Sunday 14 March 2010

[Tutorial] Mari pendekkan URL blog anda

 [Tutorial] Mari pendekkan URL blog anda


Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Adakah alamat atau url blog anda sangat panjang? Contohnya :

http://areev19sukagulinkdiblograkanblogger.blogspot.com
 
Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa terdapatnya domain atau host seperti .com, .net dan sebagainya untuk memendekkan url asal blog atau pun laman web anda. Tapi kebanyakan perkhidmatan domain atau host ini adalah berbayar. Oleh yang demikian, di post ini saya ingin berkongsi beberapa domain percuma yang boleh digunakan untuk memendekkan url blog anda. Sebagai contoh, saya sendiri pernah menggunakan perkhidmatan CJB.NET bagi memendekkan alamat atau url asal webpage saya yang dibuat menggunakan perkhidmatan Yahoo! Geocities beberapa tahun dahulu.

 
Yahoo! Geocities merupakan suatu perkhidmatan yang mudah bagi pengguna membuat laman web sendiri, tanpa perlu mengetahui code HTML yang rumit. Tapi kini perkhidmatan percuma bagi Yahoo! Geocities telah pun ditamatkan tahun lepas, tapi dimaklumkan Yahoo! Geocities versi Jepun masih aktif.

Oleh kerana url asal laman web saya yang dibuat menggunakan Yahoo! Geocities agak panjang, contoh :

http://geocities.yahoo.com/areev19/homepagesaya.html

Maka, saya menggunakan perkhidmatan CJB.NET untuk memendekkan url nya kepada (contoh) :


Pendek kan? Ianya akan memudahkan pengunjung dan anda sendiri untuk mempromosikan laman web atau blog. Dan yang paling penting, ianya percuma!

Sebenarnya terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan free url redirection ini, tapi yang saya gunakan sejak dahulu hingga kini ialah CJB.NET, dan setakat ini tiada masalah. Anda cuma perlu login ke laman web utamanya di http://www.cjb.net dan kemaskini status anda setiap 90 hari. Kalau tak, link anda akan expired. Tapi jangan risau, anda akan diberi notis melalui email bagi mengingatkan anda untuk mengemaskinikan status free domain anda.

Di sini saya sediakan sedikit tutorial ringkas bagaimana mendaftar menggunakan perkhidmatan CJB.NET :

1. Pergi ke http://www.cjb.net. Klik pada SIGN UP di Free URL Redirection


 2. Seterusnya isi perkara yang berkenaan seperti contoh di bawah  :


3. Selesai! Mudah kan? Tapi anda digalakkan untuk login kepada account anda untuk mengemaskini beberapa perkara lain.


Terdapat banyak perkhidmatan free url redirection lain yang anda boleh cuba. Pendaftarannya mungkin lebih kurang dengan contoh yang saya tunjukkan melalui pendaftaran cjb.net. Disini saya sediakan senarai pendek beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan free url redirection :


**Nak cuba cari sendiri perkhidmatan free url redirection yang lain? Klik SINI


14 comments :

Aidi-Safuan said...

wah..cam menarik je. kalau nak tukar url jadik nama lain pon bole ke?

areev19 said...

Aidi-Safuan :

tukar jadi nama lain tu maksudnye? Nama pendek tu terpulang kepada anda sendiri, cuma yang bahagian belakang, contohnya .cjb.net, .co.cc tu adalah tetap mengikut laman web yang anda daftar :)

paan said...

free domain...dulu minat lah nak pakai..skang ngah semangat nak beli domain sendiri...cuma lum berkesempatan lagi....

areev19 said...

paan : yerp, kalau ade duit lebih boleh la bli domain yg lebih best n gempak.. :)

Lucy S. said...

kalau buat ni kan, means follower kite kne link lg skali la ek? reply kat shoutbox sy ek. please! tq :)

areev19 said...

Alynn Notnot :

follower tak perlu link lagi sekali.
sebab bende ni fungsinya sekadar mem forward kan url asal.

url asal masih valid, tak dikacau dan boleh digunakan.

contohnya blog saya sendiri :

asal : http://areev19.blogspot.com

versi pendek : http://areev19.cjb.net

kedua-duanya boleh digunakan =)

wfhsln said...

wahh menarik :)

khaulah said...

oh. baru tau!

Amirah Rashid said...

haha. agak terasa sebab blog mira link dye panjang :D
nway, thanks for the info! :)

Rina Rossoneri said...

thanx utk info neh..sbb ada problem dgn shoutmix, huhuuu

Ieqa Swetluv said...

cam best je kalo dpt shortcut url blog.. tp ika takut je kalo x jadi haishh~

areev19 said...

ieQa sWetLuv : xsusah pun. ikut 3 langkah sy tunjuk tu :)

Azuan said...

aku pakai bit.ly...

razi said...

mantap..

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile