Friday, 31 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 3) : Saigon - My Tho Town - Thoi Son Islet - Saigon


Hari Ketiga : Sabtu (25 Oktober 2014) - Saigon - My Tho Town - Thoi Son Islet - Saigon

Hari ketiga di bumi Saigon, Vietnam.

Pada hari ini, rombongan kami telah dibawa ke My Tho Town / Mekong Delta yang terletak kira-kira 75km daripada pusat bandar Saigon.

Pada pagi ini, semua peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.00am. Seperti semalamnya, para peserta boleh mula bersarapan di restoran hotel bermula jam 6.30am.

7.05am - Semua peserta rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju ke My Tho Town (sebutannya MI-THO, bukan MAI-THO).


Warga tempatan sedang membeli sayur-sayuran dan pelbagai jenis ikan yang dijual.

Lorong khas untuk pengguna motosikal.

7.44am - Tour Guide kami, Mr. Dominic sedang menerangkan kepada peserta rombongan tentang cara penyediaan kopi vietnam yang sedap.


7.44am - Tiba di plaza tol. 

Tiket tol disediakan melalui mesin, sama seperti yang biasa terdapat di kebanyakan kawasan tempat letak kereta di Malaysia.

Sawah padi yang dapat dilihat sepanjang perjalanan dari Saigon ke My Tho Town.


8.19am - Rombongan kami tiba di Mekong Rest Stop. Di sini peserta rombongan diberikan peluang ke tandas dan berehat sebentar, kerana selepas ini berkemungkinan besar sukar untuk menjumpai tandas awam apabila tiba di kawasan My Tho Town / Mekong Delta.

Mekong Rest Stop.

Tandas awam yang disediakan di Mekong Rest Stop.

Antara kedai yang terdapat di sini.


Pamphlet Mekong Rest Stop.

8.37am - Semua peserta rombongan menaiki bas dan seterusnya bergerak menuju ke My Tho Town.

8.50am - Mula memasuki kawasan My Tho Town. Pekan di sini agak kecil kerana terletak di kawasan pinggir bandar Saigon / Ho Chi Minh City.

Terdapat kenderaan itik yang boleh dinaiki, seperti yang terdapat di Taman Tasik Taiping, Perak.

8.54am - Bas berhenti sebentar di sebuah tempat untuk peserta rombongan kami membeli belah.

Antara barangan yang dijual di sini. Harga barangan yang dijual di sini memang murah berbanding di pusat bandar.

Suasana tempat menjual cenderahati dan kraftangan tempatan.

Terdapat sebuah gerai minuman di sini. Pengunjung boleh menikmati air kelapa di sini.

Mr. Dominic menemani peserta rombongan kami membeli belah.

9.30am - Semua peserta berkumpul semula di bas dan rombongan kami dibawa menuju ke lokasi seterusnya, iaitu jeti untuk menaiki bot ke Thoi Son Islet.

9.32am - Bas rombongan kami tiba di jeti.

Pintu masuk ke jeti.



9.40am - Semua peserta bergerak masuk menaiki bot yang akan membawa kami ke Thoi Son Islet.


Jaket keselamatan perlu dipakai sebaik sahaja menaiki bot.

Encik Mohd Anuar mengambil peluang untuk bergambar dan menikmati pemandangan.

Encik Nizam.

Kawasan sekitar.

Tour Guide, Mr. Dominic menerangkan tentang pulau yang akan kami sampai sebentar lagi.

Jeti Thoi Son Islet sudah jelas kelihatan.

9.54am - Bot yang membawa rombongan kami tiba di jeti Thoi Son Islet selepas kira-kira 12 minit perjalanan.

9.57am - Sebaik turun dari jeti Thoi Son Islet, rombongan kami dibawa oleh Mr. Dominic ke tempat di mana gula-gula kelapa tradisional Vietnam dibuat.

Mr. Dominic sedang menerangkan tentang proses pembuatan gula-gula kelapa tradisional Vietnam kepada peserta rombongan kami.


Pengunjung dapat melihat sendiri dari dekat bagaimana gula-gula kelapa ini dibuat.

Mesin yang digunakan.


Gula-gula kelapa yang dijual ini terdapat dalam pelbagai perisa. Selain gula-gula, terdapat juga produk lain seperti sabun yang diperbuat daripada kelapa.

Antara makanan lain yang turut dijual di sini adalah kerepek pisang.

10.15am - Rombongan kami seterusnya dibawa ke tempat di mana semua peserta rombongan kami berpeluang menikmati hidangan kerepek dan teh yang dicampurkan dengan madu lebah.


Seorang pekerja kedai menunjukkan bekas yang mengandungi madu lebah.

Encik Nizam sempat merasa sendiri madu segar yang diambil terus dari bekas tersebut.


Pekerja kedai sedang menyediakan hidangan teh yang dicampurkan dengan madu lebah.


Teh ini kelihatan keruh kerana telah dicampurkan dengan madu lebah.

Produk 'royal jelly' yang dijual kepada pengunjung di sini.


Antara produk berasaskan madu yang dijual kepada pengunjung di kedai ini.

Keluarga Encik Noor Zelan dan Puan Noriah ceria selepas menikmati hidangan teh bercampur madu lebah.

Keluarga Encik Asri dan Puan Zainon bersama Puan Norlaila.

Mr. Dominic sedang menerangkan tentang khasiat madu lebah dan royal jelly kepada peserta rombongan kami.


Madu lebah segar yang dijual kepada pengunjung.



10.37am - Selepas selesai menikmati hidangan kerepek dan teh yang dicampurkan dengan madu lebah, rombongan kami seterusnya dibawa ke salah sebuah kedai yang menjual beg-beg tangan. Beg tangan yang diperbuat daripada kulit turut dijual di sana.



Terdapat sangkar ular sawa bersebelahan dengan kedai menjual beg tadi.

Encik Mohd Said sempat memegang dan bergambar dengan ular sawa tersebut.

10.55am - Rombongan kami seterusnya dibawa ke tempat rehat untuk minum teh sambil menikmati buah-buahan segar tempatan.


Peserta rombongan kami dihidangkan teh dan buah-buahan segar tempatan.




Terdapat persembahan nyanyian lagu tradisional ketika peserta rombongan kami sedang menikmati buah-buahan segar.

Wanita ini menyanyikan beberapa lagu tradisional bagi menghiburkan peserta rombongan kami.

11.12am - Selepas selesai berehat sebentar sambil menikmati buah-buahan segar tempatan, rombongan kami seterusnya dibawa ke jeti kecil untuk menaiki sampan menyusuri terusan kecil yang terdapat di Thoi Son Islet ini.

Pengunjung perlu melalui kawasan kebun buah-buahan untuk sampai ke jeti kecil tersebut.

11.19am - Tiba di jeti kecil. Semua peserta rombongan kami berkesempatan menaiki sampan ini. 

Setiap sampan boleh memuatkan 4 orang penumpang, ditambah dengan 2 orang pengayuh di bahagian depan dan belakang sampan.

Ketika di atas sampan.

Saya berkesempatan menaiki sampan ini bersama-sama keluarga Encik Mohd Anuar.

Terdapat 2 dayung tambahan di atas sampan di mana pengunjung boleh turut sama merasa pengalaman mendayung sampan.




Sampan yang dinaiki kami dipintas oleh sampan yang dinaiki oleh keluarga Encik Asri.


11.36am - Sampan yang saya dan keluarga Encik Mohd Anuar naiki tiba di sebuah jeti kecil.

11.37am - Sampan yang dinaiki oleh Tour Guide kami, Mr. Dominic, Puan Norlaila dan ibu beliau, Puan Askiah tiba melalui jeti yang baru kami naiki. Rupa-rupanya kami tersilap jeti! Sepatutnya kami ke jeti yang berada lebih hadapan.

Sampan yang dinaiki Mr. Dominic baru sampai.

Kami diberitahu yang kami turun dari sampan di tempat yang salah!

11.38am - Saya dan keluarga Encik Mohd Anuar menaiki kembali sampan tadi, dan meneruskan perjalanan ke jeti yang sebenarnya perlu kami tujui.

Jeti kecil yang sebenarnya perlu kami tujui. Ia bersambung terus dengan bot yang akan kami naiki untuk kembali ke jeti di My Tho Town tadi.


Inilah sampan yang saya dan keluarga Encik Mohd Anuar naiki tadi. Rasanya kedua-dua mereka ini adalah pasangan suami dan isteri.



Sampan yang membawa keluarga Encik Noor Zelan baru tiba berdekatan dengan bot kami.


11.46am - Semua peserta rombongan kami tiba di bot. Seterusnya kami dibawa menuju kembali ke jeti di My Tho Town.


Dalam perjalanan pulang ke jeti di My Tho Town, semua peserta rombongan diberi peluang menikmati minuman air kelapa.

Encik Nizam sedang menikmati air kelapa.

11.54am - Bot yang membawa rombongan kami tiba di jeti selepas kira-kira 8 minit perjalanan daripada Thoi Son Islet.

12.10pm - Selepas berkumpul di bas, rombongan kami bergerak menuju ke lokasi seterusnya, sebuah kilang dan tempat menjual pakaian secara borong, Danny & Tina Wholesale Factory yang turut dikenali sebagai 'Chinatown' menurut kata Mr. Dominic.

Sepanjang perjalanan.


1.20pm - Rombongan bas kami tiba di Danny & Tina Wholesale Factory, atau 'Chinatown' yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Saigon.



Antara produk pakaian yang dijual di sini.

Boleh dikatakan 90% pengunjung yang datang ke sini adalah pengunjung atau pelancong dari Malaysia! Kebanyakannya membeli barangan secara borong, mungkin kerana mereka berniaga di Malaysia.


2.30pm - Selepas membeli belah di 'Chinatown', rombongan kami seterusnya dibawa ke tempat makan tengahari, iaitu di Restoran Saigon Green House.

Dalam perjalanan menuju ke pusat bandar.

Terdapat sebuah bangunan yang mirip dengan bangunan Menara TM di Kuala Lumpur, Malaysia.

3.02pm - Rombongan kami tiba di Restoran Saigon Green House yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami di District 1.



Di tingkat bawah Restoran Saigon Green House ini terdapat kedai menjual tudung dan pakaian wanita Muslim.

Restoran Saigon Green House terletak di tingkat 2 dan 3 bangunan kedai ini.

Peserta rombongan kami sedang menikmati hidangan makan tengahari.

Bahagian tingkat bawah restoran.

4.00pm - Selepas selesai makan tengahari, rombongan kami kembali ke bas dan seterusnya dibawa menuju ke Indian Jamia Muslim Mosque untuk menunaikan solat jamak takhir.

4.11pm - Bas yang membawa rombongan kami tiba di Indian Jamia Muslim Mosque, yang merupakan masjid utama di bandar Saigon ini.

Pintu masuk utama masjid.






Masjid ini terletak bersebelahan dengan Hotel Sheraton.

Jadual waktu solat bagi kawasan tempatan.

4.45pm - Semua peserta rombongan kami berkumpul semula di bas.

Mengikut perancangan asal, kami sepatutnya akan ke War Remnant Museum, Saigon Central Post Office, dan Saigon Notre Dame Basilica, namun disebabkan hari sudah agak lewat, dan menurut Mr. Dominic, War Remnant Museum ditutup pada jam 5.00pm, maka lawatan ke tempat-tempat tersebut terpaksa dibatalkan. Oleh itu, di atas permintaan majoriti peserta rombongan kami, Mr. Dominic telah membawa kami menuju ke lokasi tempat membeli-belah.

4.48pm - Rombongan bas kami tiba di hadapan kedai menjual cenderahati Butterfly.

5.28pm - Rombongan kami menaiki semula bas untuk menuju ke lokasi membeli-belah yang seterusnya, iaitu di sekitar kawasan tempat rombongan kami makan tengahari tadi.

5.34pm - Bas membawa rombongan kami tiba di lokasi membeli-belah seterusnya.


Di lorong ini, terdapat Taka Plaza yang popular khususnya kepada pelancong luar.

Antara kedai-kedai yang terdapat dalam Taka Plaza ini.




Antara butik pakaian Muslim yang terdapat di kawasan berdekatan dengan Taka Plaza.

Mr. Dominic dan Encik Asri berborak dan berehat sebentar sementara menunggu peserta rombongan lain yang sedang membeli-belah.

Wanita ini membawa anak kecilnya bersama ketika menjual cenderahati dan permainan kanak-kanak kepada pengunjung yang lalu lalang di sekitar kawasan tersebut.

6.49pm - Oleh kerana lokasi membeli-belah tadi terletak tidak jauh dari restoran tempat makan malam kami, maka Mr. Dominic membawa rombongan kami berjalan kaki terus ke restoran tersebut.

Rombongan kami bergerak menuju ke tempat makan malam.

6.55pm - Rombongan kami tiba di Restoran Halia, yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, iaitu di Kingston Hotel.

Restoran Halia.




7.35pm - Selepas selesai makan malam, semua peserta rombongan kami bebas bergerak ke mana sahaja, ada yang terus pulang ke hotel untuk berehat, dan ada yang terus ke Pasar Malam Ben Thanh untuk membeli belah.

7.43pm - Mr. Dominic sedang mengasingkan tempahan kekacang, buah longan kering, dan kopi Vietnam yang dipesan oleh peserta rombongan kami. Peserta rombongan kami menempah melalui Mr. Dominic pada pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke My Tho Town, dan semua tempahan tersebut terus dihantar ke hotel penginapan kami.

9.00pm - Pada malam tersebut, sekali lagi, saya dan salah seorang peserta rombongan kami, Encik Mohd Said mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar kawasan Pasar Malam Ben Thanh.

Kami sempat mencuba kopi susu ais halal yang dijual oleh seorang penjual warga tempatan bernama Soleh ini. Beliau merupakan seorang Muslim. Harga kopi susu ais tersebut adalah VND 20 000 (bersamaan kira-kira RM 3.10). 

Memang sedap ! Sekali lagi saya membelinya ketika dalam perjalanan pulang dari Pasar Malam Ben Thanh ke hotel.

10.15pm - Kembali ke hotel untuk berehat.



Bersambung ke entry seterusnya... Hari Keempat : Ahad (26 Oktober 2014) - Saigon -  Than Son Nhat International Airport - KLIA


2 comments :

zarul farhana said...

comei bas pink kt atas tue...
dalam satu hati ja. byk pnglaman dpt kan.. teringin nk naik smapn tu

areev19 said...

zarulfarhana : yerp, jadual lawatan mmg packed. bnyk tempat pg dlm satu hari dan bnyk pengalaman dpt :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile