Monday, 16 November 2015

TOKYO 2015 Travelogue (Day 9) : Asakusa - Odaiba - Kikukawa - Haneda - klia2


Hari Kesembilan : Ahad (18 Oktober 2015) : Asakusa - Odaiba - Kikukawa - Haneda - klia2


Hari kesembilan, iaitu hari terakhir kami di Tokyo. Seperti biasa, mulakan hari dengan sarapan pagi di bahagian luar hotel. Ketika bersarapan pada pagi ini, kami bertemu dengan 3 orang sahabat dari Malaysia yang baru tiba di Tokyo malam tadi. 

9.31am - Kami bergerak dari hotel menuju ke destinasi pertama kami pada pagi itu, iaitu Asakusa!

9.36am - Saya singgah sebentar di peti surat ini untuk mengepos pakej modem broadband Japan Wireless yang saya gunakan sepanjang berada di Tokyo ini. Anda boleh rujuk entry pertama siri Travelogue Tokyo 2015 ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modem broadband tersebut.

9.37am - Kami tiba di pintu masuk ke Stesen Jimbocho.


Menuju ke platform Shinjuku Line.

Tiba di platform. Kami perlu pergi ke Stesen Bakuro-yokoyama yang terletak 3 stesen dari Stesen Jimbocho.

9.43am - Kami menaiki train dari Stesen Jimbocho.

9.53am - Tiba di Stesen Bakuro-yokoyama.

Dari sini, kami perlu berjalan menuju ke arah platform Asakusa Line, untuk menaiki train ke Asakusa. Sebenarnya anda berjalan menuju terus ke Stesen Higashi-nihombashi dari Stesen Bakuro-yokoyama ini.

9.59am - Kami tiba di platform untuk menaiki train Asakusa Line menuju ke destinasi kami, iaitu Asakusa.

Dengan menaiki train Asakusa Line, anda boleh terus menuju ke Haneda Airport dan Narita Airport.

10.03am - Train Asakusa Line tiba di platform.

10.08am - Akhirnya kami tiba di Stesen Asakusa selepas kira-kira 5 minit perjalanan dari Stesen Higashi-nihombashi.

Kami menuju ke arah pintu keluar A4 dan A5, iaitu berdekatan dengan tempat tarikan pelancong, Kaminari-mon Gate dan Sensoji Temple


Pintu keluar A4. Boleh dikatakan majoriti kawasan atau tempat tarikan di Asakusa berdekatan dengan pintu ini.

10.12am - Keluar dari pintu A4, Stesen Asakusa.

Welcome to Asakusa!



Kami menuju ke Kaminarimon Gate.

Ramai orang di sini kerana Asakusa sememangnya tempat tarikan pelancong.

Terletak di hadapan (seberang jalan) Kaminarimon Gate adalah Asakusa Culture Tourist Information Center.


Di seberang jalan sana itulah Kaminarimon Gate!


Suasana di sekitar kawasan Asakusa. Tokyo Skytree terletak tidak jauh dari sini.


10.17am - Kami tiba di Kaminarimon Gate.

Terletak di belakang Kaminarimon Gate ini adalah Nakamise Shopping Street atau Nakamise Dori.

Lagi gambar Kaminarimon Gate. Ramai yang berkumpul berdekatannya untuk mengambil gambar dan selfie.

10.19am - Nakamise Shopping Street yang sudah sesak dengan pengunjung walaupun baru jam 10.19am.


Terdapat produk makanan halal yang dijual di salah satu kedai di Nakamise Shopping Street ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Halal Media Japan, sila ke website rasmi mereka di SINI.

Produk ini diiktiraf halal oleh Halal Media Japan.

Toy shop turut ada di sini.



10.42am - Ketika kami sedang berada di Nakamise Shopping Street ini, terdapat satu perarakan yang kebetulan berlangsung pada ketika itu.



Saya tak pasti perarakan ini sempena apa.






11.01am - Di hadapan itu adalah Hozomon Gate.


Terdapat beberapa gerai makanan berdekatan dengan Hozomon Gate ini.

Hozomon Gate, salah satu dari dua pintu besar ke Sensoji Temple, selain Kaminarimon Gate.

Gerai menjual Banana Chocolate. Hipster enough? Lol

Nanti rasanya ada la orang Malaysia popularkan banana chocolate pula.


11.07am - Di hadapan itu adalah Sensoji Temple.



Kelihatan Tokyo Skytree di belakang.

Pagoda yang terdapat di Sensoji Temple.

Terdapat servis percuma minuman teh hijau berdekatan dengan Sensoji Temple ini.

ITO EN tea house ini dibuka dari jam 10.00am hingga 4.30pm.



11.11am - Pijam sempat bergambar dengan seorang gadis berkimono di hadapan Asakusa Shrine.

Peta di sekitar kawasan Sensoji Temple dan Asakusa Shrine.


11.13am - Nitenmon Gate yang terletak berdekatan dengan Asakusa Shrine.

Nak mencuba menaiki beca di Jepun?



Oleh kerana saya telah mengepos modem Japan Wireless pagi tadi, dan saya baru sedar yang sim card data yang saya gunakan selama 7 hari di Jepun ini telah tamat tempoh penggunaannya (seminggu), maka pada hari terakhir ini saya perlu bergerak tanpa mempunyai internet di telefon. 

Alhamdulillah, nasib baik saya dah buat itinerary siap dengan jadual perjalanan terlebih dahulu. Sebab itu, perancangan awal itu penting

11.18am - Dengan berpandukan wifi percuma yang terdapat di kawasan Nakamise Shopping Street, saya menggunakan aplikasi Google Maps untuk mencari lokasi restoran makanan halal, Naritaya yang dikatakan terletak berdekatan dengan Sensoji Temple.

Lokasi Restoran Naritaya mengikut peta Google.






Walaubagaimanapun, entah kenapa, aplikasi Google Maps memberikan saya lokasi yang salah. Maka kami terpaksa berpatah balik dan mencari arah sendiri menggunakan gerak hati.

11.22am - Kami berpatah balik ke arah Sensoji Temple.

11.34am - Sedang kami berjalan-jalan mencari di manakah Naritaya, kami terjumpa dengan salah satu cawangan hotel penginapan kami, iaitu Sakura Hostel Asakusa.



11.50am - Akhirnya kami sampai ke Restoran Naritaya ini selepas saya bertanyakan pada seorang polis trafik sedang bertugas berdekatan.

Restoran Naritaya ini terletak di dalam kawasan Nishi-sando Shopping Street, yang terletak tidak jauh dari Sensoji Temple. Jika anda sampai betul-betul di hadapan kuil utama Sensoji Temple, sila ke laluan yang berada di sebelah kiri kuil utama tersebut, maka anda akan menjumpai Nishi-sando Shopping Street ini yang diperbuat daripada kayu!



Antara sijil halal yang diperoleh Naritaya.

Kami naik ke ruang makan di bahagian atas restoran.

Inilah yang saya makan pada hari tersebut. Ramen dan karaage.

Selain menyediakan makanan halal, di sini juga terdapat bilik atau ruang untuk pengunjung menunaikan solat.

Ruang solat yang disediakan di tingkat atas restoran. Anda boleh mengambil wuduk terus di sini. Ia boleh memuatkan 2 orang pada satu-satu masa.

Ruang makan di tingkat atas Naritaya.


12.33pm - Selesai menikmati ramen, kami bergerak meninggalkan Naritaya menuju semula ke Stesen Asakusa. 

Tokyo Skytree.

Belakang itu adalah Nishi-sando Shopping Street, di mana terletaknya Restoran Naritaya.

Sensoji Temple yang terletak tidak jauh dari Nishi-sando Shopping Street.




12.37pm - Pada tengahari, keadaan di Nakamise Shopping Street ini bertambah sesak!

12.43pm - Selamat tinggal Nakamise Shopping Street!

Terdapat satu lagi pintu masuk ke Stesen Asakusa berdekatan dengan Nakamise Shopping Street ini.


Terdapat kedai menjual kebab halal di sini, SARAY Kebab.


12.48pm - Kami tiba di pintu masuk A4 Stesen Asakusa, tempat kami sampai tadi.

Terdapat 2 perkhidmatan train di sini, iaitu Asakusa Line dan Ginza Line.

Di Stesen Asakusa, saya dan Pijam berpisah dengan Azhar kerana beliau perlu ke tempat lain untuk urusan kerja. Hanya tinggal saya dan Pijam yang akan pulang ke Malaysia pada malam tersebut.

Dari Asakusa, saya dan Pijam bersetuju untuk ke Odaiba sekali lagi. Tujuan saya ke Odaiba? Kerana ingin ke Madam Tussauds Tokyo!

Dari Stesen Asakusa, kami perlu menaiki train Asakusa Line menuju ke Stesen Shimbashi. Jaraknya adalah 8 stesen dari Stesen Asakusa.

Laluan perjalanan dari Asakusa ke Odaiba mengikut maklumat yang diberikan oleh Google.

12.52pm - Kami tiba di platform.

12.54pm - Train tiba kira-kira 2 minit kemudian.

1.08pm - Kami tiba di Stesen Shimbashi selepas kira-kira 14 minit perjalanan dari Stesen Asakusa.

Untuk ke Odaiba dari Stesen Shimbashi ini, kami perlu menaiki train Yurikamome Line. 215 meter jaraknya dari platform.

Masih lagi 175 meter.


1.12pm - Akhirnya kami tiba di kawasan platform Yurikamome Line. Ianya merupakan train automatik tanpa pemandu.


Oleh kerana saya tak nampak ada tanda atau logo kad Suica di sini, dan hanya ada logo kad Pasmo, maka kami telah membeli tiket di mesin tiket yang terletak berdekatan dengan eskalator menuju ke platform.

Tiket dari Stesen Shimbashi ke Stesen Odaiba-kaihinkoen ini berharga 320 yen sehala.

1.17pm - Kami menaiki train Yurikamome Line menuju ke Stesen Odaiba-kaihinkoen.

Stesen Odaiba-kaihinkoen terletak 5 stesen dari Stesen Shimbashi.

1.29pm - Jika anda menaiki train Yurikamome Line ini, anda berpeluang melalui Rainbow Bridge untuk ke Odaiba!

1.34pm - Saya dan Pijam akhirnya tiba di Stesen Odaiba-kaihinkoen.



1.37pm - Kami tiba di DECKS Tokyo Beach.

Saya dan Pijam berpecah sebaik tiba di DECKS, kerana saya ingin ke Madam Tussauds Tokyo yang terletak di dalam DECKS, manakala Pijam pula ingin membeli belah di Aqua City Odaiba yang terletak bersebelahan dengan DECKS.

1.40pm - Saya tiba di Madam Tussauds Tokyo. Kali ini saya sampai awal dan ianya masih dibuka. Pada hari Jumaat yang lalu saya terlewat 20 minit, iaitu saya sampai di sana pada jam 5.20pm, manakala Madam Tussauds Tokyo ini ditutup pada jam 5.00pm.

Harga tiket masuk ke Madam Tussauds Tokyo ini adalah 2,000 yen.

Apakah itu Madam Tussauds? Madam Tussauds merupakan muzium patung lilin individu-individu terkenal di seluruh dunia, dari pemimpin, ahli sukan, hinggalah ke pelakon dan penyanyi.

1.42pm - Johnny Depp di berdekatan dengan lift menuju ke tempat pameran.


Bruce Willis ini berada di dalam lift.

Terdapat beberapa bahagian di ruang pameran Madam Tussauds ini. Yang pertama sekali adalah bahagian pemimpin-pemimpin dunia.


Princess Diana yang terkenal.


Di bahagian kedua pula adalah bahagian ahli-ahli sukan terkenal.


Saya tak pasti siapa kedua-dua pemain baseball ini. Lupa pula nak tengok kat penerangan.


Lagenda hidup bolasepak Jepun, Kazuyoshi Miura!

Tak perlu diperkenalkan lagi. Lionel Messi.



Manakala di bahagian ketiga pula adalah bahagian penyanyi-penyanyi terkenal.


Oleh kerana Madam Tussauds ini di Tokyo, maka patung lilin penyanyi atau artis tempatan yang popular turut ada di sini. 


Saya dan Oshima Yuko, bekas ahli kumpulan idol terkenal Jepun, AKB48.

Kumpulan rock lagenda X-JAPAN!

Lagi X-JAPAN.

Haaa..inilah dia Mayuyu

Okay, saya akui, sebab utama saya datang ke Madam Tussauds Tokyo ini adalah kerana ada patung lilin Mayuyu. 

Tak dapat jumpa orang yang sebenarnya, dapat bergambar dengan patung lilin pun jadi lah.



Dengan bantuan staf Madam Tussauds Tokyo, dapatlah saya bergambar dengan Elvis. 

Di bahagian keempat adalah bahagian yang menunjukkan sejarah patung lilin Madam Tussauds dan bagaimana ia dibuat.





Seram tak?


Bahagian seterusnya, bahagian kelima pula adalah bahagian individu-individu yang terkenal dalam bidang masing-masing, antaranya bidang sains dan seni. 



Bahagian yang terakhir adalah bahagian individu-individu yang terlibat dalam dunia perfileman dan televisyen.



Sekali lagi, Bruce Willis.








Takeshi Kitano. Ada sesiapa masih ingat program Istana Takeshi?


Atsuko Maeda! Seorang lagi bekas ahli kumpulan idol AKB48.

Saya dan Acchan!


Saya dan George Clooney.

Ketika di dalam Madam Tussauds ini, anda boleh meminta staf yang berada di dalam untuk mengambil gambar anda bersama patung lilin pilihan anda menggunakan kamera DSLR mereka. Selepas mengambil gambar, mereka akan memberikan kertas bernombor. Anda boleh membeli gambar anda tadi di kaunter berdekatan pintu keluar dari ruang pameran. Gambar berharga 1,000 yen, manakala jika anda ingin dalam bentuk keychain, harganya 500 yen.

Anda juga akan diberikan link website untuk download gambar anda tadi.

2.34pm - Jackie Chan berada berdekatan pintu keluar dari ruang pameran.

Selesai mengambil gambar dan berjalan-jalan di Madam Tussauds, saya pun keluar menuju ke Aqua City Odaiba kerana saya telah berjanji dengan Pijam untuk bertemu semula dengan beliau di sana pada jam 4.00pm.

2.46pm - Terdapat seorang penghibur jalanan membuat persembahan di kawasan DECKS ini.

Ramai penonton yang memberikan sokongan. Memang sporting!

Rainbow Bridge.

Saya menuju ke Aqua City Odaiba yang terletak bersebelahan dengan DECKS.

2.52pm - Terdapat gelungsur angin di kawasan lapang di dalam Aqua City Odaiba ini. Semasa kami datang kelmarin ruang ini kosong dan lapang.

Inilah tiket masuk ke Madam Tussauds Tokyo tadi.


Sementara menunggu jam 4.00pm, saya berehat sebentar di kerusi yang terletak berhadapan dengan kedai swatch ini. Terdapat perkhidmatan wifi percuma yang disediakan kedai swatch ini.

Saya sempat bersembang dengan beberapa warga veteran dari Malaysia yang datang ke sini dengan rombongan berkumpulan ketika duduk di hadapan kedai swatch ini.

3.48pm - Matahari di Odaiba.

Statue of Liberty dan Rainbow Bridge.

Inilah kawasan tempat saya dan Pijam berjanji untuk bertemu semula. 'Landmark' yang mudah kerana pintu gerbang ini merupakan pemisah di antara DECKS dengan Aqua City Odaiba.

Selesai urusan di Odaiba, destinasi atau program kami seterusnya pada petang itu adalah pergi menziarah ke rumah dua orang sahabat saya yang kini tinggal berdekatan dengan Stesen Kikukawa.

4.02pm - Saya dan Pijam bergerak menuju kembali ke Stesen Odaiba-kaihinkoen.

4.03pm - Kami tiba di Stesen Odaiba-kaihinkoen.

Laluan perjalanan dari Stesen Odaiba-kaihinkoen ke Stesen Kikukawa.

Seperti tadi, kami membeli tiket di mesin untuk pergi ke Stesen Shiodome. Harga tiket sehala dari Stesen Odaiba-kaihinkoen ke Stesen Shiodome adalah 320 yen.


4.06pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Shiodome.

4.08pm - Melalui Rainbow Bridge.

Rainbow Bridge.


4.18pm - Kami tiba di Stesen Shiodome.

Seterusnya, kami menuju ke platform Oedo Line.


Menuju ke Oedo Line Shiodome Station.




4.24pm - Akhirnya kami tiba di platform. Destinasi kami adalah Stesen Morishita yang terletak 6 stesen dari Stesen Shiodome ini.

4.24pm - Kami menaiki train menuju ke Stesen Morishita.

4.38pm - Kami tiba di Stesen Morishita, selepas kira-kira 14 minit perjalanan dari Stesen Shiodome.

Seterusnya, menuju pula ke platform train Shinjuku Line.


4.41pm - Tiba di Platform 2 Shinjuku Line di Stesen Morishita.

4.42pm - Train tiba di platform.

4.44pm - Saya dan Pijam akhirnya tiba di Stesen Kikukawa.

4.45pm - Tepat jam 4.45pm seperti yang dijanjikan sahabat saya, Azam, beliau sudah pun menunggu di pintu keluar Stesen Kikukawa, memang janji Jepun betul! :)

Azam membawa saya dan Pijam ke rumah beliau yang terletak tidak jauh dari Stesen Kikukawa. Isteri Azam, Asha juga merupakan sahabat saya kerana kami bertiga pernah tinggal di kolej kediaman yang sama ketika belajar di Universiti Malaya dahulu, iaitu Kolej Keempat, Kolej Kediaman Bestari.

Saya dan keluarga kecil Azam.

5.55pm - Selesai menziarah, saya dan Pijam pun bergerak dari rumah Azam menuju kembali ke hotel penginapan kami untuk mengambil beg. Kami sudah pun check out hotel pagi tadi sebelum bergerak ke Asakusa, namun kami tinggalkan dahulu beg di lobi hotel.


6.02pm - Kami tiba di pintu masuk ke Stesen Kikukawa.

Oleh kerana baki dalam kad Suica kami dah hampir habis, maka kami membeli tiket ini di mesin tiket yang terdapat di Stesen Kikukawa. Harga tambang train sehala dari Stesen Kikukawa ke Stesen Jimbocho adalah 220 yen.

Mesin menjual tiket.

Menuju ke Stesen Jimbocho dengan menaiki train Shinjuku Line.

6.06pm - Kami tiba di platform. Stesen Jimbocho terletak 6 stesen dari Stesen Kikukawa.

6.16pm - Kami tiba di Stesen Jimbocho.


6.21pm - Kami akhirnya tiba di Sakura Hotel Jimbocho untuk mengambil beg kami.

6.34pm - Tepat jam 6.34pm, saya dan Pijam bergerak meninggalkan Sakura Hotel Jimbocho. Sayounara! Mata ne.

6.43pm - Dari Stesen Jimbocho, kami perlu menaiki train Mita Line menuju ke Stesen Mita. Jaraknya 6 stesen.

Candid!

6.46pm - Sedih sebenarnya dah nak kena balik Malaysia. Rasa tak puas berada di Tokyo ini selama 9 hari.

Stesen Jimbocho, titik permulaan dan penamat perjalanan kami setiap hari ketika berada di Tokyo.

6.47pm - Akhirnya train kami tiba di platform.

Suasana di dalam train. Tidak begitu sesak. Mungkin kerana hari sudah gelap.

6.59pm - Kami tiba di Stesen Mita.

7.03pm - Sebaik tiba di Stesen Mita, kami bergerak menuju ke Platform 1, train Asakusa Line.

Dari sini, kami boleh menaiki train Asakusa Line yang bergerak menuju terus ke Haneda Airport.

Platform 1, untuk menuju ke Nishi-magome, Keikyu Line, dan Haneda Airport.


7.07pm - Train Asakusa Line tiba di Platform 1.

Suasana di dalam train.

Stesen terakhir di Asakusa Line ini adalah Stesen Sengakuji, namun apabila tiba di Stesen Sengakuji, laluan train ini bersambung terus dengan laluan Keikyu Airport Line, dan laluan ini menuju terus ke Haneda Airport.

Jadi kami tidak perlu turun di Stesen Sengakuji untuk menukar train, kerana train Asakusa Line yang kami naiki ini sendiri akan terus menyambung perjalanan ke laluan Keikyu Airport Line selepas berhenti seketika di Stesen Sengakuji.

7.31am - Akhirnya kami tiba di Stesen Haneda Airport International Terminal.

Oleh kerana baki duit di dalam kad Suica kami tidak mencukupi untuk tambang dari Stesen Mita ke Stesen Haneda Airport International Terminal, maka kami perlu ke mesin Fare Adjustment ini untuk menambah baki yang secukupnya ke dalam kad Suica.

Kami tidak perlu topup kad Suica kami dengan jumlah minimum 1,000 yen seperti kebiasaan, kerana kami cuma perlu bayar jumlah yang secukupnya untuk baki tambang perjalanan yang tidak cukup tadi. 

Pintu keluar menuju ke Terminal Antarabangsa.

Inilah resit jumlah baki yang perlu saya bayar ke dalam kad Suica tadi, 340 yen.

7.36pm - Menuju ke terminal antarabangsa.

7.41pm - Saya dan Pijam tiba di kaunter Air Asia untuk check in beg kami. 

Saya sempat membeli 2 air minuman ini kerana berasa dahaga dan ingin menghabiskan duit syiling yen yang saya ada. Percayalah, air Milk Caramel latte ini sangat sedap!

Air kopi ini pun sedap!

10.36pm - Berehat sebentar sementara menunggu gate 144 dibuka.

Selamat tinggal Nihon!

10.42pm - Kami menunggu di gate 144.

Kami balik dahulu ye.

11.11pm - Akhirnya gate 144 ini dibuka kepada penumpang untuk menaiki kapal terbang.



Kami berlepas dari Haneda Airport menuju ke klia2 pada kira-kira jam 12.05am waktu Jepun dengan menaiki kapal terbang jenis Airbus A330-300.

Oh yea, tahun ini, saya telah menyambut hari lahir saya di tanah Jepun (mengikut waktu Jepun), dan menyambutnya di atas awan (kalau mengikut waktu Malaysia). Satu cara yang baik untuk menghargai diri. Eheh. :)

6.10am - Alhamdulillah, kami semua selamat mendarat di klia2. Kembali menghadap jerebu. :(

6.29am - Menuju ke tempat mengambil bagasi.


6.46am - Tiba di Belt 10 untuk mengambil beg kami. 

Alhamdulillah, selesai sudah akhirnya perjalanan Tokyo Trip kami yang bermula dari 10 Oktober sehinggalah ke 19 Oktober 2015. Ianya merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan! 

Akhirnya rekod ini tamat pada 18 Oktober 2015. Sepanjang 8 hari saya di Tokyo iaitu dari 11 Oktober hingga 18 Oktober 2015, saya telah berjalan sejauh kira-kira 116.72km!

Pada hari terakhir saya di Tokyo, saya telah berjalan sejauh kira-kira 19,167 langkah, bersamaan kira-kira 12.27km!

Manakala sepanjang saya di Tokyo dari 12 hingga 18 Oktober, saya telah berjalan sejauh kira-kira 147,199 langkah!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi yang saya gunakan ini, sila ke SINI.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam Tokyo Trip kami ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kelancaran perjalanan kami sepanjang di bumi matahari terbit ini.

InsyaAllah, satu hari nanti saya akan kembali ke bumi matahari terbit ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendownload itinerary yang saya buat untuk Tokyo Trip ini, saya sediakan 2 link untuk anda download di bawah, satu untuk itinerary yang saya buat sebelum pergi ke Tokyo, dan satu lagi itinerary sebenar yang saya buat selepas pulang ke Malaysia.

DOWNLOAD

Di sini juga saya sediakan link untuk anda download wallpapers gambar robot Gundam RX-78 yang saya ambil di Odaiba ;




Akhir kata, saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca siri catatan perjalanan atau Travelogue Tokyo Trip saya ini.

Arigatou! Dari saya dan Mayuyu! Hiks.



4 comments :

Anonymous said...

As salam,
Terima kasih atas penulisan yang sangat menarik & informatif =)
Insya allah, saya akan jadikan panduan utk trip saya ke Tokyo pada Mei 2016 nanti.
Terima kasih sekali lagi & salam perkenalan.

areev19 said...

jaja : Wassalam. Terima kasih sudi meluangkan masa membaca catatan perjalanan saya ini. Semoga apa yang saya kongsikan berguna kepada cik, InsyaAllah. Salam perkenalan. ☺

Unknown said...

terima kasih kerana berkongsi itenary ni..Nov 2017 saya cuma singgah Tokyo utk sehari je sbb bercuti di Osaka.In sha Allah Aug ni nk ke Tokyo sahaja...byk tempat yg sy blh pegi atas perkongsian ini..tq

areev19 said...

terima kasih sudi luangkan masa baca catatan saya ini. semoga bermanfaat.

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile