke tempat menunaikan ibadah Sa'ee (Al-Masa'a) terletak berdekatan dengan lampu hijau yang menandakan permulaan dan pengakhiran Tawaf.

Jika jemaah dah selesai menunaikan ibadah Tawaf dan solat sunat Tawaf, maka bolehlah terus masuk ke Al-Masa'a ini pula untuk sambung menunaikan ibadah Sa'ee sebelum bertahalul untuk menyelesaikan ibadah Umrah.

Nampak tak lampu hijau panjang yang tergantung di kawasan Al-Masa'a tu? Lampu hijau tersebut menandakan kawasan yang mana jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak ketika menunaikan ibadah Sa'ee.

Dah selesai menunaikan ibadah Tawaf/Sa'ee/Solat/dan lain-lain? Keluar semula ke laluan Mataaf Tingkat 1 ini untuk kembali ke pintu jemaah masuk tadi.


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile