Wednesday 19 October 2022

[Siri Tips] Kali Pertama Menunaikan Umrah : Episod 2 - Menuju Ke KLIA Dan Sebelum Berlepas

Siri tips ini tidak akan menyentuh berkaitan cara-cara menunaikan ibadah umrah, kerana ianya boleh dibaca sendiri oleh para bakal jemaah melalui buku-buku panduan yang biasanya diberikan oleh agensi umrah atau dibeli sendiri. Malah, yang lebih baik, elok para bakal jemaah menyertai kursus umrah atau merujuk kepada ustaz-ustaz yang lebih arif tentangnya. 

Siri tips ini diharap akan memberi panduan kepada para bakal jemaah tentang perkara-perkara yang mungkin jarang dikongsikan, tapi insyaAllah ianya akan sedikit sebanyak bermanfaat ketika berada di Tanah Haram nanti. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Episod 2 - Menuju Ke KLIA Dan Sebelum Berlepas

1. Long-Term Car Park (LTCP)


Sekiranya pergi sendiri ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah, para bakal jemaah boleh parkir kenderaan di kawasan 'Long-Term Car Park (LTCP)' yang terletak tidak jauh dari KLIA. Kadar bayaran bagi parkir di sini sedikit murah berbanding jika parkir di kawasan parkir awam di KLIA.

Terdapat perkhidmatan bas shuttle percuma untuk ke KLIA setiap 15 minit.

Boleh rujuk laman web rasmi untuk rate terkini ; 


2. Perkhidmatan Wrapping Bagasi atau Balut Sendiri

Biasanya para jemaah akan wrapping atau balut plastik bagasi mereka bagi mengelakkan barangan dalam bagasi terkeluar atau beg pecah ketika dalam perjalanan. Jika ada membawa stroller budak atau beg besar yang melebihi saiz ukuran biasa atau dikenali sebagai 'oversize items', maka barangan tersebut perlu dibalut dengan filem atau wrap sebelum dapat check-in.

Terdapat perkhidmatan wrapping di tingkat 5 KLIA ini, berdekatan dengan kaunter check-in M.

Kalau nak jimat, para bakal jemaah boleh beli plastik wrap dan balut sendiri bagasi di rumah. Harga 1 gulung plastik wrap ni sekitar RM15 hingga RM30 bergantung saiz, dan boleh didapati di Mr. D.I.Y. atau mana-mana kedai hardware atau pasaraya. 1 gulung plastik wrap biasanya boleh balut lebih dari 5 bagasi, memang jimat banyak berbanding wrapping di lapangan terbang. Di kedai-kedai di sekitar masjid di Tanah Haram juga ada menjual plastik wrap ini, harga bermula dari 10 Saudi Riyal.


3. Menukar ihram semasa di KLIA

Jika menaiki penerbangan terus ke Mekah, maka para jemaah perlu memakai pakaian ihram siap-siap sebelum menaiki kapal terbang. Ini kerana para jemaah akan bermiqat di atas awan ketika di dalam kapal terbang. Memang terdapat tandas di dalam kapal terbang, tetapi ruang yang sempit pastinya menyukarkan nak menukar pakaian ihram, risau juga terkena hadas. Ada juga jemaah yang memakai kain ihram dan baju siap-siap, yang mana baju akan ditanggalkan selepas diberi pengumuman akan tiba di miqat, iaitu miqat Qarnul Manazil.

Berdekatan dengan gate berlepas di KLIA, terdapat surau dan tandas untuk para jemaah menyalin pakaian ke pakaian ihram.

Dalam gambar : Kapal terbang berada dalam kedudukan yang hampir dengan miqat Qarnul Manazil. Perjalanan dari KLIA ke Mekah mengambil masa lebih kurang 8-9 jam.



Bersambung di Episod 3 untuk tips seterusnya.


---------------------------------------------------------------------------

Senarai Episod Dalam Siri Tips - Kali Pertama Menunaikan Umrah :

Episod 1 - Persediaan Ketika Di Tanah Air (sebelum bertolak)

Episod 2 - Menuju Ke KLIA Dan Sebelum Berlepas

Episod 3 - Laluan Masuk Wheelchair Terus ke Tempat Tawaf (Mataaf) & Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1

Episod 4 - Tawaf & Sa'ee Menggunakan Skuter Elektrik

Episode 5 - Pergi ke Tempat Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1

Episod 6 - Menziarahi Makam Rasulullah S.A.W. dan Sahabat Dan Cara Mendapatkan Permit Masuk ke Rawdah

Episod 7 - Bersedekah di Mekah & Madinah

Episod 8 - Berbelanja di Mekah & Madinah

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile