Review J-Dorama : Shimokita Sundays
Shimokita Sundays
Sinopsis Ringkas :
Satonaka Yuika (Ueto Aya) merupakan seorang pelajar universiti dalam jurusan sains yang baru berpindah ke Tokyo. Di sebalik cabaran yang menanti Yuika di Tokyo, dia selalu seperti tiada arah tujuan dan sering lost dalam kehidupan sehariannya. Ketika hari orientasi Yuika di universiti, Yuika yang sudah lama tidak senyum akhirnya tergelak besar selepas melihat persembahan undangan kumpulan teater Shimokita Sundays di atas pentas.
Yuika tertarik dengan persembahan Shimokita Sundays
Sejak saat itu, Yuika mula mencari-cari dan akhirnya menyertai kumpulan teater Shimokita Sundays yang bertempat di Shimokita. Shimokita Sundays walaubagaimanapun adalah seperti kumpulan teater yang 'tiada masa depan' kerana mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun kerana minat yang mendalam, Yuika mula berlakon dengan kumpulan Shimokita Sundays dan berjaya menarik minat orang ramai untuk menonton teater Shimokita Sundays.
Yuika beraksi kawaii..
Hasilnya...
Kawan universiti Yuika dah tergelak macam orang gila
Selepas 10 tahun menceburi bidang teater, kumpulan Shimokita Sundays akhirnya mempunyai peluang untuk menjayakan impian mereka untuk mengadakan persembahan di Honda Theater yang merupakan tempat teater terhebat yang menjadi idaman penggiat teater di Shimokita. Dapatkah impian Shimokita Sundays terlaksana dengan penglibatan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Satonaka Yuika?
Jom tengok Shimokita Sundays!
Komen :
Pada beberapa episod awal dorama ni macam kurang menarik, tapi selepas beberapa ketika jalan cerita mula menjadi semakin menarik sampailah ke episod akhir. Soundtrack dorama ni bertajuk Shimokita Ijou, Harajuku Miman yang dinyanyikan oleh Fumiya Fujii, dan Ueto Aya sendiri ada menyanyikan cover bagi lagu ini. Sebab utama saya tengok dorama nie? Sudah tentulah sebab Aya-chan!! =)
RATING :
Tahap Mengantuk : 1/5
Tahap Keterujaan : 3.5/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 2/5
Tahap Nak Marathon : 3.5/5
Tahap Logik : 4.5/5
Tahap Kawaii : 5/5 (of course lah, sebab ada Aya-chan ^_^)
Tahap Lawak : 4/5
Tahap G-Wunk : 2/5
Tahap Sedih : 3.5/5
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4.5/5
Keseluruhan : 7.5/10
Info :
5 comments :
alamak...
den nih pantang cter jopon nih.....
pasti tgk....
bezz x?
kasi skor ckit...
1(x bezz)-5(bezz tahap dewa)
errr...skor ek? kan da bg rating tu? :)
suke suke suke aya^^
wahh, mcm best jee.
cite kelakar ehh :D
gak tu..tinggi markah tu
Post a Comment