Saturday, 29 August 2009

Kesedaran..

Salamx...


dunia hari ini mengetahui tentang wabak selesema babi atau virus h1n1..
namun rakyat malaysia khususnya aku tgk masih kurang kesedaran tentang bahaya penyebaran virus ini.. cuma dlm 5% jer (plng bnyk) yg aku tgk memakai topeng muka..





contohnye bila aku pg pasar ramadhan dan pasar raya besar yg bnyk sgt org..boleh bilang dengan jari berapa org jer yg pakai topeng..adakah mereka tidak risau?? mungkin juga mereka terlalu memandang mudah perkara ini.. kadangkala org yg memakai topeng ini dipandang 'pelik' oleh org ramai..adakah kami memakai topeng kerana kami telah dijangkiti?? TIDAK! kami cuma memakai sbg langkah keselamatan, bukan nya kerana kami telah dijangkiti! malah ade juga golongan yg kata "poyo gile nk pakai2 topeng"..aduhai, sebegini kah mentaliti rakyat malaysia ku yg terchenta??

cuba kita lihat negara2 maju, kebanyakan negara2 maju telah dpt mengawal penularan wabak ini dengan kadar kematian yg sgt rendah..kerana apa?? DISIPLIN dan KESEDARAN rakyat negara terbabit! ikut peraturan, dengar amaran dan nasihat, dan tingkat kesedaran utk kepentingan bersama..tp di negara kita, walaupun pemimpin2 dan media massa giat menerangkan tentang bahaya penularan wabak ini, namun org ramai masih memandang mudah perkara ini..mungkin bagi sesetengah org kita berfikir, "aku dgn kluarga aku x kena, buat apa nk pakai topeng"..

malah ramai yg aku tgk batuk2 dan bersin di khalayak ramai namun org tu tidak memakai topeng pun! sepatutnya org ramai lebih berdisiplin dan berfikir demi org lain..walaupun ko bersin tapi x kena h1n1, macam mane dgn keselamatan org lain yg bdekatan dgn ko, yg mmpunyai risiko menghidap h1n1??

mungkin ramai yg sedia maklum bahawa virus selesema ini "tidak" lah serius, cuma mcm selesema biasa jer..kalau org yg sistem imun nye rendah atau golongan yg mempunyai penyakit2 yg berkenaan jer merupakan golongan yg berisiko tinggi utk 'terkena' h1n1 nie..tapi ape lah salahnya kita pakai topeng demi kepentingan bersama?? bukan lah mahal sgt topeng tu kalau nk dibandingkan dengan harga kesihatan kita.. :)

ok la...mari kita tingkatkan kesedaran memakai topeng muka ini..sape kate poyo?? cool ape?? :)
baru la kakashi..huahauhauha

Info :

http://h1n1.moh.gov.my/

http://www.who.int/csr/disease/swineflu/en/

http://en.wikipedia.org/wiki/Influenza_A_virus_subtype_H1N1

http://en.wikipedia.org/wiki/2009_flu_pandemic

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile