Saturday 6 March 2010

Review J-Dorama : Kekkon Dekinai Otoko

Review J-Dorama : Kekkon Dekinai Otoko

Kekkon Dekinai Otoko (The Man Who Can't Get Married)

Sinopsis :

Shinsuke Kuwano (Abe Hiroshi) merupakan seorang arkitek yang hebat dan terkenal dengan hasil kerjanya yang menjadikan dapur sebagai fokus utama dalam rekaan sesebuah rumah untuk kliennya. Walaubagaimanapun, Kuwano merupakan seorang yang suka hidup menyendiri, dan mempunyai pendirian untuk tidak mahu berkahwin kerana baginya terlalu menyusahkan. Hobi Kuwano pula ialah menikmati makanan yang dimasaknya sendiri dan mendengar lagu klasik yang dipasang dengan kuat sambil membuat gaya seperti 'konduktor orkestra'. Kuwano juga tidak membenarkan sesiapa memasuki rumahnya.

Hobi Kuwano di rumah

Pada suatu hari, jiran Kuwano, Tamura Michiru (Ryoko Kuninaka) yang sudah tidak dapat bersabar dengan kebisingan muzik klasik Kuwano telah pergi ke rumah Kuwano untuk menegur, dan telah menemui Kuwano dalam keadaan sakit perut yang tenat, lantas membawa Kuwano ke hospital. Di hospital, Kuwano berkenalan dengan Doktor Hayasaka Natsumi (Natsukawa Yui) yang merawatnya. Natsumi merupakan anak dara tua yang masih belum berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kerjaya doktornya namun sentiasa berharap akan menemui cinta sejati, manakala Michiru pula seorang gadis yang baru putus cinta dan masih mencari lelaki 'ideal' sebagai teman hidup.

Natsumi dan Michiru bersahabat baik

Michiru kemudiannya berkenalan dan bersahabat dengan Natsumi dan juga pekerja Kuwano, iaitu Eiji (Tsukamoto Takashi) dan Saori (Sakura). Mereka berempat selalu bertemu dan selalu bercerita tentang sikap dan tingkah laku Kuwano yang pelik dan sukar dijangkakan. Namun, sedikit demi sedikit, Kuwano semakin berubah dengan kehadiran Michiru dan Natsumi dalam hidupnya. Adakah Kuwano akan tetap berkeras dengan pendiriannya untuk tidak berkahwin buat selamanya? Adakah Michiru atau Natsumi akan jatuh hati pada Kuwano yang pelik?

"Positive Thinking", kata Michiru kepada Natsumi 

Komen :
Dorama ini memang memang menarik, dialog dan lakonan para pelakon terutamanya Abe Hiroshi dan Natsukawa Yui sangat menyerlah dan berjaya menimbulkan mood cerita. Setiap episod, anda pasti akan tersenyum dan tergelak dengan lakonan dan dialog mereka yang sangat menarik. Tidak hairanlah dorama ini telah memenangi banyak anugerah, iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon dan Pelakon Pembantu Terbaik, dan Anugerah Khas. Rating yang tinggi juga menjadi sebab utama saya berminat menonton dorama ini yang sebenarnya sudah lama ditayangkan, iaitu pada tahun 2006. Soundtrack dorama ini bertajuk Swimmy oleh Every Little Thing.


RATING :

Tahap Mengantuk : 0/5
Tahap Keterujaan : 4.5/5
Tahap Jalan Cerita : 5/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 5/5
Tahap Nak Marathon : 4.5/5
Tahap Logik : 4.5/5 
Tahap Kawaii : 5/5 (Michiru dan Saori agak kawaii!!)
Tahap Lawak : 4.5/5
Tahap G-Wunk : 2/5
Tahap Sedih : 1.5/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4.5/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4.5/5

Keseluruhan : 9/10

Info :

6 comments :

Izwan Komari said...

ak suke laki ni blakon dlm dragon zakura...bes

pudding pie said...

ada version Jepun cerita ni?
Ingatkan versi Korea jek..hehehe

cuba la tgk version Korea tapi tak tau la sape yang kuar dulu..

Kaseh Esmiralda said...

owh, cite ni... cik kaseh ade tp sampai skang still x habis tgk... hahaha~ tak taulah nape... tak best kot...

areev19 said...

pudding pie : version korean tajuk ape ek?

Kaseh Esmiralda : xbest ek? ish3..yer lah, tiap2 org lain2 taste kan.. :)

CITY® said...

uik,

saya tgk kdrama, he who cant marry
heeeeeeee
best gak

saya = fanatik kdrama n jdrama
huuuuuu

areev19 said...

ooo...Korean nye baru lagi..die remake yg versi Jepun nie :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile