Tuesday, 6 September 2022

[Review] Hotel : Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt, Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

[Review] Hotel : Barbie Ultimate Staycation by Grand Hyatt, Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

"This is the best hotel ever!" Itulah ungkapan anak kecil kami ketika berada di hotel ini beberapa hari yang lalu. 

Sempena nak meraikan hari lahir anak perempuan kesayangan kami pada tahun ini yang meminati Barbie, saya dan isteri telah memilih Barbie Ultimate Staycation, iaitu satu pakej yang ditawarkan oleh Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Info Asas :

Tarikh Check In : 30/07/2022

Tarikh Check Out : 31/07/2022

Jenis Bilik/Pakej : Made In Malibu (2 adults, 1 child) - pakej termasuk RM300 dining credit di THIRTY8 Restaurant, RM200 diskaun (bersyarat) di Le Petit, breakfast, dan afternoon tea di Barbie Cafe.

Harga : RM2520/1 malam 

Tempahan terus di laman web barbiestaycation.com


Parkir : ⭐️⭐️⭐️⭐️

Terdapat kawasan parkir basement di hotel ini, dan anda perlu menggunakan kad Touch 'n' Go. Untuk pakej kami, parkir adalah percuma, kami cuma perlu 'validate' kad kami di kaunter check in/out hotel. 


Lobby & Check In : ⭐️⭐️⭐️⭐️

Terdapat 2 lift berbeza di sini, satu daripada kawasan parkir ke tingkat G dan satu lagi daripada tingkat G ke tingkat 38 (tingkat L), Lobby, dan bilik penginapan. Proses check in kami sedikit kurang lancar sebab masa mula-mula sampai kaunter, seorang staf meminta kami tunggu sebentar untuk check in bilik atau pakej kami. Setelah hampir 10 minit kami menunggu, kami cuba bertanya kepada staf lain di kaunter, dan dia kata boleh je check in bilik kami di kaunter check in tersebut. Pulakkk... entah apa dia si Timothy (nama staff yang minta kami tunggu tadi) ni baru kerja ke? Nasib baik staf yang menguruskan urusan check in kami bijak menjaga hati pelanggan, dia minta maaf dan layan kami dengan profesional. 

Info berdekatan lobby di tingkat G.

Lift dari kawasan parkir. Terus je naik ke tingkat L untuk check in.


Salah satu kaunter check in di tingkat L.

Nak beli buat buah tangan atau kenangan?

Ni ha harga dia, RM388.

Bilik Penginapan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Selepas urusan check in, kami diiringi oleh seorang staf bernama Ashraf yang membawa kami ke bilik penginapan kami. Tingkat 33 merupakan tingkat khas yang menempatkan bilik-bilik untuk pakej Barbie ini. Terdapat hiasan-hiasan bertemakan Barbie dan warna pink yang pastinya menjadi tempat untuk bergambar sebaik sahaja anda keluar dari lift. Bilik untuk pakej Made In Malibu ini memang menjadi tarikan utama kepada pelanggan. Terdapat juga bilik jenis 'suite' yang pastinya lebih mewah dan luas, tapi harganya pun 2 kali ganda dari bilik standard. Untuk lebih detail pasal apa yang ada dalam bilik standard untuk pakej Made In Malibu ini, sila rujuk setiap gambar yang saya sertakan dalam artikel ini. 

Di tingkat 33, khas untuk bilik-bilik pakej Barbie.

Info pada sampul kad bilik.


Kad bilik.

Voucher breakfast.

Staf bernama Ashraf mengiringi kami ke bilik dan memberikan sedikit penerangan.

Dapat gift.



Ada dapat hadiah dalam beg ni, dapat 1 patung Barbie Mermaid dan 1 set sayap rama-rama yang boleh dipakai oleh kanak-kanak.

Pintu bilik dari dalam.


Katil King Size ni memang empuk. Lena tidur malam tu.


Lokasi bergambar depan cermin.

Patung Barbie untuk display je.


Haaa... ada doll house. Siap ada jeep warna purple. Ada 3 patung Barbie disertakan untuk anak anda main.


Gula-gula Barbie dan energy bar.

Set minuman.

Ada susu dan minuman tin dalam peti sejuk. Minuman tin tu air oren ya, bukan minuman keras.

Jeli dan marshmallow pun ada.

Set teh berwarna pink.

Haa.. pilih nak dress up macam mana. Tapi semua saiz kanak-kanak je la ye? Untuk mak dan ayah ada bathrobe je.

Paperbag Barbie yang boleh digunakan masa check out nanti.

Ada bathtub dan shower.

Tandas duduk pula asing di bilik lain berhadapan dengan bilik shower dan bathtub.

Sinki untuk cuci make up, basuh tangan, atau gosok gigi.

Dapat berus gigi dan Colgate edisi Barbie.

Meja solek dan aksesori untuk kanak-kanak.




Meja kerja dan televisyen.



Ni antena wifi kot?




Dari awal kami masuk bilik tv ni dah terpasang animasi Barbie secara non-stop.

Rupanya ada Netflix. Animasi Barbie tadi dari Netflix la.




Pemandangan KLCC dari bilik penginapan kami. Not bad kan? Tapi kalau anda nak bilik penginapan hotel yang mempunyai view KLCC yang paling cantik, maka anda haruslah pergi ke Hotel Traders.



Kami memang ada request sempena birthday anak kecil kami. Jadi mereka telah sediakan kek ni di dalam bilik penginapan kami.


Kemudahan Lain : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Terdapat swimming pool untuk dewasa dan kanak kanak di tingkat 2. Anda perlu tempah dahulu untuk gunakan swimming pool, dan had masa adalah 1 jam sahaja. Barbie Cafe terletak di kawasan swimming pool, dan ada logo Barbie di tepi swimming pool untuk anda mengambil gambar. 

Swimming pool untuk dewasa.

Swimming pool untuk kanak-kanak.

Terdapat Locker Room berdekatan dengan swimming pool dewasa. Boleh lah simpan barang berharga di sini.


Kunci menggunakan kod.

Dinner : ⭐️⭐️⭐️⭐️

Kami memilih untuk menggunakan dining credit RM300 yang diberikan dalam pakej kami di Restoran THIRTY8. Suasananya agak gelap dan mungkin romantik bagi mereka yang inginkan suasana sedemikian. Ada jugalah kami nampak pasangan yang membawa bunga dan sebagainya bagi meraikan hari bahagia mereka. Yang sambut birthday pun boleh kata selang beberapa belas minit ada je kedengaran staf hotel yang menyanyikan lagu happy birthday. Dining credit RM300 tu banyak, tapi masih tak cukup untuk kami makan 3 beranak, kena jugalah top up sedikit. Rasa makanannya pula bagi saya biasa-biasa je. Mungkin sebab tekak tak selalu kena makanan mahal kot? Lol 😗


Breakfast : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Untuk breakfast, terdapat 2 pilihan restoran, yang pertama di tingkat G, dan satu lagi di tingkat 38 (Restoran THIRTY8). Di tingkat G, restorannya dibuka jam 8am, manakala kalau anda nak sarapan lebih awal, Restoran THIRTY8 adalah pilihan anda. Kalau tak silap bermula jam 7.30am. Kami breakfast di Restoran THIRTY8, kerana kami turun sarapan sebelum jam 8am sebab tak nak sesak dan ramai orang. Terdapat 2 pilihan makanan di sini, iaitu makanan Western dan Chinese. Kedua-duanya sedap. Yang bestnya kalau anda dinner atau breakfast di sini, anda boleh duduk di meja berlatarbelakangkan bangunan KLCC dan Menara KL. Berada di tingkat 38 memang satu kelebihan!


Afternoon Tea : ⭐️⭐️⭐️⭐️

Sila rujuk dalam blog post saya yang akan datang untuk review saya tentang afternoon tea di Barbie Cafe.


Check Out : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Urusan late check out kami lancar. Boleh late check out pada pukul 2pm (normal 12pm), tapi anda perlu bagitahu semasa check in bilik. Tiada charge tambahan dikenakan. Anda boleh validate kad Touch 'n' Go anda ketika check out. Ianya sah untuk satu entry dan tiada had masa. Kiranya kalau anda dah validate dan kemudian nak lepak menikmati afternoon tea di Barbie Cafe pun tak ada masalah.


Kesimpulan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Pengalaman Barbie Ultimate Staycation di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur ni memang best, terutamanya kalau anda ada anak perempuan atau pasangan anda memang peminat Barbie. Biliknya penuh tema Barbie, siap ada Barbie punya 'doll house', ada pakaian-pakaian dan kelengkapan berhias untuk kanak-kanak perempuan bertemakan 'superstar', siaran tv Netflix, dan kemudahan-kemudahan asas yang lain. 

Untuk pakej Made In Malibu yang kami pilih, kami dapat bilik penginapan bertemakan Barbie, dapat dining credit bernilai RM300 di Restoran THIRTY8, dapat breakfast di Restoran THIRTY8, dan juga dapat afternoon tea di Barbie Cafe. Kalau dikira bayar semua tu secara berasingan untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak, memang berbaloi lah ambil terus pakej Barbie Ultimate Staycation ni. 

Nak datang lagi? Kalau ada rezeki lebih why not? Sebab anak kami sangat enjoy dan siap cakap "this is the best hotel ever!" 😂



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile