Saturday, 27 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 9) : Halal Ramen Naniwaya di Dotonbori, Osaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mencari restoran atau tempat yang menyediakan makanan Halal di Dotonbori, Osaka tidaklah sukar kerana terdapat beberapa pilihan restoran Halal di sekitar kawasan Dotonbori ini. 

Tips : Harus diketahui yang di Jepun, kadangkala ada restoran yang dibuka pada waktu tertentu sahaja dan akan ada masa ia 'ditutup' sekejap. Contohnya restoran dibuka untuk sesi makan tengahari dari 12pm sampai 3pm, kemudian restoran ditutup untuk rehat, dan kemudian dibuka semula pada jam 5pm atau 6pm untuk sesi makan malam. Jadi lebih baik plan dahulu perjalanan anda ya?

Semasa di Dotonbori hari tu, kami sempat singgah makan di restoran Halal Ramen Naniwaya. Ianya terletak tak jauh dari kawasan Dotonbori Canal.

Kalau anda berjalan dari Don Quijote Dotonbori, jaraknya lebih kurang 500 meter, atau kira-kira 7 minit berjalan kaki. Klik gambar untuk besarkan.

Sampai di depan restoran.

Bahagian hadapan restoran.

Thursday, 25 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 8) : Menaiki 'Ferris Wheel' Unik Don Quijote di Dotonbori!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda, terdapat satu 'ferris wheel' yang unik boleh dinaiki ketika anda ke Dotonbori, Osaka? Ianya unik kerana gondolanya bukan bergerak dalam bentuk bulatan, tapi dalam bentuk segi empat!

Ferris wheel yang unik ini terdapat di dalam bangunan Ebisu Tower, yang menempatkan pasaraya popular, iaitu Don Quijote yang terletak di Dotonbori. 

Nampak tak gondola-gondola yang mengelilingi struktur berwarna kuning tu? Haaa, yang kuning tu la 'ferris wheel'nya! Bangunan ini menempatkan pasaraya Don Quijote atau lebih dikenali sebagai Don Don Donki di Malaysia.

Untuk menaiki 'ferris wheel' ni, anda perlu naik ke Tingkat 3F kerana kaunter tiket dan tempat beratur untuk menaiki 'ferris wheel' berada di sini. Harga tiket cuma 600 Yen seorang.

Berdekatan dengan kawasan beratur untuk menaiki 'ferris wheel'.

Berdekatan dengan tempat beratur untuk menaiki 'ferris wheel' adalah tandas wanita.

Saturday, 20 January 2024

Nara - Osaka - Tokyo Travelogue 2023 (Episod 7) : Cheesecake Halal Uncle Rikuro di Osaka!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau anda biasa melihat content-content media sosial mengenai Osaka, pasti anda pernah nampak content tentang satu kedai yang menjual cheesecake yang popular di Osaka. 

Semasa buat research untuk itinerary hari tu, kami jumpa pasal jiggly cheesecake yang popular ni. Dan ada pula pengesahan dari beberapa sumber yang cheesecake ni Halal dan selamat dimakan kerana tiada unsur-unsur bahan terlarang. Antaranya pengesahan dari IG yoshito_japan (seorang consultant makanan Halal di Jepun), dan Puan Zunita Ramli (seorang influencer terkenal, usahawan anak Malaysia yang berada di Jepun). Jadi terus masuk dalam itinerary wajib kami bila nak pergi ke area Dotonbori.

IG yoshito_japan mengesahkan tiada bahan terlarang dan pencemaran silang berlaku dalam pembuatan cheesecake Uncle Rikuro.

Walaupun Puan Zunita Ramli pernah menulis artikel berkenaan cheesecake Uncle Rikuro ni pada tahun 2019, beliau telah mengesahkan sekali lagi status Halal cheesecake berkenaan pada 12 Januari 2024 dalam group Facebook, Road To Japan, berikutan ada yang bertanya dan was-was akan status terbaharu.
 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile