Wednesday 21 April 2010

Kenapa orang kita.......

Kenapa orang kita.......


1. Mudah Melatah?
Melatah yang dimaksudkan bukanlah penyakit melatah yang memang sinonim dengan orang kita. Mudah melatah yang dimaksudkan :
Bila ada benda baru muncul, mula lah orang ramai teruja dan berlumba-lumba nak dapatkan atau nak cuba. Sama juga kalau ada sesuatu isu timbul, mula lah orang ramai berlumba-lumba memberi pendapat dan nak menjadi hero. Berfikir dahulu sebelum bertindak? Hurmmm....

2. Mudah Melenting?
Tidak boleh ditegur. Bila ditegur mulalah nak melenting dan mengutuk sedangkan apa yang ditegur mungkin demi kebaikan. Kenapa sukar untuk menerima teguran? Kita bukan sempurna untuk tidak boleh menerima teguran. Cubalah fikirkan dahulu rasionalnya teguran tersebut sebelum bertindak balas.

3. Tak Sabar?
Kat traffic light tak sabar, kat lebuh raya tak sabar, nak jadi kaya tak sabar, nak minta tolong orang tapi tak sabar, dan berbagai-bagai lagi yang boleh dikaitkan dengan tak sabar. Lupakah kita akan "Biar Lambat Asal Selamat", Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit", atau "Takkan lari gunung dikejar"?

4. Buat Salah Tapi Buat Muka Tak Bersalah?
Bila dah buat atau 'ter'buat salah, sekurang-kurangnya tunjuklah reaksi memohon maaf atau tidak disengajakan. Tapi yang berlaku ialah orang yang bersalah langsung tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah, berlalu pergi begitu sahaja, malah tak memandang langsung orang yang telah dia buat salah. Susah sangat ke nak mengaku kesalahan? Kena bayar RM1 juta ke kalau nak minta maaf?

5. Berlagak / Sombong Tak Kena Gaya?
Ada pangkat,ada ilmu, ada harta lebih sikit daripada orang lain, mulalah berlagak tak ingat. Tak perlu dihuraikan, boleh faham sendiri.

6. Mudah Diprovoke?
Bila kena provoke sikit, mulalah hilang pertimbangan, keluar segala jenis caci maki, panggil keluar semua kaum kerabat datang tolong, dan sebagainya. "Pantang dicabar" kononnya. Takkanlah orang cabar makan taik, kita nak makan taik? Berfikir dahulu sebelum bertindak, janganlah terlalu mudah jatuh ke dalam perangkap.

7. Mudah Percaya Sesuatu Perkara?
Tak semua khabar angin atau sesuatu berita itu benar dan boleh dipercayai. Surat berantai lah, gambar superimpose lah, dan lain-lain lagi. Terima berita atau sesuatu khabar angin itu boleh, tapi janganlah percaya bulat-bulat. Buatlah kajian atau survey dahulu sekurang-kurangnya.

8. Suka Ambil Kesempatan?
Apa sahaja kesempatan yang ada, gunakan sepenuhnya, tak kiralah benar atau salah, halal atau haram. "Sambil Menyelam Minum Air". Yang lemah mudah ditipu dan semakin tertindas, yang kuat semakin bebas dan bermaharajalela. Istilah cable, kroni, dan sebagainya bukan lagi perkara asing.

9. Double Standard?
Kalau tengok tv, temuramah dengan orang asing yang datang ke negara kita, mesti mereka akan kata yang orang-orang kita sangat peramah dan mesra. Layanan kepada orang asing mungkin ya, tapi hakikat sebenar macam tu ke? Kalau orang kita tak kenal, jangan kata senyum, pandang pun kadang-kadang tidak. Layanan orang kita mesra? Kalau kat kedai makan tu, pekerja yang datang ambil order, kadang-kadang senyum pun tidak. Bila buat salah, langsung minta maaf pun tidak.
Bila seorang yang tidak terkenal memberi teguran ikhlas, orang akan beranggapan "kau siapa nak nasihat aku?", mulalah nak melenting dan sebagainya. Tapi bila orang terkenal yang memberi teguran atau ucapan, orang akan terima bulat-bulat apa yang dinyatakan.
Orang kita juga terlalu mengagungkan orang luar, tapi orang dalam negeri sendiri tidak dipeduli dan dipandang rendah. Senang kata, kalau orang A,semua boleh, kalau orang B,semua tak boleh. Berat Sebelah!


Aku tak kata semua orang kita buat 9 perkara di atas ni, cuma segelintir sahaja...Apa-apa pun,

Renung-renungkan, Selamat Beramal, dan Lu Fikirlah Sendiri..

Sekian..


p/s : Lepas baca artikel ni, mungkin ada orang yang akan kata, "macam lah kau tu (penulis) bagus sangat nak komen-komen orang kita" dan sebagainya. Ya, aku sedar kekurangan diri sendiri dan tak pernah mengatakan diri ini sempurna. Aku juga tak menafikan yang aku pernah melakukan perkara-perkara yang ditulis tu. Tapi apa salahnya kita mengambil inisiatif untuk saling mengingati sesama kita supaya dapat berubah ke arah yang lebih baik?

19 comments :

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

orang kita memang cm ni

kan kan kan?

areev19 said...

hurmm..yer.. :|

Rina Rossoneri said...

hmmm 'orang lain' pun mesti akan ada gak perangai macam ni..bukan 'orang kita' je... ;)..apa2 pon, ambil ikhtibar diri kita jgn jadi macam tuh.. :)

ferienza hezra fara said...

cik para pelatah jua
tapi belom terok lg
aha

areev19 said...

rossoneri : yerp, kalau nak diikutkan memanglah sifat manusia ni orang kat mana-mana pun sama. ;)

ferienza hezra fara : errk..yer ker? :)

areev19 said...

Kepala Bergetar : yerp..setuju dengan anda ;)

p/s : ganas tuh nama! :D

Pena Crystal said...

hoho..ini sume sudah sgt biasa dengan org kita.Zaman sudah maju tapi org2 masih tetap di takuk yang sama.Susah nak diubah..huhu

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

sbb org melayu ada dalm zon selesa.. ouCHH

akuvision said...

Rasanya bukan orang kita je, orang kat luar sana lagi bahaya

areev19 said...

akuvision : yerp..kene berhati2 :)

aida said...

ermmmm mmg mcm ni..

~

Nand Nasyari said...

huhu..org kita ea...
nand la cmtu...
kebanyakan nye cm nand je..hoho~

areev19 said...

nand : uit..eheeh..xpe2..normal kot? :)

nich said...

hahaha betol2.. sokong sangat.. kenapalah orang kite.. kuikui

NurSya said...

hmmm..biase la 2..typically rmai yg cm 2..n kdg2 kte pn cm 2 jgak...!!! hahak..:) btw, nice entry...<3

areev19 said...

Nuraisyyah : yer2.. ;)

Anonymous said...

i pon jenis x blh sabar. jenis panas baran... tamabh lg klu bab nak menunggu, mmg cepat sgt naek darah. my mum ckp, i mmg dr kecik mcm neh... haha.

Anonymous said...

Sebab tak ada orang yang 100% sempurna.
Tapi kalau kita semua 100% sempurna,
kita tidak akan fikir soalan-soalan macam ini.

Kalau kita tak fikir tentang soalan begini, kita dapat menyempurnakan diri sendiri.

Ini cuma jawapan sebahagian soalan-solan kamu.
Yang mana kamu kena cari sendiri.

areev19 said...

1ondoncalling : Yerp, saya setuju dan terima kasih di atas komen anda.
=)

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile