Saturday, 29 May 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 1) : From Paris to Amsterdam : Keukenhof - Garden of Europe

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 1) : From Paris to Amsterdam : Keukenhof - Garden of Europe

Hari Ketujuh - Isnin (3 Mei 2010) - Bahagian 1 : Dari Paris ke Amsterdam : Keukenhof - Taman Bunga Eropah


Pada hari nie, Isnin (3 Mei 2010), rombongan kami telah bertolak ke destinasi seterusnya, iaitu ke Amsterdam, Belanda.

Bergambar berdekatan dengan hotel di Paris sebelum bertolak ke Amsterdam.







8.35am - Bas kami memulakan perjalanan jauh dari Paris ke Amsterdam.

Graffiti memenuhi hampir setiap dinding kosong di tepi jalan raya di tengah dan pinggir bandar Paris. 

9.45am - Bas berhenti rehat sebentar di perhentian di bawah nie. 

Perhentian rehat pertama pada hari ini!

10.05am - Bas meneruskan perjalanan.

Entah ape motif ambil gambar kat plaza tol nie.. 

Jauh perjalanan, kuning pemandangan

12.04pm - Bas kami melepasi sempadan negara Belgium. Untuk ke Amsterdam, Belanda, bas kami perlu melalui negara Belgium sebelum sampai ke Belanda. Visa tak diperlukan pun. Check kastam pun takde. 


Dah sampai sempadan Belgium

Ladang...cantik pemandangan kat sini.

12.25pm - Rombongan bas kami berhenti rehat untuk makan tengahari. Harga barangan di tempat rehat nie (Belgium) lebih murah kalau nak dibandingkan dengan di Paris dan Stuttgart.

Nasib baik ade meja dan ruang untuk rombongan kami makan makanan yang ditapau dari hotel. Cuaca kat luar bangunan sangatlah sejuk pada waktu nie..


Iklan budak hilang? Gambar nie diambil dalam tandas di perhentian nie.

*edited : Baru lepas tengok rancangan Oprah Winfrey Show kat Hallmark Channel tadi. (29/5/2010), ada temuramah Oprah dengan ibu dan bapa kepada kanak-kanak perempuan bernama Madeleine McCann nie yg masih mencari anak mereka yang telah 3 tahun hilang. Sedih pulak rasanya..hurmm. Anda boleh melawat  www.findmadeleine.com dan Wikipedia (Disappearance of Madeleine McCann) untuk mengetahui dengan lebih lanjut pasal kanak-kanak malang ini.

Haaa...kat dalam tandas pun jual bende alah nie..motif..? Ish3


1.05pm - Selepas berhenti rehat untuk makan tengahari selama hampir 40 minit, rombongan kami meneruskan perjalanan menuju ke Belanda. Tour Leader kami cakap, sebelum ke Amsterdam, rombongan kami akan singgah sebentar di Keukenhof, di mana kami dapat melihat bunga tulip dari dekat.


Dah sampai Belanda rupanya..


Sempat snap gambar nie..pekan kecil kot?


Gambar ladang lagi...

Dah jumpa pun kincir angin yang sememangnye sinonim dengan negara Belanda..!

4.45pm - Bas kami tiba di Keukenhof..! Ia merupakan sebuah taman bunga yang teramatlah besar amat..Rasenye kalau lelaki yang tak minat bunga pun akan excited tengok bermacam-macam jenis bunga yang terdapat kat sini. Taman nie cuma dibuka dalam waktu yang terhad je setiap tahun. Jadi, kalau nak datang tengok bunga di Belanda, datanglah pada waktu yang tepat. =)

Pintu masuk Keukenhof.

Keukenhof nie kalau merujuk kepada wikipedia, bermaksud Kitchen Garden. Teringat pulak projek My Organic Kitchen Garden yang pernah saya dan kawan-kawan buat semasa sem terakhir saya kat UM dulu. Anda boleh lihat entry khas yang saya buat pasal Kitchen Garden tue di SINI. (Promo skit..heheh)


Sempat bergambar depan pintu masuk. Jarang saya pakai topi, tapi kali nie terpaksa pakai sebab hujan renyai-renyai. Mau nye demam kalau kene hujan camnie, dahla cuaca pada waktu nie teramatlah sejuk akibat hujan. 

Terompah kayu, salah satu lagi ikon negara Belanda. Saya tengah kesejukan tu sebenarnya, siap pakai glove lagi..

Kan dah bagitau tadi, lelaki yang tak minat bunga pun jadi excited nak bergambar kat sini!

Cantik tak..? Boleh buat wallpaper nie..

Yang nie pun saya ambil khas untuk dibuat wallpaper.. =)

***edited : download wallpaper bunga-bunga (original size) di SINI.

Bunga, bunga, dan bunga!

Bergambar dikelilingi bunga dan kesejukan yang menggugat ketenteraman sistem badan.

Pemandangan sekitar dalam taman nie. 

Pelancong dari pelbagai negara ada di sini. Semuanya taknak lepaskan peluang melihat puluhan ribu spesis bunga yang terdapat kat sini. Keukenhof/Belanda nie kalau tak silap menyumbangkan hampir 70% daripada pengeluaran bunga di seluruh dunia.

Pose khas untuk pembaca blog bLue iS tHe coLouR..(poyo plak mamat nieh..ceh!)


Tidak!! Aku bukan Mat Bunga!!!

Bukan! bukan! Aku bukan Mat Bunga! =P

Bergambar bersama ibu 

Pemandangan sekitar taman.

Ade tasik buatan di tengah-tengah taman nie.

Tempat pejalan kaki

Snap je semua gambar bunga selagi boleh!

Saya suka bunga...! (sambil menafikan.. =P)

Sudikah awak menerima bunga-bunga ini..? =)

Lagi pemandangan sekitar taman

Air pancut yang terdapat di tasik 

Banyak sungguh gambar saya dengan bunga..

Bergambar dengan ibu lagi..tukang ambil gambar nie sape lagi kalau bukan abang saya. Ayah saya pula cuma tunggu di luar, sebab cuaca yang tak berapa menyihatkan..Dalam gambar nampak macam ok je kan cuacanya?

Warna-warni bunga nie..

Ade kedai bunga kat dalam taman nie..

Disebabkan pokok nie pelik, maka saya siarkan kat sini. Banyak lagi gambar single flower yang saya dan abang ambil. Tapi cukuplah upload yang mane terunik kan..?

Aku dan taman bunga..! 

Papan tanda..

"Muke saye ganas wak, muke saye ganas, saye ni rempit, tapi dalam hati ade taman" LOL

Mari kenali nama tumbuhan ini..~

Nie kat depan pintu masuk Keukenhof dari sebelah dalam.

6.00pm - Setelah sejam lebih di Keukenhof, rombongan bas kami meneruskan perjalanan ke HEM Hotel, yang terletak di Amsterdam. Sememangnya waktu 1 jam lebih yang diperuntukkan tidak cukup untuk melawat keseluruhan Keukenhof nie, ditambah pulak dengan cuaca yang amatlah sejuk. Yerp, negara Eropah tersejuk yang kami lawati sepanjang Eurotrip nie. Rasanya kami cuma sempat melawat 1/3 daripada keseluruhan taman nie. 

InsyaAllah, kalau berpeluang, saya ingin datang ke sini sekali lagi, bersama insan yang tersayang. Ceewaah... 


6.50pm - Bas kami akhirnya tiba di HEM Hotel, Amsterdam. Waktu untuk berehat sebentar. 

Inilah hotelnye..free wifi tidak disediakan..kene bayar 10 euro untuk sehari.. (10x4 = rm40 sehari! LOL..maka terbantutlah niat saya nak online kat sini..)


39 comments :

Verdict said...

lokasi bulan madu my parents di sini utk tahun lepas. omg.. cateq sgt2..

Unknown said...

wow..best nyer...1 hari nanti aku mesti sampai kat cni...heheh..

areev19 said...

Fiq : wahh...mesti romantik sgt parents awk kan..? =)

Faiza Fredley : yeah..wajib sampai nie.. =)

Verdict said...

mane tak romantiknye. sesuai sgt g kueken. dua2 minat bunge..

ahah.. 1 hari nt, sy jugak nk jejak sini. mesti.

areev19 said...

Fiq : heeehe...insyaallah =)

Ieqa Swetluv said...

bila nak bawak kita jln2 sini ni encik biru??hohoho

meowwmania said...

wahhh sonoknya..........

bes ekk dpt amik gmbr ngan bunge huhuu~

p/s: pinjam kasut bosa tu buleh??

Munsyi said...

wa..mat bunga betul tu..haha

tp seriously mmg lawa. =)

hans said...

hahaha
pic terompah tu memang terbaik
sonok nya weih
lepas nih tolong bawa aku pergi sana
tingin dowh

Keyyah said...

jauh perjalanan, warna warni pemandangan..sewonok tgk gambar bunga2... hehe

Jericho said...

Best betul tempat macam ni ek...

nuriz said...

areev , tu bunga plastik ke betul..huhu..bestnye dpat tgk bunga ori..

areev19 said...

ieQa sWetLuv : err...tak dapat nk memberi jawapan...hehehe

meowwmania : huit..ambil la kasut bosa tu kalau boleh..hehee..nanti dalam entry akan datang sy akan cte pasal lawatan sy kilang yang buat kasut2 kayu tu.. =)

MuNsYi SaMa : alamaek..kan sudah dibagitau..saya bukan mat bunga! hehe :P..yerp, mmg lawaaa!

hans : err..pic terompah terbaek? ngatke pic bunge2.. hee..tq2 :)
nk bawa pg sane? sekali lagi aku terdiam..heee

sweeTSour : yerr...orang pompuan sure akan xcited sesangat kalau tengok bunga2 kat situ..fuuuu

Jericho : haah..best, dan cuma dalam 2 bulan je dalam setahun tempat ni dibuka untuk pelancong.. :)

nuriz : semua tu bunga betul, sebab tu tempat nie cuma dibuka waktu terhad je. khas untuk musim bunga kat eropah nie. =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ada betul rupanya tulip biru.
bila cakap dengan kawan, dia kata takde~

=(

areev19 said...

LORD ZARA : ek? ade macam2 kaler tulip sebnarnye.. =)

Seri Bahasa said...

gambar pemandangan ladang bunga warna kuning tu best betul. jeles betul aq kat kamu orang.

areev19 said...

Seri Bahasa : hee..cantik kan ladang kuning tu.. =)

nurmisnan said...

oh dear... im crazy bout all d flowers man.. superb

kau mcm tau2 je aku nak minta copy buat wallpaper.. heheheh bagus2222

P.S. semoga Madeliene McCan dapat pulang kepangkuan keluarganya... She is so cute n beautiful.. pity her =(

areev19 said...

Nur : heehee..ko nk copy eh? insyaallah nanti aku bg yg size original..yg kat atas tu da resize =)

areev19 said...

Nur : yerp..kesian pada Madelene McCan..dah 3 tahun hilang rupanya.. =(

sugar2 kapas strawberry said...

wahhh..tulip!

geramny ;)

areev19 said...

sugar2 kapas strawberry : heee...geghamnyeee..! ;)

Cikgu Dahlia said...

beshnya cuti2 mesia..

panjang giler tol dia erk..bape lorong tu?

Penulis Rindu said...

jln jln ptg . sambil naik gerek atas ban

areev19 said...

DaHLia : ermm...tak kire plak brape lorong..berbelas2 gak kot.. :)

Abu Luqman : sile2.. =)

::thexieza:: said...

wah,chantek gmbr un tuk wallpaper tu..
nk amik leh?
hehe..

areev19 said...

::fadxieza:: : boleh2, insyaallah nanti saya uploadkan gambar yg lebih clear n sharp.. =)

amy said...

ohoo nice! kumpul duet mulai sekarang nak pegi haha! thx 4 sharing!

areev19 said...

amy : thanx ;)

pudding pie said...

wow, jeles2

ku paling suka bunga tulip!

areev19 said...

pudding pie : hee..cantek kan tulip? =)

s h a said...

subhanallah...areev...chanteknyew tulip2 tu...huhuh...salah satu bunga kegemaran sy tulip ni...

sukew2...gewam tgk...

chybee said...

dah jd mat bunga ke ;P

areev19 said...

s h e e : heee...chantek kan..? kalau nk jadikan wallpaper donlod la link sy sdiakan tu.. hehe ;)

chybee : alamaek! saje excited je.. ;P

hafiz said...

Hi,

Nak tnye skit, sy akan ke amsterdam march 2012...

Hotel Hem Amsterdam tempat saudara menginap ni ok x dr segi facility smua..?????

location nya dekat x ngan central amsterdam ??

huhu...tq bro...

areev19 said...

hafiz :

Hi, Hotel HEM tu okey je, facility standard utk hotel, cuma hotel2 kat Europe nie majoriti tandasnya tak ade lubang saluran air, jadi kalau mandi tu, kene mandi dalam bath tub je, jangan basahkan lantai toilet sbb air tak mengalir. :)

kekurangan hotel nie rasenye xde wifi free je, sbb kene request kat lobby dan bayar, 1 hari = 10euro.

kalau nak pg central amsterdam tak susah, kene jalan kaki dalam 10 minit ke stesen trem terdekat dari hotel, dan naik trem pg ke bandar, dalam 15 minit je kot.

anda boleh rujuk entry berikutnya :

http://areev19.blogspot.com/2010/05/eurotrip-travelogue-day-7-part-2-red.html

Selamat melancong ! :)

hafiz said...

Hi,

thanks for the info...amat sronok membaca catatan saudara di eropah..

sy ni pergi eropah backpackers shj...budget pon ciput2 je..haha.

ok, nant sy akan tanye lg jika ade kemushkilan.

tq

hafiz said...

Hi,

thanks for the info...amat sronok membaca catatan saudara di eropah..

sy ni pergi eropah backpackers shj...budget pon ciput2 je..haha.

ok, nant sy akan tanye lg jika ade kemushkilan.

tq

areev19 said...

hafiz :

Hi,

heee..oke la pg backpackers, takde terikat jadual..nak pg memane pun ikut suka je nk brapa lama pun.. :)

okey, ur welcome. :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile