Saturday, 25 September 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 12) - Bye-bye London!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.

Eurotrip Travelogue (DAY 12) - Bye-bye London! 

Hari Keduabelas - Sabtu (8 Mei 2010) - Bye-bye London!


5.44am - Setelah bersiap-siap mengemas barang dan berkumpul di lobi hotel, rombongan kami pun bergerak menaiki bas ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Hari ini adalah hari terakhir di dalam pakej rombongan kami ke Eropah setelah 12 hari meninggalkan Malaysia.


6.15am - Bas kami tiba di Heathrow. 


Dah nak berangkat pulang. T__T


Banyak kan beg? Padahal tak beli banyak barang pun..  hoho

Tengah sibuk beratur

Bile la aku dapat datang London lagi ye??

Sejuk sangat waktu pagi kat sini walaupun dah masuk musim bunga

Antara peserta rombongan kami..pakcik-makcik yang join rombongan nie mmg sporting~

9.20am - Kami semua memasuki pesawat yang seterusnya bertolak ke Bahrain, iaitu tempat kami akan bertransit selama kira-kira 2 jam.

10.34am - Penerbangan menuju ke Bahrain.

4.34pm (waktu UK) - Tiba di Bahrain International Airport (6.34pm - waktu Bahrain - GMT +3) selepas 6 jam perjalanan. 

Di lapangan terbang Bahrain

8.05pm (waktu Bahrain) - Memasuki pesawat menuju ke Kuala Lumpur.

9.14pm - Penerbangan menuju ke Kuala Lumpur, Malaysia.

4.14am (waktu Bahrain) - Selepas 7 jam perjalanan, akhirnya kami semua telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (9.14am - waktu Malaysia - GMT +8). Kepulangan kami disambut dengan kehadiran abang sulung saya beserta isteri dan anak, dan abang kedua saya dan isteri.

----------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah catatan perjalanan atau travelogue yang dapat saya catatkan sepanjang 13 hari saya dan keluarga ke Eropah bulan April-Mei 2010 yang lalu. 

Oh yea, saya sudah lama pulang ke Malaysia, cuma entry-entry travelogue ini agak lambat saya publish walaupun dah lama dibuat draft

Kenapa saya tulis catatan ini hampir terlalu detail, siap dengan waktu perjalanan? Sebenarnya, selain dari berkongsi dengan pembaca blog ini, saya juga ingin jadikan entry-entry travelogue ini umpama 'diari' saya yang menyimpan kenangan-kenangan menarik semasa saya dan keluarga ke Eropah. Jadi, bila rindu kenangan  lalu, boleh la baca balik semua catatan yang ditulis kat blog nie. =)

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada Mak, Ayah, dan Abang saya yang menanggung segala perbelanjaan semasa di Eropah, ahli-ahli keluarga yang lain, dan semua yang mendoakan keselamatan kami semasa berada di Eropah. 


Terima kasih juga kepada Puan Zainab Kadir, selaku Tour Leader rombongan kami, semua tour guides yang membantu semasa berada di Paris, London, Amsterdam, dan Lucern dan yang terakhir sekali kepada Syarikat Poto Travel & Tours kerana menyediakan suatu perkhidmatan yang baik.


p/s : InsyaAllah, suatu hari nanti, jika berkesempatan dan berkemampuan, ingin pergi lagi ke Eropah! =)

5 comments :

awi said...

malaysia pakai GMT +8, GMT +7 tu area kalimantan klu tak silap

areev19 said...

awi : hee...haah..silap, sbnarnye +7 jam dari waktu London but GMT +8.. tq ye menegur.. :)

NUNU EERA said...

nak bye2 jgk..;0

Unknown said...

kne tunggu airport nie
bkn nk sambut kamu
tp nk sambut buah tangan:p

areev19 said...

NUNU EERA : hee...bye2 :P

shark : lol..pg la airport skrg..tunggu je sesape kat yg baru kuar plane tu, then kate kat die, "nak mntak sourvenirs!" :P

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile