Friday, 30 April 2010

Saya cuti kejap dari blogging.. =)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera..

 Cuti kejap ye.. =)

Terima kasih kepada semua yang berkunjung @ blogwalking ke blog ini. Saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat membalas kunjungan anda semua kerana sekarang saya tengah bercuti dan tidak berkesempatan untuk post entry baru. Insyaallah saya akan post entry mengenai percutian saya apabila mempunyai waktu lapang.

Sekian terima kasih! =)

Monday, 26 April 2010

Chelsea 7 - 0 Stoke City : Kau buat aku tersenyum ^___^


Setelah tewas 2-1 kepada Tottenham Hotspurs minggu lepas, Chelsea berjaya mendapatkan kembali momentum yang diperlukan bagi menjuarai EPL pada musim ini setelah membelasah pasukan pertengahan, Stoke City dengan jaringan 7 gol berbalas kosong di Stamford Bridge.

 Kalou menjaringkan hatrick!

Ia merupakan kali ketiga pada musim ini Chelsea berjaya menjaringkan 7 gol dalam satu-satu perlawanan liga setelah menang 7-2 menentang Sunderland, dan 7-1 menentang Aston Villa, kesemuanya di Stamford Bridge!

Antara perkara menarik dari perlawanan ini

Salomon Kalou berjaya menjaringkan hatrick pertamanya untuk Chelsea pada perlawanan ini, selain Lampard (2 gol), Sturridge, dan Malouda.


Berikut ialah statistik perlawanan :


Baca laporan penuh di SINI.
Rating Pemain di SINI.

 Man of the match - Salomon Kalou (21)

Saturday, 24 April 2010

Sertai Kami Di KICKERS!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera


KICKERS! - Sebuah lagi projek barisan..eh..tak tak tak..

KICKERS! - Sebuah lagi clan WE/PES dari Malaysia yang baru diwujudkan bagi mengumpulkan para kipas susah mati game Winning Eleven (WE) atau Pro Evolution Soccer (PES) di seluruh Malaysia. Tidak kira anda pemain versi PC, PS3 mahupun XBOX360, semuanya dialu-alukan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ahli-ahli clan ialah menyertai pertandingan WE/PES yang dianjurkan di seluruh Malaysia, sesi training, liga online, gathering, dan macam-macam lagi.

Mari sertai group Facebook kami di SINI.

Sertai juga group Facebook Winning Eleven Malaysia di SINI.

Artikel Berkaitan - Spotgamers

Thursday, 22 April 2010

Terima Kasih dan Pengumuman Ringkas


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjadi follower blog yang tak seberapa ini. Awal pagi tadi, angka 500 followers telah pun dicecah, dan orang yang bertuah tersebut ialah Cik myazaraByong. =)

Kedua, bersempena dengan peningkatan jumlah follower dan jumlah link exchange, saya telah membuat keputusan untuk mengumpulkan link rakan-rakan blogger sekalian di satu blog khas, di SINI. Diharap dengan ini dapat memudahkan proses blogwalking dan sekaligus melihat kesemua link menarik yang saya selalu lawati.

Di blog ini (bLue iS tHe coLouR), cuma 25 blog post terbaru sahaja yang akan kelihatan, dan memandangkan banyak blog yang update setiap hari, maka akan terdapat 2-3 blog yang tidak kelihatan melainkan anda klik Show All. Kalau set show all di blog option pun, nanti terlalu banyak pulak kat sidebar nie.

Pada mulanya ada terfikir nak guna aplikasi link exchange yang menarik dan cool macam di SINI, tapi bila fikir balik, ia cuma sediakan nama dan link, tapi tidak menunjukkan latest update bagi setiap blog. Jadi, saya berpendapat lagi senang kalau orang dapat melihat melalui senarai yang menunjukkan latest update berbanding nama sahaja. Apa-apa pun terpulang kepada masing-masing. =)

Kepada rakan-rakan yang nak meninggalkan link, silalah ke areev19's Bloglist.

Sekian, terima kasih. 

Wednesday, 21 April 2010

Kenapa orang kita.......

Kenapa orang kita.......


1. Mudah Melatah?
Melatah yang dimaksudkan bukanlah penyakit melatah yang memang sinonim dengan orang kita. Mudah melatah yang dimaksudkan :
Bila ada benda baru muncul, mula lah orang ramai teruja dan berlumba-lumba nak dapatkan atau nak cuba. Sama juga kalau ada sesuatu isu timbul, mula lah orang ramai berlumba-lumba memberi pendapat dan nak menjadi hero. Berfikir dahulu sebelum bertindak? Hurmmm....

2. Mudah Melenting?
Tidak boleh ditegur. Bila ditegur mulalah nak melenting dan mengutuk sedangkan apa yang ditegur mungkin demi kebaikan. Kenapa sukar untuk menerima teguran? Kita bukan sempurna untuk tidak boleh menerima teguran. Cubalah fikirkan dahulu rasionalnya teguran tersebut sebelum bertindak balas.

3. Tak Sabar?
Kat traffic light tak sabar, kat lebuh raya tak sabar, nak jadi kaya tak sabar, nak minta tolong orang tapi tak sabar, dan berbagai-bagai lagi yang boleh dikaitkan dengan tak sabar. Lupakah kita akan "Biar Lambat Asal Selamat", Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit", atau "Takkan lari gunung dikejar"?

4. Buat Salah Tapi Buat Muka Tak Bersalah?
Bila dah buat atau 'ter'buat salah, sekurang-kurangnya tunjuklah reaksi memohon maaf atau tidak disengajakan. Tapi yang berlaku ialah orang yang bersalah langsung tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah, berlalu pergi begitu sahaja, malah tak memandang langsung orang yang telah dia buat salah. Susah sangat ke nak mengaku kesalahan? Kena bayar RM1 juta ke kalau nak minta maaf?

5. Berlagak / Sombong Tak Kena Gaya?
Ada pangkat,ada ilmu, ada harta lebih sikit daripada orang lain, mulalah berlagak tak ingat. Tak perlu dihuraikan, boleh faham sendiri.

6. Mudah Diprovoke?
Bila kena provoke sikit, mulalah hilang pertimbangan, keluar segala jenis caci maki, panggil keluar semua kaum kerabat datang tolong, dan sebagainya. "Pantang dicabar" kononnya. Takkanlah orang cabar makan taik, kita nak makan taik? Berfikir dahulu sebelum bertindak, janganlah terlalu mudah jatuh ke dalam perangkap.

7. Mudah Percaya Sesuatu Perkara?
Tak semua khabar angin atau sesuatu berita itu benar dan boleh dipercayai. Surat berantai lah, gambar superimpose lah, dan lain-lain lagi. Terima berita atau sesuatu khabar angin itu boleh, tapi janganlah percaya bulat-bulat. Buatlah kajian atau survey dahulu sekurang-kurangnya.

8. Suka Ambil Kesempatan?
Apa sahaja kesempatan yang ada, gunakan sepenuhnya, tak kiralah benar atau salah, halal atau haram. "Sambil Menyelam Minum Air". Yang lemah mudah ditipu dan semakin tertindas, yang kuat semakin bebas dan bermaharajalela. Istilah cable, kroni, dan sebagainya bukan lagi perkara asing.

9. Double Standard?
Kalau tengok tv, temuramah dengan orang asing yang datang ke negara kita, mesti mereka akan kata yang orang-orang kita sangat peramah dan mesra. Layanan kepada orang asing mungkin ya, tapi hakikat sebenar macam tu ke? Kalau orang kita tak kenal, jangan kata senyum, pandang pun kadang-kadang tidak. Layanan orang kita mesra? Kalau kat kedai makan tu, pekerja yang datang ambil order, kadang-kadang senyum pun tidak. Bila buat salah, langsung minta maaf pun tidak.
Bila seorang yang tidak terkenal memberi teguran ikhlas, orang akan beranggapan "kau siapa nak nasihat aku?", mulalah nak melenting dan sebagainya. Tapi bila orang terkenal yang memberi teguran atau ucapan, orang akan terima bulat-bulat apa yang dinyatakan.
Orang kita juga terlalu mengagungkan orang luar, tapi orang dalam negeri sendiri tidak dipeduli dan dipandang rendah. Senang kata, kalau orang A,semua boleh, kalau orang B,semua tak boleh. Berat Sebelah!


Aku tak kata semua orang kita buat 9 perkara di atas ni, cuma segelintir sahaja...Apa-apa pun,

Renung-renungkan, Selamat Beramal, dan Lu Fikirlah Sendiri..

Sekian..


p/s : Lepas baca artikel ni, mungkin ada orang yang akan kata, "macam lah kau tu (penulis) bagus sangat nak komen-komen orang kita" dan sebagainya. Ya, aku sedar kekurangan diri sendiri dan tak pernah mengatakan diri ini sempurna. Aku juga tak menafikan yang aku pernah melakukan perkara-perkara yang ditulis tu. Tapi apa salahnya kita mengambil inisiatif untuk saling mengingati sesama kita supaya dapat berubah ke arah yang lebih baik?
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2027 Player

eFootball 2027 Player
PS4/PS5 & Mobile