ChinaTrip Travelogue (DAY 7) : Shanghai Pudong Airport
Hari Ketujuh - Khamis (27 Oktober 2011)
Hari ketujuh di China.
Kami diberitahu malam semalam yang kami perlu berkumpul di lobi hotel pada jam 8.30am sebelum bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong. Namun, secara tiba-tiba, kami diberitahu oleh Encik Zul, Tour Leader kami bahawa waktu flight kami telah dipercepatkan.
Kerana kebanyakan dari peserta rombongan kami telah turun dan berkumpul di lobi lebih awal, maka dapat juga kami bertolak ke lapangan terbang lebih awal dari waktu yang diberitahu semalam.
2.57pm - Gerak balik ke hotel.

Peserta rombongan terus memasukkan bagasi ke dalam bas sebaik turun ke lobi hotel.
7.55am - Bas bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.
Jambatan menyerupai Jambatan Pulau Pinang yang terdapat di Shanghai.
Termometer gergasi yang dapat dilihat ketika dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.
Nasib nampaknya kurang menyebelahi kami kerana jalan menuju ke lapangan terbang pada pagi itu sangat sesak.
26 km lagi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.
8.55am - Akhirnya rombongan kami tiba di lapangan terbang. Namun setelah menunggu kira-kira sejam, kami akhirnya diberitahu yang flight kami pada hari itu telah dibatalkan dan ditangguhkan ke hari esok. Jadi kami diberikan satu lagi hari untuk bermalam di Shanghai secara percuma yang ditanggung oleh pihak syarikat pelancongan.
Ibu saya sempat bergambar dengan baby warga tempatan di lapangan terbang. Rindu cucu di Malaysia.
11.53am - Sementara menunggu bas yang akan membawa kami kembali ke bandaraya Shanghai, saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar lapangan terbang.
12.22pm - Rombongan kami menaiki bas dan bergerak menuju balik ke bandaraya Shanghai.
TESCO atau Lu Wan Store?
1.05pm - Bas kami tiba di hotel semalam dan Tour Leader kami menguruskan bilik penginapan yang baru kepada semua peserta rombongan
1.27pm - Rombongan kami bergerak menuju ke restoran halal untuk makan tengahari. Kami diberitahu waktu perjalanan flight kami pada hari esok :
Shanghai ke Hong Kong (Transit) - 0740 hingga 1015hrs.
Hong Kong ke Kuala Lumpur - 1550 hingga 1640hrs.
1.53pm - Tiba di tempat makan tengahari.
2.57pm - Gerak balik ke hotel.
3.19pm - Tiba di hotel. Masa untuk berehat.
Bersambung ke entry berikutnya... Hari Kelapan - Jumaat (28 Oktober 2011) - Shanghai - Hong Kong - KLIA
1 comment :
wah,,untung dapat stay percuma sehari
Post a Comment