Thursday, 30 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 2) : Saigon - Cu Chi Tunnels - Saigon



Hari Kedua : Jumaat (24 Oktober 2014) - Saigon - Cu Chi Tunnels - Saigon

Hari kedua di bumi Saigon, Vietnam.

Pada hari ini, rombongan kami telah dibawa ke Cu Chi Tunnels, iaitu satu tempat bersejarah yang sangat terkenal di Vietnam, terutamanya kerana penglibatannya di dalam Perang Vietnam (1955-1975).

Di hadapan hotel penginapan kami.


Hotel Kingston ini merupakan sebuah hotel 3 bintang.

Pada pagi ini, semua peserta rombongan kami telah diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 7.15am. Peserta juga telah diberitahu bahawa mereka boleh mula bersarapan di restoran hotel seawal jam 6.30am.

Tuesday, 28 October 2014

SAIGON 2014 Travelogue (DAY 1) : KLIA - Tan Son Nhat International Airport - Saigon


*Untuk entry Travelogue yang terdahulu, sila klik pada link di bawah ;

*Entry dalam siri Travelogue ini akan disertakan banyak gambar mengikut garis masa pada hari yang dinyatakan. Kadang-kadang, gambar lebih mudah menceritakan sesuatu berbanding kata-kata.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pada 23 hingga 26 Oktober 2014 yang lalu, saya telah diberikan kepercayaan oleh pihak Poto Travel & Tours untuk menjadi Tour Leader bagi pakej percutian 'Vietnam Kota Tinggalan Perang' selama 4 hari 3 malam ke Saigon, Vietnam. Rombongan kami dari Malaysia terdiri daripada 18 orang termasuk saya.

***Sebarang maklumat terkini mengenai harga atau pakej percutian yang lain, sila rujuk terus ke laman web rasmi Poto Travel & Tours di SINI.


Hari Pertama : Khamis (23 Oktober 2014) - KLIA - Tan Son Nhat International Airport - Saigon

Saya tiba di KLIA seawal jam 8.20am. Untuk pakej kali ini, waktu penerbangan rombongan kami adalah pada jam 2.00pm waktu Malaysia, namun semua 17 orang peserta rombongan dikehendaki berkumpul di Kaunter H, Aras 5, KLIA 3 jam lebih awal, iaitu pada jam 11.00am bagi memudahkan urusan 'group check in'. Untuk urusan 'group check in' pada hari tersebut, saya telah dibantu oleh Airport Duty Officer (ADO) daripada POTO Travel, iaitu Encik Fahazrul.

Tag yang dipakai saya dan peserta rombongan.

Maklumat perjalanan.

Encik Fahazrul membantu saya ketika urusan 'group check in'.

Monday, 20 October 2014

Words -part 13-


Emosi dan prasangka negatif selalu mengatasi ilmu, kebijaksanaan, keupayaan berfikir, dan rasionaliti yang ada. - 21 Ogos 2014

andai rindu itu boleh dibilang, sudah pasti ia kan mudah hilang. - 15 Ogos 2014

Menjadi superhero sekali pun bukan alasan untuk tidak menepati masa. - 14 Ogos 2014

walau sehebat mana seseorang itu 'berlakon', insan yang amat menyayangi mereka tetap akan dapat mengetahui hakikat kebenaran yang disorok. - 22 Julai 2014

setiap pilihan hadir dgn ganjaran dan pengorbanan. yang penting adalah memastikan ganjaran itu lebih bernilai dari apa yang dikorbankan. - 23 Jun 2014

'Meyakinkan diri' dengan cara meluahkan dan memberitahu kepada dunia menunjukkan yang kita sebenarnya tidak cukup 'yakin' dengan diri sendiri. - 21 Jun 2014

Suka atau tidak, gembira atau berduka, kesilapan lalu adalah sesuatu yang menjadikan kita pada hari ini. - 18 Jun 2014

kadangkala, seseorang yang kelihatan paling gembira sebenarnya adalah orang yang paling berduka di antara semua. - 11 Jun 2014

Ramai yang belajar dan tahu agama, tapi tak ramai yang tahu cara berkomunikasi dengan baik. - 10 Jun 2014

Jangan pernah menyesal dengan pengorbanan di masa lalu, kerana pada waktu itu, kita yakin dan percaya ia adalah pilihan yang terbaik. - 8 Jun 2014

Mengimpikan utopia wujud di atas bumi ini adalah suatu impian yg takkan tercapai. - 7 Jun 2014

Cuaca yang panas sekali pun andai kita berdiam diri, akan terasa indahnya angin yang bertiup. - 7 Jun 2014

Kadangkala yang mendengar lebih mudah mengingati daripada yang mengucapkan. - 6 Jun 2014

Sesuatu tentang hidup ; jangan pernah terlalu berharap orang akan tunaikan janji yang mereka buat. - 6 Jun 2014

masa berlalu dengan pantas ketika kita sedang berfikir. - 5 Jun 2014

Memalsukan senyuman tidak akan membahagiakan kita, tapi sekurang-kurangnya akan membahagiakan orang di sekeliling kita. - 1 Jun 2014

Apa yang disajikan kepada masyarakat adalah apa yang mencorakkan mereka. - 25 Mei 2014

Perjalanan yang jauh bermula dengan satu langkah yang pendek. - 25 Mei 2014

Kadangkala kita melakukan 'kesilapan' yang sama bukan kerana kita tak belajar dan tak serik, tapi sebab kita berharap dan masih percaya yang langit tak sentiasa gelap. - 22 Mei 2014

Sebenarnya tak susah nak bersangka baik, cuma bersangka buruk itu lebih mudah. - 20 Mei 2014

Pengorbanan. Kadangkala ia berbaloi, kadangkala ia tidak. Berbaloi andai dihargai. Tidak berbaloi andai ditolak tepi. - 20 Mei 2014

Apa yang tertulis di atas kertas tak selalunya sama dengan apa yang tertulis di realiti. - 19 Mei 2014

melarikan diri dari masalah bukan saja takkan menyelesaikan masalah, malah akan mengheret orang lain sekali dalam kancah masalah anda. - 19 Mei 2014

Seorang yang pendiam dan penyabar kalau sudah bengang, amarahnya bukan biasa-biasa. - 16 Mei 2014


Koleksi terdahulu :

Thursday, 10 July 2014

Aku Masih Mahu Percaya


Satu demi satu kejatuhan
Satu demi satu kegagalan
Satu demi satu kepalsuan
Tapi aku masih mahu percaya

Aku masih mahu percaya yang hari esok masih ada
Aku masih mahu percaya yang hari itu akan tiba

1.06am - 10 Julai 2014
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2027 Player

eFootball 2027 Player
PS4/PS5 & Mobile