Saturday, November 1, 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 4) : Saigon - Than Son Nhat International Airport - KLIA


Hari Keempat : Ahad (26 Oktober 2014) - Saigon -  Than Son Nhat International Airport - KLIA

Hari keempat di bumi Saigon, Vietnam.

Pada pagi ini, tiada lawatan dijadualkan untuk peserta rombongan kami. Aktiviti pagi terakhir ini adalah bebas, oleh itu peserta rombongan kami berpeluang untuk ke Pasar Ben Thanh atau bersiar-siar di kawasan sekitar hotel penginapan buat kali terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Pada pagi terakhir di bumi Saigon ini, saya telah berkesempatan pergi ke Pasar Ben Thanh untuk membeli cenderahati pada saat-saat akhir sebelum pulang ke Malaysia.

Menurut Tour Guide kami, Mr. Dominic, beliau berkata waktu yang seeloknya untuk datang membeli belah di Pasar Ben Thanh ini adalah seawal jam 8.00am. Bagi sesetengah peniaga, pembeli pertama biasanya akan diangggap sebagai pembawa 'untung', jadi mungkin 'mood' peniaga akan lebih baik pada awal pagi, terutamanya jika anda ingin tawar menawar harga.

7.58am - Saya dan salah seorang peserta rombongan kami, Encik Mohd Said tiba di Pasar Ben Thanh untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Pasar Ben Thanh.


Bahagian dalaman Pasar Ben Thanh.


Pasar Ben Thanh ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Di sebelah depannya terdapat pasar basah yang menjual sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging, manakala di bahagian tengah terdapat banyak kedai menjual pelbagai produk seperti pakaian, kain, beg, dan sebagainya dengan harga murah dan boleh ditawar harga. Manakala di bahagian tepi pula terdapat kedai-kedai yang menjual cenderahati dengan harga tetap dan tidak boleh ditawar harganya.

Peta Pasar Ben Thanh.

Roundabout yang berada di bahagian belakang Pasar Ben Thanh.

Terdapat 'Information Kiosk' di Pasar Ben Thanh ini, namun malangnya tiada pilihan bahasa lain seperti English. Ianya cuma terdapat di dalam bahasa Vietnam.

9.00am - Selepas selesai membeli belah di Pasar Ben Thanh, kami kembali ke hotel untuk bersiap-siap ke War Remnant Museum bersama Mr. Dominic. Oleh kerana rombongan kami tidak sempat ke War Remnant Museum semalam kerana hari sudah lewat, maka Mr. Dominic telah berjanji untuk membawa peserta rombongan kami yang berminat ke muzium pada hari ini.

9.35am - Seperti dijanjikan semalam, hari ini Mr. Dominic datang ke hotel untuk membawa saya, Encik Mohd Said, dan Encik Mohd Anuar ke War Remnant Museum dengan menaiki teksi.

9.44am - Tiba di War Remnant Museum. Perjalanan dari hotel penginapan kami ke War Remnant Museum cuma mengambil masa kira-kira 7 minit dengan menaiki teksi.

War Remnant Museum ini merupakan sebuah muzium yang memfokuskan kepada sejarah ketika zaman Perang Vietnam. Antara yang dipamerkan adalah kesan-kesan Perang Vietnam terhadap rakyat tempatan, jenayah-jenayah perang oleh askar musuh terutamanya dari Amerika Syarikat, dan gambar-gambar yang diambil oleh wartawan dari seluruh dunia ketika zaman Perang Vietnam.

Waktu muzium beroperasi setiap hari.

Bangunan muzium yang menempatkan banyak bahan sejarah Perang Vietnam (1955-1975).

Bayaran tiket masuk ke muzium ini adalah VND 15 000 seorang (bersamaan dengan RM 2.40).

Helikopter dan kapal terbang dari zaman Perang Vietnam yang dipamerkan di kawasan muzium.

Oleh kerana kesuntukan masa dan kami hanya mempunyai 1 jam untuk melawat muzium ini kerana perlu check out dari hotel pada jam 11.30am, maka Mr. Dominic telah membawa kami terus ke bahagian dewan muzium yang penting.

Pertama sekali kami telah dibawa ke bahagian dewan yang mempamerkan tentang kesan-kesan Agent Orange terhadap rakyat Vietnam, dari zaman Perang Vietnam, sehinggalah pada hari ini. Menurut Mr. Dominic, sehingga hari ini, rakyat Vietnam masih lagi terkesan dengan Agent Orange. Di beberapa kawasan di Vietnam, terdapat 'kampung kanser' kerana ramai yang dilahirkan cacat dan menghidap kanser. Hal ini akibat daripada kesan bahan kimia Agent Orange yang diturunkan melalui genetik dari satu generasi ke generasi yang lain. Menurut Mr. Dominic, bahan kimia tersebut digelar 'Agent Orange' kerana tong-tong yang digunakan untuk mengisi bahan kimia tersebut adalah berwarna jingga (orange).

***Amaran : Ada gambar-gambar di bawah yang mungkin terlalu ngeri dan kurang sesuai bagi tontonan sesetengah orang***


Dewan ini menggunakan tema warna oren, mewakili tema pameran mengenai kesan dan impak Agent Orange kepada Vietnam dan rakyatnya.

Antara topeng gas yang digunakan askar Amerika Syarikat ketika operasi di kawasan yang telah diserang dengan Agent Orange.



Antara bahan kimia yang digunakan oleh askar Amerika Syarikat untuk menyerang kawasan di bahagian Selatan Vietnam.

Kawasan yang terlibat.

Kesan sebelum dan selepas serangan kimia oleh Amerika Syarikat ke atas muka bumi Vietnam.



Tanaman yang mati akibat terkena bahan kimia yang disebarkan oleh askar Amerika Syarikat melalui udara.

Antara kecacatan yang dialami rakyat tempatan hasil daripada kesan bahan kimia dari Agent Orange.

Janin kembar siam yang mati ketika dalam kandungan ibunya.


Antara pelbagai jenis bom tangan yang digunakan askar Amerika Syarikat dan sekutunya.






Surat dari seorang mangsa Agent Orange kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Selain dibawa ke dewan yang mempamerkan tentang kesan-kesan Agent Orange, kami turut dibawa oleh Mr. Dominic ke dewan-dewan lain, antaranya dewan yang mempamerkan tentang jenayah-jenayah perang yang dilakukan oleh askar Amerika Syarikat dan sekutunya, dan dewan yang mempamerkan gambar-gambar Perang Vietnam yang diambil oleh wartawan-wartawan dari seluruh dunia.





Antara barangan milik mangsa perang.


Dewan yang mempamerkan jenayah-jenayah perang.











Periuk api anti kereta kebal.

Gambar terkenal 'Napalm Girl' yang pernah memenangi hadiah Pulitzer ini dirakamkan oleh jurugambar Nick Ut pada tahun 8 Jun, 1972 ketika Perang Vietnam.

Antara gambar mangsa serangan askar Amerika Syarikat dan sekutunya.

Terdapat pelbagai jenis bom yang digunakan ketika Perang Vietnam ini.





Antara senjata yang digunakan.







Jurugambar Perang Vietnam terkenal dari Jepun.




Perbandingan antara 3 perang yang melibatkan Amerika Syarikat.

Detik yang mengubah sejarah Vietnam, apabila askar pembebasan menyerang dan menguasai Independence Palace, sekali gus memaksa Saigon yang dikuasai penjajah menyerah kalah.


10.55am - Oleh kerana masa yang semakin suntuk, kami terus dibawa oleh Mr. Dominic ke bahagian luar bangunan muzium di mana terletaknya contoh-contoh penjara dan alatan-alatan seksaan terhadap banduan ketika zaman Perang Vietnam.

Antara bom yang dipamerkan di bahagian luar bangunan muzium.

'Tiger Cages'


Mr. Dominic sedang memberikan penerangan kepada kami bertiga tentang lokasi-lokasi penjara dan tempat seksaan banduan perang.





Antara alatan yang digunakan untuk menyeksa banduan.


Contoh penjara yang digunakan.




The Guillotine yang digunakan untuk memenggal kepala banduan atau pejuang dan rakyat Vietnam.

The Guillotine ini dibawa oleh Perancis ke Vietnam pada awal kurun ke 20.

Rakyat Vietnam terakhir yang dihukum menggunakan The Guillotine.

11.04am - Kami sempat mengambil gambar dengan kereta kebal, helikopter, dan kapal terbang yang pernah digunakan ketika perang yang berada di kawasan luar bangunan muzium.

Encik Mohd Anuar dan Encik Mohd Said bergambar bersama Mr. Dominic berlatarkan sebuah kereta kebal yang digunakan ketika Perang Vietnam.




dari kiri ; Encik Mohd Anuar, Mr. Dominic, dan penulis.

11.09am - Mr. Dominic membawa saya, Encik Mohd Said, Encik Mohd Anuar kembali ke hotel menaiki teksi dan sampai di hotel kira-kira 6 minit kemudian.

Pada pagi ini, semua peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 11.15am untuk urusan check out dari hotel.

11.47am - Bas yang akan membawa rombongan kami akhirnya sampai di hotel.

Pekerja hotel membantu peserta rombongan kami memasukkan beg ke dalam bas.

11.53am - Semua peserta mula menaiki bas dan bersedia untuk pulang ke Malaysia yang dirindui.

12.03pm - Bas yang membawa rombongan kami bertolak dari hotel menuju ke tempat makan tengahari, iaitu di Restoran Satay House. Kami tiba kira-kira 13 minit kemudian.

Tiba di Restoran Satay House.



12.45pm - Semua peserta berkumpul semula di bas dan seterusnya kami dibawa menuju ke masjid berdekatan bagi menunaikan solat jamak takdim.

12.52pm - Tiba di Jamiul Muslimin Mosque yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang dan Restoran Satay House tadi.

Pintu depan Jamiul Muslimin Mosque.

1.15pm - Selepas selesai menunaikan solat jamak, rombongan kami seterusnya dibawa menuju ke Than Son Nhat International Airport. Kami tiba di lapangan terbang kira-kira 6 minit kemudian.

Tiba di lapangan terbang.

Peserta rombongan kami sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama Tour Guide, Mr. Dominic, sebelum group check in di Than Son Nhat International Airport.






Untuk penerbangan balik ke Malaysia, rombongan kami menaiki kapal terbang syarikat Vietnam Air, nombor penerbangan VN 675. Penerbangan kami yang dijadualkan pada jam 3.20pm telah delayed pada hari tersebut, dan dianjakkan ke jam 3.40pm kerana kapal terbang berkenaan lewat tiba di lapangan terbang.


Penerbangan VN 675 - Delayed.

3.25pm - Semua penumpang mula memasuki kapal terbang untuk pulang ke Malaysia.

4.05pm - Kapal terbang yang membawa rombongan kami berlepas dari Than Son Nhat International Airport menuju ke KLIA, Malaysia.

6.54pm - Kapal terbang yang membawa rombongan kami telah selamat mendarat di KLIA selepas kira-kira 1 jam 50 minit perjalanan dari Saigon.

Alhamdulillah, kapal terbang yang membawa rombongan kami selamat mendarat di KLIA pada kira-kira jam 6.54pm waktu tempatan (Malaysia).

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang percutian 4 hari 3 malam ke Saigon, Vietnam ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan terutamanya kepada pihak Poto Travel & Tours yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai rombongan ke Saigon ini. Tidak dilupakan, Tour Guide, Mr. Dominic, Coach Captain/pemandu bas, Mr. Song, dan Encik Fahazrul.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta rombongan kami iaitu seramai 17 orang, kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang 4 hari 3 malam ini. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin di antara kita sepanjang 4 hari 3 malam ini tidak terhenti di situ dan akan terus berkekalan sampai bila-bila, insyaAllah.

Sekian, terima kasih.



2 comments :

Jane said...

dahsat jugak muziumnya
sume benda show, tp bagusnya org tahu pasal sejarah and kesannya

areev19 said...

Jane : yerp, sejarah yg patut rakyat Vietnam dan seluruh dunia tahu.

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan