Friday 6 April 2012

ChinaTrip Travelogue (DAY 8) : Shanghai - Hong Kong - KLIA

ChinaTrip Travelogue (DAY 8) : Shanghai - Hong Kong - KLIA

Hari Kelapan - Jumaat (28 Oktober 2011)

Hari terakhir di bumi China dan Shanghai. 

Rombongan kami turun ke lobi seawal 3.30am kerana flight kami pada hari tersebut adalah pada jam 7.40am. 

4.36am - Rombongan kami bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.

5.15am - Tiba di lapangan terbang.


Peserta rombongan mengambil bagasi masing-masing.

Balai pelepasan.


Akhirnya dapat tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia yang tercinta !

7.45am - Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong untuk transit.

10.12am - Mendarat di Hong Kong. Transit di sini untuk lebih kurang 2 jam.

Kapal terbang yang kami naiki. DRAGONAIR.

Terdapat perkhidmatan internet percuma di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ini. Dan percaya tak, kedua-dua orang di atas ni menggunakan internet tersebut untuk melayari laman web Facebook. Untuk yang tidak tahu, Tanah Besar China mengharamkan atau memblock laman web Facebook, tapi tidak di Hong Kong. 

Waktu penerbangan kami. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia !



12.18pm - Mula memasuki kapal terbang.

1.15pm - Kapal terbang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong menuju ke KLIA.


Ketika dalam flight, saya sempat menonton 2 filem, iaitu '127 Hours' dan 'Kung Fu Panda 2'. Memang tak terasa pun perjalanan yang panjang bila ada sesuatu untuk dibuat kan?

Indahnya alam !

4.29pm - Kapal terbang selamat mendarat di KLIA.

Saya dan kedua ibu bapa disambut oleh abang-abang dan kakak ipar sebaik keluar dari balai ketibaan.

Singgah di R&R Dengkil untuk berehat sebentar dan makan satay Kajang Samuri. Abang sulung dan anak saudara saya, Aqid, yang berumur 9 bulan ketika itu.

Abang kedua dan isteri

Rindu makanan Malaysia. 


Kompilasi gambar Aqid yang comel ! ;)




Kebetulan nampak tanda ini di salah satu kedai di R&R Dengkil. Beberapa hari sebelum itu Manchester United tewas kepada Manchester City 1-6. MAUTED? LOL

Dan buat pertama kalinya saya dapat melihat 'Double Rainbow' secara live di depan mata. Cantik bukan? Tapi sayang ianya cuma kelihatan dalam waktu yang singkat. Sekejap je, lepas itu hilang sebab hujan lebat pada hari itu.


---------------------------------------------------------------------------------

Berakhir juga akhirnya entry saya mengenai ChinaTrip Travelogue ini. Walaupun cuma 8 hari, tapi saya ambil masa selama 5 bulan untuk siapkan, berbeza dengan entry Eurotrip saya pada tahun 2010 dahulu yang saya siapkan hanya dalam masa sebulan. Mungkin kerana sekarang saya semakin sibuk dan jarang mengemaskini blog seperti dulu, jadi semuanya asyik bertangguh.

ChinaTrip Travelogue ini saya tulis untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan kenangan dengan pembaca blog, yang mungkin ingin dan berminat melancong ke China, tidak kira sama ada menggunakan agensi pelancongan atau pun persendirian. Saya juga jadikan ia sebagai 'diari' yang mana saya boleh gunakan untuk mengimbau kenangan suatu hari nanti.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ayah dan Ibu yang menanggung perbelanjaan ke China ini dan semua ahli keluarga yang lain yang sentiasa mendoakan keselamatan kami sepanjang di China. 

Terima kasih kepada Encik Zulhazmi, sebagai Tour Leader atau Ketua Rombongan kami yang sentiasa peka dan bijak dalam menguruskan pelbagai perkara sepanjang kami di China ini, dan semua ahli rombongan yang turut sama terlibat dalam kenangan ini. Semoga hubungan silaturrahim kita semua tidak terhenti setakat disitu. 

Ini adalah kali kedua saya dan keluarga memilih Syarikat POTO Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai agensi pelancongan kami, kali pertama ketika ke Eropah, pada tahun 2010. Pakej Muslim dengan harga berpatutan yang ditawarkan menjadi faktor utama pemilihan syarikat tersebut. Diharapkan POTO akan terus maju lagi dan dapat menyediakan perkhidmatan lebih baik dari masa ke semasa.


Sekian, terima kasih.


 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile