Dah lama nak pergi, dan akhirnya berkesempatan singgah beberapa minggu yang lalu. Kami cuma masuk ke bangunan utama muzium je. Kalau ikutkan ada lagi Muzium Orang Asli dan dewan pameran lain seperti pameran Dunia Naga yang sedang berlangsung di sana pada waktu itu.
Harga tiket cuma RM2 bagi dewasa (murah gaiss!!), dan percuma bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
Di bangunan utama Muzium Negara ni terdapat 4 ruang dewan atau galeri, yang dibahagikan mengikut zaman. Bermula dari sejarah Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, kerajaan awal di Tanah Melayu, zaman sebelum Merdeka, zaman selepas Merdeka, dan zaman sekarang, iaitu memaparkan antara kejayaan-kejayaan Malaysia di mata dunia.
Kalau anda bukan jenis membaca dan mengamati setiap barang pameran, mungkin boleh habis pusing muzium ni kurang dari 30 minit. Tapi lebih baik luangkan sedikit masa membaca sejarah yang informasi yang disediakan.
Terdapat kawasan parkir kenderaan yang luas di sini, jadi rasanya tak timbul isu susah dapatkan parkir. Tapi anda perlu gunakan kad Touch 'n' Go, dan tiket parkir tidak disediakan. Sekarang dah zaman cashless (tanpa duit tunai). Jangan risau, kaunter untuk tambah nilai ada di sini.
Terdapat Stesen MRT Muzium Negara kalau anda nak datang ke sini dengan MRT. Jadi agak mudah juga nak datang sini. Terdapat gerai jualan dan restoran kalau anda nak hilangkan rasa lapar selepas mengkaji sejarah.
Kesimpulannya, saya recommend dan galakkan anda semua pergi ke Muzium Negara, dan hargailah sejarah negara kita.
No comments :
Post a Comment