Thursday, March 18, 2010

Review J-Dorama : Hatachi no Koibito

Review J-Dorama : Hatachi no Koibito

 Hatachi no Koibito / 20-years old Lover

Sinopsis :

Inoue Keisuke (Akashiya Sanma) merupakan seorang pekerja makan gaji yang berkeluarga, berumur 50 tahun dan tinggal di Osaka. Keisuke-san selalu bercerita mengenai kisah trilogi cinta silamnya kepada rakan-rakan sekerja dan tanpa disedari kisah cinta Keisuke-san telah diambil dan diolah menjadi novel yang sangat laris bertajuk 'Koizakura'. Penulis novel tersebut pula sebenarnya rakan karib Keisuke-san sejak kecil, iaitu Fuu-chan atau nama penanya Moriyama Ryuu (Ichimura Masachika) yang mengetahui kisah tersebut.

Keisuke-san 

 Yuri-chan

Ketika berada di Tokyo di atas urusan perniagaan, Keisuke-san tanpa diduga telah bertemu dengan Yuri (Masami Nagasawa), pekerja hotel tempat dia menginap yang wajahnya betul-betul seiras dengan Sawada Eri, iaitu bekas kekasih lama Keisuke-san dalam kisah cinta triloginya itu. Yuri, 20 tahun, merupakan pelajar yang bekerja secara part-time di hotel dan sedang mencari pekerjaan tetap dalam bidang design

 Keisuke-chan terkejut bertemu 'Eri' selepas 20 tahun

Kerana salah faham, Yuri telah menyangkakan bahawa Keisuke-san ialah Moriyama Ryuu, iaitu penulis novel terkenal dan sedikit demi sedikit cuba mendekati 'Moriyama Ryuu' untuk cuba mendapatkan pekerjaan tetap. Oleh kerana rasa ingin tahu dan kenangan lama yang kembali menghantui Keisuke-san, dia terus menyamar sebagai 'Moriyama Ryuu' agar dapat mendekati Yuri yang saling tak tumpah seperti Eri, bekas kekasih lama Keisuke-san. Keisuke mendapat bantuan Fuu-chan ataupun Moriyama Ryuu yang sebenar kerana Fuu-chan berharap dapat mengarang 'sekuel' bagi 'Koizakura' iaitu kesinambungan kisah cinta Keisuke-san.

Yuri / Masami Nagasawa

Siapakah sebenarnya Yuri? Apakah hubungan Eri, Yuri, dan Keisuke? Dan apakah kesudahan kisah cinta Keisuke-san?

Hatachi no Koibito

Komen :

Dorama ini tidaklah bosan untuk ditonton, dan beberapa scene berjaya membuatkan saya tersenyum. Kecomelan Masami Nagasawa juga merupakan antara faktor penting dalam dorama ini. Saya mula meminati Masami-chan sejak menonton lakonannya dalam dorama Proposal Daisakusen. Walaubagaimanapun saya sedikit tidak bersetuju dengan watak Keisuke-san, seorang lelaki berkeluarga berumur 50 tahun yang sanggup menipu semata-mata rasa ingin tahu dan ingin mendampingi gadis berusia 20 tahun hanya kerana dia seiras dengan bekas kekasih lama. Namun nilai murninya tetap ada, Keisuke-san tetap menjaga tatasusilanya dan tidak mengambil kesempatan ke atas Yuri walaupun hubungan mereka rapat.

RATING :

Tahap Mengantuk : 2/5
Tahap Keterujaan : 3/5
Tahap Jalan Cerita : 4/5
Tahap Nak Tgk Lagi : 2/5
Tahap Nak Marathon : 3.5/5
Tahap Logik : 4/5 
Tahap Kawaii : 5/5 (Masami-chan!!)
Tahap Lawak : 3.5/5
Tahap G-Wunk : 4/5
Tahap Sedih : 2.5/5 
Tahap Pengajaran/Nilai Murni : 4/5
Tahap Lagu Tema/OST : 4/5

7 comments :

Izyan Izzaty said...

uhh~ malangnyer cik izyan xminat tgk ceta korea . ngee~ tp no worries ! sedaya upaya akan mgumpulkn minat tuk neh :)

areev19 said...

Izyan Izzaty : err...nie bkan cite korea lew...cite jepun...sy xminat cte korea :)

Izyan Izzaty said...

yeke ?? umph~ xtw sgt lar . hakhakhak!!

rossoneri said...

sbenarnya kamu tgk cite ni sbb masami chan kan...ahahahaha

areev19 said...

rossoneri : alamaek...kantoi sudeyh.. :D

sue-sama said...

Waa..arigatoune!!!!!!!!! finally, i have found my fav blog :)

jdorama! thanx areev :)

areev19 said...

sue-sama : waaa...fav blog? terharu sy bace..thanx yer :)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan