Friday 14 February 2014

Gunakan aplikasi PLUS Mobile untuk merancang perjalanan anda.


Baru-baru ini saya telah download aplikasi yang bernama PLUS Expressways - PLUS Mobile ini di smartphone Android saya. Saya dapati aplikasi ini amat berguna khususnya bagi pengguna jalanraya atau lebuhraya di Malaysia, terutamanya yang menggunakan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Jadi di blog post kali ini, saya ingin membuat sedikit review mengenai aplikasi Android ini.

Aplikasi PLUS Expressways ini boleh anda download secara percuma di Google App Store di PC atau menggunakan aplikasi Play Store di smartphone Android anda. 

Carian menggunakan aplikasi Play Store di smartphone Android.


Informasi mengenai aplikasi ini.

Setiap kali aplikasi ini dibuka, anda akan mendapati yang data akan dikemaskini dan diselaraskan menggunakan internet data plan atau wifi. Sila pastikan smartphone anda mempunyai capaian internet untuk mendapatkan update terkini daripada aplikasi ini.

Menu atau paparan utama aplikasi ini. Terdapat beberapa pilihan perkhidmatan yang disediakan.

Pilihan "Toll Plaza" akan menunjukkan anda kesemua plaza tol yang terdapat di sepanjang lebuhraya PLUS ini.

Pilihan "RSA & Lay-by" pula akan menunjukkan lokasi-lokasi perhentian Rehat & Rawat serta lokasi untuk berhenti rehat di sepanjang lebuhraya PLUS.

Antara contoh informasi yang diberikan di setiap lokasi RSA atau Lay-by.

Pilihan "Facilities" pula akan memberikan informasi stesen minyak dan ATM yang terdapat di semua lokasi RSA atau Lay-by.


Pilihan "Live Traffic" pastinya sesuatu yang amat penting kerana dengan menggunakan Google Maps, aplikasi ini dapat menunjukkan keadaan trafik semasa di jalanraya di Semenanjung Malaysia.

Garisan merah menunjukkan yang trafik sesak, garisan jingga menunjukkan trafik perlahan, dan garisan hijau menunjukkan trafik bergerak lancar.

Anda juga boleh lihat gambar keadaan semasa trafik dengan menyentuh pada ikon CCTV yang terdapat di atas peta. Contoh di atas ialah keadaan trafik di Sungai Buloh pada jam 10.33am (waktu screenshot ini diambil).

Keadaan trafik semasa di Slim River pada jam 10.34am.

Selain Lebuhraya PLUS, anda juga boleh melihat keadaan trafik di lebuhraya-lebuhraya lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Pilihan "Customer Service" pula akan memberikan informasi mengenai pejabat-pejabat yang biasanya terdapat di tepi plaza tol.

Contoh : Terdapat surau, tandas, dan tempat untuk topup Touch n Go di plaza tol Taiping.

Pilihan "PLUS Links" memberikan link-link yang berkaitan dengan perkhidmatan PLUS.

Anda juga boleh login akaun PLUSMiles menggunakan aplikasi ini.

Satu lagi kegunaan penting aplikasi ini adalah, anda boleh mendapatkan maklumat terkini daripada akaun Twitter Plusline, walaupun anda tidak mempunyai akaun Twitter.

Satu lagi fungsi penting yang boleh didapati adalah, anda boleh merancang perbelanjaan perjalanan anda, iaitu anda boleh melihat berapakah kos tol yang dikenakan untuk sampai ke destinasi anda.

Contoh : Saya telah memilih lokasi From (Changkat Jering) dan To (Damansara), menggunakan pilihan Class 1 (kereta), kos tol yang dikenakan adalah RM32.60. Mahal? *Kalau rasa mahal, jangan guna lebuhraya.

Pilihan "Nearby" pula memberikan informasi tempat-tempat yang ada berhampiran dengan lokasi anda.

Pilihan "More" di mana anda dapat membaca panduan dan mengubah settings aplikasi ini.


Aplikasi ini dibina oleh syarikat AVIVEN Sdn. Bhd. 

Komen :
Aplikasi ini mudah dan sangat berguna kepada semua pengguna jalan raya di Malaysia, khususnya jika anda ingin merancang perjalanan. Walaubagaimanapun, ianya bukan sebuah aplikasi GPS. Jadi kalau anda mencari aplikasi GPS yang mudah dan percuma, saya cadangkan anda download aplikasi WAZE.

Oh yea, blog post ini adalah tidak berbayar dan penulis sekadar menulis untuk berkongsi aplikasi menarik dan berguna dalam kehidupan seharian. Selamat mencuba!





No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile