Sunday, 16 March 2014

[Review J-Dorama] Amachan (2013)


Amachan (2013)


Sinopsis :

Amano Aki (Nounen Rena) adalah seorang gadis Tokyo yang serba biasa dan tiada apa-apa keistimewaan menurut kata ibunya. Pada suatu hari di musim panas tahun 2008, ibunya, Amano Haruko (Koizumi Kyoko) yang sudah 24 tahun tidak pulang ke kampung halaman di Kitasanriku, wilayah Iwate, akhirnya pulang dan membawa sekali Aki setelah mendapat berita bahawa ibunya, Natsu-bappa (Miyamoto Nobuko) sedang 'sakit tenat'.

Watak Amano Aki yang dilakonkan oleh Nounen Rena.

Sedikit demi sedikit, kehidupan Aki berubah bermula pada musim panas tahun itu. Aki mula berminat dengan kerjaya sebagai 'Ama' (penyelam wanita) selepas melihat neneknya, Natsu-bappa menangkap 'Uni' (landak laut). 

Aki bersama kelab 'Ama'.

Natsu-bappa ialah presiden kelab 'Ama' yang kini semakin diancam kepupusan kerana tiada pelapis daripada generasi muda. Kehadiran Aki sememangnya dinantikan dan diperlukan oleh setiap ahli kelab Ama yang terdiri daripada golongan veteran.

Carta hubungkait antara watak-watak di pekan Kitasanriku.

Pada masa yang sama, Aki mula berkenalan dan berkawan dengan seorang gadis tempatan, Yui (Hashimoto Ai). Yui seorang gadis comel yang mempunyai impian untuk menjadi seorang 'idol' dan sentiasa bercita-cita ingin pergi ke Tokyo. Yui tak sabar ingin meninggalkan pekan Kitasanriku yang di'benci'nya. Berbeza pula dengan Aki, Aki sangat bencikan Tokyo kerana pengalaman silamnya di sana, dan Aki sangat sukakan keadaan di Kitasanriku. 

Aki dan Yui.

Idol tempatan, duo Shiosai no Memories.

Aki dan Yui kemudiannya menjadi 'idol' tempatan di Kitasanriku dan disayangi masyarakat di sana, malah populariti mereka berdua mula dihidu 'scout' daripada Tokyo yang ingin merekrut Aki dan Yui sebagai idol.

3 generasi. Haruko, Aki, dan Natsu-bappa.

Satu demi satu kejadian mengubah perjalanan hidup Aki dan Yui. Aki akhirnya pergi ke Tokyo seorang diri dan 'bergelut' seorang diri untuk menjadi seorang idol. Di Tokyo, Aki diserapkan ke dalam kumpulan idol yang bernama GMT47.

Carta hubungkait antara watak-watak di Tokyo.

Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011 seterusnya mengakibatkan impak besar kepada penduduk Kitasanriku termasuk Aki dan Yui. Adakah Aki akan dapat bertahan dan menjadi seorang idol yang berjaya di Tokyo? Dapatkah Yui akhirnya menjadi seorang idol seperti yang diimpikannya? Kenapa ibu Aki tidak pulang ke kampung halamannya sepanjang 24 tahun yang lalu?


Komen :

Dorama Amachan ini terdiri daripada 156 episod. Yep, 156. Tetapi durasi bagi setiap episod adalah sekitar 14-15 minit. Dorama Amachan ini disiarkan di slot pagi stesen televisyen Jepun, NHK yang dikenali sebagai 'asadora'. Antara dorama asadora yang terkenal sebelum ini adalah Umechan Sensei dan Ohisama yang mungkin anda pernah tonton di Astro Quan Jia HD (saluran 308).

Tidak dinafikan saya, dorama Amachan ini adalah antara dorama terbaik yang pernah saya tonton. Jalan ceritanya langsung tidak membosankan dan ia sentiasa ada mesej atau nilai-nilai murni dan nilai kekeluargaan dalam setiap episod. Dialognya pula agak menarik dan seringkali berunsur komedi. Dorama ini berunsurkan 'ceria', tidak 'berat' dan menarik untuk ditonton tidak kira berapa usia anda.

Dorama ini juga telah menyebabkan wujudnya fenomena perkataan unik "Jejeje" yang telah menjadi perkataan paling popular di Jepun pada tahun 2013. "Jejeje" adalah satu perkataan dari dialek wilayah Iwate, Jepun yang disebut oleh watak-watak dalam dorama Amachan untuk memberikan ekspresi 'terkejut'. Bermula dengan "Je", "Jeje", "Jejeje", dan seterusnya. Semakin banyak "je", maka semakin 'terkejut'lah seseorang itu.

Kesemua dialog "jejeje" yang terdapat di dalam dorama Amachan. Kawaiiness overload! :D

Kalau anda masih kurang paham, sila lihat entry INI yang saya tulis sebulan yang lalu.

Lagu tema dorama Amachan ini pula pastinya akan melekat dalam fikiran anda!


Kesimpulan :

Dorama ini harus, dan wajib termasuk dalam list J-dorama wajib tonton anda!


RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 5/5
Tahap Jalan Cerita : 5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 5/5
Tahap Nak Marathon : 5/5
Tahap Logik : 5/5
Tahap Kawaii : 5/5 (Nounen Rena, Hashimoto Ai, Arimura Kasumi)
Tahap Lawak : 4.5/5
Tahap G-Wunk : 2/5 
Tahap Sedih : 2.5/5
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 5/5

Keseluruhan : 9.5/10


Info :
Streaming :

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile