Friday, March 12, 2010

6 minggu bersama GengBlogger, 15 Bulan Menjadi Blogger

6 Minggu bersama GengBlogger, 15 Bulan Menjadi Blogger


Assalamualaikum W.B.T.

Untuk post kali ini, saya sekadar nak berkongsi pengalaman dan info yang dapat saya rumuskan secara ringkas sepanjang 6 minggu bersama GengBlogger dan 15 bulan menceburi alam blog ini.


Sebab apa saya jadi blogger? Bagi anda pula, kenapa anda jadi blogger?

Dulu saya cuma melihat dan membaca blog kawan-kawan di universiti. Namun, lama kelamaan timbul rasa minat dalam diri saya untuk turut membuat blog sendiri, bukan sebab nak meniru atau mengikut arus peningkatan populasi blogger di Malaysia ni, tapi bagi saya blog merupakan suatu tempat yang sesuai untuk saya berkongsi pendapat, komen, info dan pengalaman yang saya tempuhi dalam kehidupan seharian.

Tujuan awal saya juga ialah untuk berkongsi dengan pembaca, iaitu rakan-rakan saya tentang perkara-perkara yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama, antaranya game, siri tv popular, mp3 dan sebagainya. Sebab itu dalam banyak post seperti review filem, video dan sebagainya, saya turut menyediakan links untuk download atau pun streaming. Bagi saya, benda atau perkara yang menarik lebih baik kita kongsi kan? Tak rugi pun.


GengBlogger? Saya mula dapat tahu melalui blog-blog yang saya kunjungi secara tidak sengaja. Terima kasih kepada banner GengBlogger yang dipaparkan. Sejak join GengBlogger ni, bilangan pengunjung ke blog saya sentiasa bertambah, dan apabila ditambah pula dengan aktiviti 'blogwalking' atau melawat ke blog-blog orang lain, traffic akan meningkat dengan mendadak. Terima kasih GengBlogger!

Berikut ialah rumusan ringkas yang dapat yang saya buat sepanjang 6 minggu bersama GengBlogger dan 15 bulan menjadi blogger :

**Data di bawah ni merujuk kepada data bulan lepas


Sejak join GengBlogger, traffic meningkat hasil lawatan rakan-rakan blogger. Terima kasih yer =)




Saya juga gembira kerana blog ini turut dikunjungi dari pelbagai negara. Mungkin kerana ada beberapa keywords dalam kandungan blog saya yang mungkin dicari oleh mereka, seperti review filem, j-dorama, mp3 dan lain lagi. Pengunjung dari Malaysia tetap paling ramai, sebanyak 90.36%.



Beralih kepada keywords untuk sepanjang bulan lepas, 'yui gloria download' mencatat bilangan tertinggi. Nampaknya lepas ini saya perlu sediakan link download YUI dengan lebih banyak lah untuk menarik pengunjung kan? Terdapat ramai pengguna internet yang mencari bahan-bahan download seperti mp3, filem, software dan game menggunakan search engine. Dan melalui search engine juga lah mereka menemui blog-blog yang menyediakan link untuk download. Sudah pastinya traffic bagi blog yang menyediakan bahan download ini sangat tinggi, jadi tidak hairan ramai blogger baru yang berlumba nak buat blog yang menyediakan link download bagi filem, mp3, software dan sebagainya ini.

Pengunjung juga menemui blog ini berdasarkan keywords 'taman tamadun islam'. Ramai nampaknya yang berminat dengan Taman Tamadun Islam (TTI) ini. Sila klik SINI untuk melihat post berkaitan Taman Tamadun Islam yang saya tulis 2 bulan lepas.

Dan yang paling membuatkan saya sedikit terharu ialah, keywords 'areev19.blogspot' dan 'areev19' menduduki tempat kedua dan ketiga dalam senarai keywords popular yang menarik pengunjung ke blog ini. Maknanya pengunjung memang mencari atau search areev19.blogspot atau yang berkaitan dengan areev19 di search engine. Sebenarnya nickname areev19 ni dah lama saya gunakan di beberapa forum dan laman web popular di internet. Jadi tidak hairanlah kalau anda type 'areev19' di search engine, anda akan jumpa banyak entry yang berkaitan 'areev19'.

Pencarian areev19 di Google

'Penjenamaan' dan identity ini pada pendapat saya adalah penting untuk menjadikan kita unik di alam maya ini. Sebagai blogger pula, rasanya alamat url areev19.blogspot.com mudah untuk diingati rakan-rakan mahupun pengunjung blog. Cuba anda wujudkan satu nickname atau jenama anda sendiri yang unik, sekaligus akan memudahkan orang ingat dan senang mencari anda di search engine. =)

Sekian dahulu dari saya, selamat berhari minggu =)

17 comments :

Syafiq Kadiran said...

wow!!! beribu-ribu beb...
tahniah...troskan usaha anda...
hehhe

areev19 said...

errr...trimas2...kene usaha lagi nie :)

eQuRlz said...

byk giler ko nyer visitors..hehehe..kalah aku..

areev19 said...

errr...mane ade bnyk la..tu monthly data, bukannye daily =)

tetap takley celen cik eQuRlz lagi :)

myravea said...

hheheh..myra baru sebulan aktif gengblogger n aktif menjadi blogger..b4 ni xtau sgt ape itu blogger..lpas da try bwu tau..tambah2 bila join gengblogger bulan lepas..gengbloggger banyak membantu sy..sbelum join gengblogger, follower sy cuma seorang*winkwink sbb hanya ada 1post je time tuu..heheheh=)

Atan Athen said...

huiyo!!!

beribu2 lemon!!

Kyuubi_85 said...

wah.. beribu tuh.. nyknya... aku join gengblogger tk naik pun traffic? cmana ek?

*budak baru belajar.. huhu

MiSz MaNja said...

banyaknye info.. huhu.. saya blogger baru.. dah banyak kali wat blog tapi xde motif.. xde hala tuju.. kali ni baru tahu.. urm.. bru ni blogger yg tegar..

areev19 said...

Kyuubi_85 : errm...kene rajin jugak sbnarnye buat blogwalk utk tarik pengunjung. =)

MiSz MaNja : sama2 lah kita kongsi info yer :)

Amirah Rashid said...

erm, aritu ade try nk join gengblogger. tp ade mslh sikit. hee. later la kot :)

eddie dewanaga said...

gua jadik blogger untuk berkongsi rasa, minat muzik keras dan chelsea!!!

SHADA WENTZ said...

saya suka blogging sbb......

err..??
npe ek?? (-.-")

jaa sweets said...

sgt setuju dengan anda..keep it up!!! (^_^)

Nip said...

waaaa..
tahniah2..
doakan traffic ak pown cam 2 nnt.
hehe.

areev19 said...

Nip : Insyaallah =)

dya @ ct said...

salam. hye..izinkan saya mengatakan buah fikiran saya sebentar ye..

kalau traffic yang anda carik dalam berblogging, and bilangan follower yang anda dambakan, kalu tujuannya untuk popular...saya pula sebaliknya.=)

bloging bg saya tempat untuk menulis buah fikiran, idea atau post ape2 yang saya suka,seperti anda buat..Mp3, gambar, review filem and etc. kalau orang nak follow, terpulang, dan kalau orang tak follow pon xdek hal..
(kecuali blog itu tujaanya untuk bisnes atau memang untuk mempromosikan sesuatu)

bukan apa. bg saya jika kite berniat semata2 mengumpul follower, kite cenderung membuat post yang bukan-bukan, yang sengaja boleh mencari perhatian, sehingga ada yang sanggup menipu untuk menjadikan cerita mereka mnrik dan gempak..bg saya its not good..

kadang kala, ada yang sanggup menabur fitnah, dan sengaja menimbulkan controversy...

btw, itu hak masing-masing...=) sekadar pendapat.

ape2 pon, betulkan niat..kalu berbloging niatnya menaikkn traffic, maka traffic la yang anda dapat..

areev19 said...

dya @ ct :

trima kaseh di atas pendapat awk..saya sangat2 bersetuju dengan apa yang ditulis!

=)

 

Be My Followers

About Me

My photo
KICKERS_areev / PSN & Origin ID & Steam ID : areev19

WE/PES/FIFA Clan