Thursday 1 September 2022

Pengantin baharu? Sila jadi insan bertanggungjawab


Anda biasa nampak tak, penunjuk arah kenduri yang dipasang pada tiang, contohnya tiang lampu isyarat seperti ini yang tak dicabut dan dibiarkan begitu sahaja sampai luntur warna atau mereput? Ianya sangat mencemari pemandangan.

Sedarkah anda, terdapat banyak penunjuk arah kenduri majlis kenduri kahwin yang dibiarkan sahaja mereput dan tidak ditanggalkan walaupun majlis dah selesai?

Buat bakal pengantin yang nak pasang penunjuk arah macam ini, lepas kenduri, tolonglah ada rasa bertanggungjawab untuk cabut balik selepas selesai majlis kenduri. Janganlah dibiarkan sahaja sampai koyak, berkulat, atau luntur warna dan tulisan macam ini, dan ada yang tertanggal sendiri dan jadi sampah yang mencemar pemandangan kejiranan dan kawasan setempat.

Jadilah insan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri, pasangan, dan keluarga sendiri, tapi juga kepada orang ramai dan persekitaran.

Mentaliti.

Sekian, nasihat.

No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile