Monday 7 November 2022

[Siri Tips] Kali Pertama Menunaikan Umrah : Episod 4 - Tawaf & Sa'ee Menggunakan Skuter Elektrik

Siri tips ini tidak akan menyentuh berkaitan cara-cara menunaikan ibadah umrah, kerana ianya boleh dibaca sendiri oleh para bakal jemaah melalui buku-buku panduan yang biasanya diberikan oleh agensi umrah atau dibeli sendiri. Malah, yang lebih baik, elok para bakal jemaah menyertai kursus umrah atau merujuk kepada ustaz-ustaz yang lebih arif tentangnya. 

Siri tips ini diharap akan memberi panduan kepada para bakal jemaah tentang perkara-perkara yang mungkin jarang dikongsikan, tapi insyaAllah ianya akan sedikit sebanyak bermanfaat ketika berada di Tanah Haram nanti. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Episod 4 - Tawaf & Sa'ee Menggunakan Skuter Elektrik

Terdapat 2 jenis skuter elektrik (pandu sendiri) yang boleh disewa untuk menunaikan ibadah Tawaf dan Sa'ee, iaitu jenis 1 tempat duduk, dan jenis 2 tempat duduk.

Harganya seperti berikut :

Skuter Elektrik (1 tempat duduk) :
Tawaf Sahaja = 57.50 Saudi Riyal
Sa'ee Sahaja = 57.50 Saudi Riyal
Kedua-dua Tawaf + Sa'ee = 115 Saudi Riyal

Skuter Elektrik (2 tempat duduk) :
Tawaf Sahaja = 115 Saudi Riyal
Sa'ee Sahaja = 115 Saudi Riyal
Kedua-dua Tawaf + Sa'ee = 230 Saudi Riyal

Jemaah boleh membuat bayaran menggunakan tunai dan juga kad bank.

Di beberapa tempat di dalam Masjidil Haram, jemaah akan terjumpa dengan booth berwarna hijau ini, di mana jemaah boleh mendapatkan perkhidmatan sewa skuter elektrik bagi menunaikan ibadah Tawaf dan juga Sa'ee. Salah satunya telah saya kongsikan di dalam Episod 3 siri tips ini.

Di sesetengah booth, jemaah boleh terus membuat bayaran di sana, manakala di sesetengah booth lagi, jemaah perlu ke kaunter dan pejabat yang terletak di Tingkat 2 di Masjidil Haram. Ianya berdekatan dengan Pintu Ajyad (Pintu Nombor 5 di Masjidil Haram).

Ini adalah kaunter dan pejabat yang terletak di Tingkat 2 (kawasan Mataaf) untuk membuat bayaran bagi menyewa skuter elektrik. Terdapat beberapa cara untuk datang ke sini. Salah satunya adalah dengan menaiki eskalator yang terdapat di Pintu Nombor 3 di Masjidil Haram.

Jika jemaah masuk ke dalam Masjidil Haram menggunakan Pintu Nombor 3, jemaah boleh nampak terdapat eskalator di sebelah kiri pintu masuk.

Eskalator ini agak berdebu kerana digunakan oleh pekerja pembinaan ketika gambar ini diambil (September 2022). Naik eskalator ini ke Tingkat 2 (kawasan Mataaf), dan pergi ke sebelah kanan untuk menuju ke pejabat.

Keadaan lokasi pejabat dan kaunter untuk menyewa skuter elektrik yang terletak di kawasan Mataaf di Tingkat 2. Sebaik sahaja mendapatkan skuter elektrik, jemaah boleh terus bergerak menunaikan ibadah Tawaf.

Kembali ke kaunter. Harga sewaan ada dinyatakan di sini. Jemaah boleh membuat bayaran menggunakan tunai dan juga kad bank.

Selepas membuat bayaran, jemaah akan diberikan resit, dan resit ini akan digunakan untuk mendapatkan skuter elektrik yang terdapat di luar pejabat.

Sekiranya jemaah ada membawa barang, contohnya wheelchair atau stroller budak, maka boleh simpan barangan tersebut di warehouse atau tempat simpanan barang bagi jemaah yang menggunakan perkhidmatan skuter elektrik.

Jemaah akan diberikan stiker seperti ini untuk memudahkan carian barang di warehouse selepas selesai menggunakan skuter elektrik nanti.

Ini adalah panel kawalan atau handle skuter elektrik. Ada butang bentuk kura-kura untuk mengurangkan kelajuan, dan ada butang bentuk arnab untuk menambah kelajuan. Cuma perlu kawal pedal minyak dan brek yang terdapat pada handle untuk bergerak.

Menaiki skuter elektrik di Mataaf Tingkat 2. (Ibadah Tawaf)

Menaiki skuter elektrik di Tingkat Mezzanine, Al-Masa'a. (Ibadah Sa'ee).

Sekiranya jemaah ingin mendapatkan perkhidmatan skuter elektrik kerana sudah penat atau tak larat menunaikan ibadah Sa'ee, maka sila lihat di sebelah kanan (jika berjalan dari lokasi Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah), terdapat pintu keluar untuk menaiki eskalator ke kawasan Al-Masa'a (tempat Sa'ee) di Tingkat Mezzanine. Di sana terdapat booth untuk untuk menyewa perkhidmatan skuter elektrik.

Naik eskalator ini untuk menuju ke Tingkat Mezzanine di Al-Masa'a.

Pintu masuk ke Tingkat Mezzanine selepas menaiki eskalator. Tingkat Mezzanine ini berada di atas Tingkat 1 Al-Masa'a.

Papan tanda arah.

Booth yang terdapat di Tingkat Mezzanine, Al-Masa'a. Pembayaran boleh dibuat di sini menggunakan tunai atau pun kad bank. Tetapi, jemaah perlu berjalan menuju ke kawasan mengambil skuter elektrik yang terletak di Mataaf Tingkat 2.

Jemaah perlu berjalan menuju ke kawasan mengambil skuter elektrik. Di sebelah barrier berwarna hijau itu adalah ruang atau jalan untuk jemaah yang menggunakan skuter elektrik menunaikan ibadah Sa'ee.


Bersambung di Episod 5 untuk tips seterusnya.


---------------------------------------------------------------------------

Senarai Episod Dalam Siri Tips - Kali Pertama Menunaikan Umrah :

Episod 1 - Persediaan Ketika Di Tanah Air (sebelum bertolak)

Episod 2 - Menuju Ke KLIA Dan Sebelum Berlepas

Episod 3 - Laluan Masuk Wheelchair Terus ke Tempat Tawaf (Mataaf) & Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1

Episod 4 - Tawaf & Sa'ee Menggunakan Skuter Elektrik

Episode 5 - Pergi ke Tempat Sa'ee (Al-Masa'a) di Tingkat 1

Episod 6 - Menziarahi Makam Rasulullah S.A.W. dan Sahabat Dan Cara Mendapatkan Permit Masuk ke Rawdah

Episod 7 - Bersedekah di Mekah & Madinah

Episod 8 - Berbelanja di Mekah & Madinah

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile