Thursday, 17 April 2014

Words -part 11-


kadang-kadang, ada kenyataan yang kita tak mahu terima dan tak mahu percaya. - 31 Mac 2014

Perilaku pengguna jalanraya sudah cukup untuk memberikan gambaran kasar tahap mentaliti dan disiplin rakyat sesebuah negara. - 29 Mac 2014

Bahasa menunjukkan bangsa. Peribahasa mengkiaskan budaya. Berbahasa mencerminkan akhlak. - 29 Mac 2014

Sedang kita memperlihatkan kesusahan dan kedukaan kita, ada yang sedang kesenangan dan berbahagia. - 28 Mac 2014

Sedang kita memperlihatkan kesenangan dan kebahagiaan kita, ada yang sedang kesusahan dan berdukacita. - 28 Mac 2014

Erti kemanisan yang sebenar dalam perhubungan adalah kejujuran, keikhlasan, dan kesungguhan. - 27 Mac 2014

'Kebetulan' boleh menjadi sesuatu yang membahagiakan dan juga sesuatu yang menyakitkan. - 26 Mac 2014

Kepercayaan adalah sesuatu yang sukar diperolehi, tetapi mudah dicabuli. - 23 Mac 2014

Tak semua perkara di dalam dunia ini perlukan alasan. - 22 Mac 2014

Kadangkala mata perlu dibasahi agar pemandangan kan kembali jelas. - 21 Mac 2014

Kebahagiaan sebenar adalah rasa bahagia yang ada tanpa perlu ditonjolkan dengan ucapan "saya bahagia". - 19 Mac 2014

semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan, semakin banyak pengalaman, semakin kenal kita dengan manusia dan kehidupan. - 10 Mac 2014

Gunakan akal untuk berfikir, jangan gunakan emosi untuk bersuara. - 9 Mac 2014

Jika kau sudi menjadi matahari yang sentiasa menyinari siangku, aku kan setia menjadi bulan yang sentiasa menerangi malammu - 8 Mac 2014

Tiada istilah gagal andai kita tidak berjaya selepas mencuba, kita cuma belum berjaya. Kita hanya gagal apabila mengalah sebelum mencuba. - 5 Mac 2014

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. - 2 Mac 2014

The only way to be happy is be happy. - 2 Mac 2014

Kadang-kadang berdiam diri lebih susah daripada berkata-kata. - 26 Februari 2014

In this life, we always need something to look forward to. If there is nothing, you'll feel lost, empty, and useless. - 23 Februari 2014

Ada 2 sebab kenapa seseorang itu berkelakuan 'ganjil', iaitu lain daripada kebiasaan. Sama ada dia akan 'pergi', takpun kerana dia 'terpaksa'. - 21 Februari 2014


Koleksi terdahulu :


No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile