Tuesday 9 March 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair


Saya nak pergi ke Gatsby Deodorant Street Fair!

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, Melayu, Cina, mahu pun India, anda semua dijemput hadir ke Gatsby Deodorant 'Street Fair' yang bakal berlangsung secara besar-besaran pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.


'Street Fair' anjuran Gatsby Deodorant ini yang julung-julung kali diadakan di negara ini akan bermula seawal jam 10 pagi sehingga jam 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur. Menurut maklumat yang saya terima, pelbagai gerai permainan dan aktiviti menarik akan didirikan semasa 'Street Fair' ini. Antara permainan dan aktiviti menarik yang terdapat di Street Fair ini termasuklah permainan mudah seringkas permainan membaling getah dan acara bergusti sumo dalam beg udara yang pastinya bakal membibitkan aksi-aksi melucukan dan menggeli hati peserta dan juga penonton yang hadir. Wah, menarik kan? Tak sabar rasanya saya nak turut serta dalam permainan dan aktiviti menarik yang bakal berlangsung!

Selain dapat menyertai permainan dan aktiviti yang terdapat di Street Fair ini, para peserta juga akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul tersebut dengan mendapatkan barangan menarik dari Gatsby! Tidak cukup dengan itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan juga layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah menarik yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah ini termasuklah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit, dan baucar tunai yang berjumlah lebih dari RM 15,000!




Untuk makluman anda semua, Gatsby Deodorant Street Fair ini merupakan program komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia. Pihak Nuffnang juga menjangkakan lebih daripada 500 penulis blog bakal berkumpul dan berada disana. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mari kita ramai-ramai turut serta memeriahkan Street Fair ini!

Bagaimana caranya untuk ke Street Fair ini? Berikut saya berikan panduan kepada anda yang berminat untuk hadir ke Street Fair ini!


Melalui KL Monorail
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Imbi
-Naik dan gunakan perkhidmatan KL Monorail daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Stesen Imbi terletak betul-betul di hadapan Berjaya Timesquare
-Tempoh perjalanan : 6 minit +/-

Melalui LRT
-Daripada Stesen KL Sentral ke Stesen Hang Tuah
-Naik dan gunakan perkhidmatan Putra LRT daripada Stesen KL Sentral menghala ke Stesen Masjid Jamek
-Tukar kepada Star LRT di Stesen Masjid Jamek
-Berhenti di Stesen Hang Tuah 
-Tempoh perjalanan menggunakan LRT : 10 minit +/-
-5 minit tempoh berjalan ke Berjaya Timesquare

Melalui KLIA ERL
-Daripada KLIA ke Stesen Imbi melalui Stesen KL Sentral
-Naik dan gunakan perkhidmatan ERL daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Stesen KL Sentral
-Tukar kepada KL Monorail di Stesen KL Sentral, menghala ke Stesen Imbi
-Berhenti di Stesen Imbi
-Tempoh perjalanan : 34 minit +/-

Melalui Kereta/Teksi
-Berjaya Timesquare terletak :
a) 15 minit dari Stesen KL Sentral
b) 30 minit dari KLIA
-Terdapat 4500 tempat letak kereta di Berjaya Timesquare

Sementara menunggu 17 April 2010, apa kata anda semua melawat laman web rasmi Gatsby Malaysia untuk mendapatkan info lebih lanjut dan juga bermain beberapa permainan flash yang menarik. Sila lawati laman web rasmi tersebut di http://www.gatsby.com.my/streetfair 

17 comments :

Unknown said...

tak dapat pegi, jauh :(

saya_arief said...

lokasi ku t'lalu jaoh untuk ke sane..

areev19 said...

alahai...xpe, kalau ade kesempatan kite jumpe kat sane yer :)

Anonymous said...

bro ko pegi ke?..aku mcm nak pergi..start pkul berapa ek?

areev19 said...

err...kan da type kat dlm post tu..pukul 10 pagi smpai 5 petang

Izwan Komari said...

ad ap bes kat situ?

areev19 said...

Atan : errr...ade ape? kan da type kat post tu..ish2

AirielKayz said...

Ok bro.. jumpa di sana...

Anonymous said...

jumpa sana ya..hehe

Cikgu Dahlia said...

eh jap..mmg xde shoutbox ke sini aaa??

para said...

org nak ajak ke insan yg macam saya ni??

areev19 said...

saye nk ajak para la..nak?

Amirah Rashid said...

kalau xde nuffnang?

areev19 said...

Amirah : xde pun dtg jer..bukan smestinya kene jd blogger nuffnang :)

Unknown said...

jumpe kat sana...

Pena Crystal said...

saya jugak nak pergi walau tak reply invitation tuh.nak jugakkk.

kharis said...

terlalu jauh dari depok sih..jadi tak bisa pergi

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile