Sunday, May 30, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 8 - Part 1) : Amsterdam, Netherlands











Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.




Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 8 - Part 1) : Amsterdam, Netherlands

Hari Kelapan - Selasa (4 Mei 2010) - Bahagian 1 : Amsterdam, Netherlands




Pada hari nie (4 Mei 2010), iaitu pada sebelah pagi, rombongan kami telah dibawa melawat ke sekitar bandar Amsterdam. Hari nie kami ditemani oleh seorang tour guide warga Belanda yang bernama Mr. Viem. 


Lokasi pertama yang akan kami tujui pada hari ini ialah Coster Diamonds, iaitu tempat pembuatan dan penjualan permata yang sangat terkenal di Amsterdam.

Sebelum bertolak, kita ambil gambar dulu! Baju nak tebal je..ish3


Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 2) : Red Light District, Amsterdam

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 2) : Red Light District, Amsterdam

Hari Ketujuh - Isnin (3 Mei 2010) - Bahagian 2 : Red Light District, Amsterdam


Setelah sampai di Amsterdam petang tadi. Peserta rombongan kami mempunyai waktu terluang pada waktu malam, di mana kami bebas ke mana sahaja kerana tidak terikat dengan apa-apa aktiviti tours. Jadi saya, abang, ibu dan beberapa lagi peserta rombongan telah mengikut Tour Leader kami, Puan Zainab yang membawa kami melawati bandar Amsterdam di waktu malam. Cuma 15 dari 34 peserta rombongan yang keluar pada malam tersebut.


10.05pm - Setelah berjalan selama hampir 10 minit ke stesen trem terdekat, kami pun menaiki trem yang merupakan pengangkutan awam utama di bandar Amsterdam nie. Waktu ketibaan trem dengan tepat dinyatakan di tempat menaiki trem. Tiket trem pula dijual di dalam koc trem itu sendiri, di mana terdapat kaunter kecil untuk membeli tiket. 

Keadaan dalam trem di Amsterdam..lagi dua orang pakcik nie pun peserta rombongan kami, engineer dan doktor.




Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 27 & 28

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 27 & 28 


Saturday, May 29, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 1) : From Paris to Amsterdam : Keukenhof - Garden of Europe

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 7 - Part 1) : From Paris to Amsterdam : Keukenhof - Garden of Europe

Hari Ketujuh - Isnin (3 Mei 2010) - Bahagian 1 : Dari Paris ke Amsterdam : Keukenhof - Taman Bunga Eropah


Pada hari nie, Isnin (3 Mei 2010), rombongan kami telah bertolak ke destinasi seterusnya, iaitu ke Amsterdam, Belanda.

Bergambar berdekatan dengan hotel di Paris sebelum bertolak ke Amsterdam.

Thursday, May 27, 2010

Mengapa..



Mengapa 

Mengapa nafasku tersentak bila kau menegur
Sedangkan tiada apa di antara kita ikrab hanya sekadar teman biasa
Mengapa terketar lidah kelu untuk bertutur
Bagaikan adanya perasaan berdebar mungkinkah kasihku mula bermekar

Jika benar apa ku rasa
Haruskah ku dedahkan segala
Hasrat terpendam ku kepada mu namun
Takut kau tak sudi
Memberi ku ruang di hati

Oh mengapa tubuhku lesu
Kerapnya ku hilang selera
Hanya dahagakan
Kasih bahagia
Dengan kenalan baru bernama cinta

Jika benar apa ku rasa
Haruskah ku dedahkan segala
Hasrat terpendam ku kepada mu namun
Takut kau tak sudi
Tapi tak ku tertahan lagi

Oh mengapa siang hariku 
Gelap dan pemandangan kabur
Oh mana tidaknya subuh hingga senja
Ku asyik mengamut kau menghulur
Kasih luhur

Mengapa malam ku gebarau tidur pun tak lena
Mungkin ini tanda ku dilamun cinta
Jika tidak mengapa tak menentu tingkahku
Oh mengapa, oh mengapa
Katakan mengapa

Tuesday, May 25, 2010

Tiba-tiba teringat lagu nie..

Simbiosis - Ella (2003)

Pagi yang indah ini
Tersenyum sendiri
Ciap miap burung 
Diluar jendela
Seakan memanggil namamu

Jika ku punya mata
Nun di atas angkasa
Kan ku tengok dikau
Setiap ketika
Dimana saja kau berada

Walau dimana pun dikau berada
Berjalan atas bumi yang tua
Akan ku turut serta bagaikan udara
Simbiosis di antara kita

Aku tak pandai mengarang puisi
Tidak ku pandai bermadah berseni
Satu kalimah yang ku
Seikhlas tahu
Hanyalah 
Ku cinta padamu


p/s : yeah...dah 7 tahun pun usia lagu nie..aku suka sgt lagu nie sbb lirik nye..walaupun ringkas, tapi cukup untuk memberi mesej yang tepat..hohohoh =)

***sorry sgt2 kepada rakan blogger yang melawat blog nie sbb aku tak membuat kunjungan balas macam biasa..ntah nape, aku tak brape nk ade mood utk update blog n buat blogwalking..nak rehat kejap la rasenye.. =|


Saturday, May 22, 2010

Friday, May 21, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 6 - Part 2) : City of Paris, France

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 6 - Part 2) : City of Paris, France

Hari Keenam - Ahad (2 Mei 2010) - Bahagian 2 : Bersiar-siar di kota Paris


10.50am - Selepas melawat ke Menara Eiffel, rombongan kami telah pergi melawat ke lokasi-lokasi menarik sekitar Paris sebelum singgah di Louvre untuk aktiviti seterusnya. Disebabkan tidak cukup masa untuk berhenti di setiap lokasi, maka kami cuma melalui dan melihat lokasi-lokasi tersebut dari dalam bas sahaja.


Bergerak dari Eiffel menuju ke Place de la Concorde

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 23 & 24 (Daily Update!)

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 23 & 24 (Daily Update!)


Thursday, May 20, 2010

Wallpaper Istimewa Chelsea FC

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Seperti yang satu dunia tahu, bolasepak musim 2009/10 bagi English Premier League (EPL) telah pun tamat dan dimenangi oleh pasukan terbaek di dunia (bagi peminat2 Chelsea =P) iaitu CHELSEA FC.

Dan Sabtu lepas, Chelsea telah berjaya menggandakan piala yang mereka menangi musim ini dengan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan Portsmouth, 1-0. Dengan itu, pasukan Chelsea pada musim ini telah berjaya mencipta 'Double' pertama yang dimenangi Chelsea sepanjang sejarah kelab ditubuhkan! Kalau nak kira jumlah trofi yang dimenangi Chelsea sejak awal musim 2009/10, ada empat kesemuanya. Termasuk kejohanan jemputan semasa pra-musim dan Community Shield.

Jadi disini saya nk berkongsi dengan anda semua beberapa wallpaper menarik dari website rasmi Chelsea FC dan juga yang saya jumpai di internet.

-= Klik pada gambar untuk besarkan =-


Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 21 & 22 (Daily Update!)

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 21 & 22 (Daily Update!)


Wednesday, May 19, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 6 - Part 1) : Eiffel, I'm In Love

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 6 - Part 1) : Eiffel, I'm In Love

Hari Keenam - Ahad (2 Mei 2010) - Bahagian 1 : Eiffel, I'm In Love


Pada pagi nie, rombongan kami ditemani 2 tour guides rakyat Malaysia yang menetap di Paris, iaitu Puan Alina dan Encik Arun. Mengikut jadual, pada pagi ini, kami akan dibawa melawat ke Menara Eiffel, dimana kami akan berpeluang menaiki dan menikmati pemandangan dari atas Menara Eiffel nie.

Pada sebelah petang pula, kami akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di sekitar kota Paris, antaranya Arc de Triomphe, Paris Opera, Madeleine Church, Louvre, Champs Elysees, dan Notre Dame Cathedral. Selepas itu, kami akan dibawa menaiki cruise menyusuri Sungai Seine yang terletak di tengah-tengah kota Paris.


8.40am - Rombongan kami memulakan perjalanan menaiki bas menuju ke Menara Eiffel sambil diberi penerangan oleh Puan Alina mengenai Paris dan negara Perancis.


Apa-apa pun, bergambar dulu.. belakang tu Encik Mustapha, die pun datang dengan keluarga juga.



Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 19 & 20 (Daily Update!)

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 19 & 20 (Daily Update!)


Tuesday, May 18, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 5) : From Lucerne to Paris

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 5) : From Lucerne to Paris

Hari Kelima - Sabtu (1 Mei 2010) - Dari Lucerne ke Paris

8.00am - Setelah bersarapan dan mempersiapkan diri di bilik, rombongan kami yang sebanyak 34 orang telah memulakan perjalanan untuk ke Paris, Perancis. Ketepatan waktu sangat dititikberatkan sebab aturcara program atau perjalanan telah pun dirancangkan lebih awal. Jadi, kalau terlebih masa, rugilah waktu lawatan kat sesetengah tempat nanti.

Bye bye Hotel Drei Konige, Lucerne~

Selepas sejam perjalanan, iaitu pada kira-kira pukul 9.05am, bas kami telah melepasi sempadan negara Switzerland-Perancis. Bandar Basel, Switzerland merupakan bandar yang terdekat dengan sempadan Perancis ini.

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 17 & 18 (Daily Update!)

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 17 & 18 (Daily Update!)


Monday, May 17, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 2) : Lucerne, Switzerland

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 2) : Lucerne, Switzerland

Hari Keempat - Jumaat (30 April 2010) - Bahagian 2 : Bandar Lucerne, Switzerland


Selepas puas (tak puas pun!) menghabiskan masa berada di Gunung Titlis, rombongan kami bertolak pulang ke hotel pada jam 12.45pm.

Gambar di bawah diambil ketika dalam perjalanan pulang ke Hotel Drei Konige yang terletak di bandar Lucerne :

Tenang dan aman damai pemandangannya

Banyak rumah-rumah di kawasan bukit





Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 15 & 16 (Daily Update!)

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 15 & 16 (Daily Update!)


3 tag sekali gus

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Disini saya nk mengucapkan terima kasih kepada 3 blogger yang telah mengetag dan memberi award kepada blog saya yang serba biasa nie. Oke lah, tanpa melengahkan masa...

Saturday, May 15, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 1) : Mount Titlis

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 4 - Part 1) : Mount Titlis

Hari Keempat - Jumaat (30 April 2010) - Bahagian 1 : Gunung Titlis, Switzerland


8.00am - Selepas bersarapan dan berehat sebentar di bilik, rombongan kami telah bertolak ke Gunung Titlis, Switzerland. Lokasi kami yang seterusnya nie adalah satu-satunya lokasi yang mempunyai salji (yer la, sekarang dah masuk musim bunga) dan kami telah dinasihatkan untuk membawa pakaian sejuk secukupnya dan berserta sarung tangan.
 
Gambar-gambar dibawah nie diambil ketika dalam perjalanan dari hotel di Lucerne, ke Gunung Titlis. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Menikmati kehijauan alam sekitar

Rumah-rumah kampung di tepi jalan raya

Friday, May 14, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 2) : Rheinfall - Lucerne

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk baca entry sebelum ini, sila ke SINI.


Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 2) : Rheinfall - Lucerne

Hari Ketiga - Khamis (29 April 2010) - Bahagian 2 : Rheinfall - Lucerne

1.30pm - Selepas makan tengahari dan berjalan-jalan di sekitar Tasik Titisee, Jerman, rombongan kami meneruskan perjalanan ke Lucerne, Switzerland. Gambar-gambar di bawah nie diambil ketika dalam perjalanan tersebut.

 Cantik dan bersih 

Hijau....

 Memang banyak sungguh tumbuhan kuning nie...

Wednesday, May 12, 2010

Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 1) : Stuttgart - Titisee

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Untuk entry sebelum ini, sila ke SINI.

Untuk entry kali ini dan berikutnya, saya akan membahagikan setiap hari kepada beberapa bahagian bagi memendekkan sedikit entry dan supaya tidak terlalu padat.


Eurotrip Travelogue (DAY 3 - Part 1) : Stuttgart - Titisee

Hari Ketiga - Khamis (29 April 2010) - Bahagian 1 : Stuttgart - Titisee

 Membiasakan diri jadi 'orang putih'

6.15am - Breakfast di hotel..apa yang boleh dimakan? Hanyalah roti, croissant, dan roti..eh, ade corn flakes.. =)

Tepat jam 8.30am, rombongan kami mula bertolak dari hotel untuk menuju ke lokasi seterusnya, Titisee, Jerman.

 Bye-bye nH Hotel, Stuttgart~

 Melintasi kawasan bandar menuju ke Titisee

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 13 & 14 (Daily Update!)

Basic Japanese For You (NHK) - Lesson 13 & 14 (Daily Update!)


Eurotrip Travelogue (DAY 1 & 2) : KL - Bahrain - Frankfurt - Stuttgart

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana saya sekeluarga telah selamat pergi dan pulang kembali ke Malaysia, tanah airku setelah bercuti hampir 2 minggu di negara orang. Terima kasih juga kepada Ayah, Ibu, dan Abang kerana telah men'support' sedikit sebanyak segala kos perbelanjaan saya ke dan semasa di Eropah ini.

Sepanjang hampir 2 minggu saya bercuti, kami empat sekeluarga (Ayah, Ibu, dan Abang) telah berkesempatan melawat ke 6 buah negara di Eropah, iaitu Jerman, Switzerland, Perancis, Belanda, Belgium, dan England. Kami mengikut rombongan travel & tours yang dikendalikan oleh syarikat POTO Travel & Tours Sdn. Bhd.

Umpama mimpi menjadi kenyataan, saya berasa sangat bertuah kerana dapat menjejakkan kaki ke negara-negara di Eropah ini untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan dan melihat kehidupan orang di negara lain. Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini, saya akan ceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya berada di bumi Eropah ini.

(Apsal ayat macam buku teks darjah 6 nie? alamaek..)

Monday, May 10, 2010

Suatu hari di Stamford Bridge..

Pada 7 Mei 2010, tiket stadium sudah pun sold out..mungkin dah sold out bulan lepas kot? =P

 Sambutan gol yang menarik dari Drogba dan Malouda

 Pada 9 Mei 2010, Chelsea membelasah Wigan dengan jaringan 8-0 di Stamford Bridge, sekali gus menabalkan Chelsea sebagai juara EPL. Golden Boot dimenangi Didier Drogba dengan 29 gol, Petr Cech dan Pepe Reina pula berkongsi Golden Gloves dengan 17 clean sheets.



Mari kita lihat pola ini :

7-2 Sunderland (beza gol = 5)
7-1 Chelsea vs Aston Villa (beza gol = 6)
7-0 Chelsea vs Stoke (beza gol = 7)
8-0 Chelsea vs Wigan Athletic (beza gol = 8)

Kesimpulan = Terbaek!!

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan